AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Sabtu, 2 Mac 2013

MAKARONI CARBONARA



Makaroni Carbonara ini adalah antara hidangan Barat yang menjadi kegemaran anak-anak saya. Petang Jumaat lepas saya pun memasaknya untuk mereka. Hidangan ini senang disediakan dan merupakan satu hidangan yang lengkap juga. Ia mengeyangkan tapi saya tak boleh makan banyak-banyak. Badan dah mula naik semula ni. Habis program diet yang saya ikuti dengan LWM. Tak apalah untuk anak-anak, saya memasaknya dan memakannya dalam kuantiti yang sedikit.

Makaroni Carbonara

Bahan-bahan:
1 paket makaroni (saya guna jenama San Remo tapi tak ingat nama makaroni ni)
1 cawan daging ayam kisar (jenama RAMLY)
1 tin cendawan butang (dihiris)
2 tin carbonara soup 
1 batang saderi (dihiris)
2 ulas bawang putih
sedikit air
1 sudu kecil oregano
1 sudu kecil serbuk lada hitam
garam
2 sudu besar olive oil

Cara-cara:
1. Panaskan olive oil dan tumis bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan ayam kisar dan biarkan sebentar.
3. Masukkan carbonara soup, cendawan butang, batang saderi air, 
    lada hitam, oregano dan garam. Biarkan mendidih.
4. Setelah mendidih, bolehlah dipadamkan api dan tuang kuah atas 
    makaroni.



Tiada ulasan: