AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Sabtu, 2 Mac 2013

GULAI BATANG SANDAR DAN UDANG


Saya nak berkongsi masakan yang  dimasak pada hari Selasa yang lepas oleh bibik saya, Amy. Bibik saya ni memang pandai memasak dan bila diajar sekejap aje dia dah boleh mengikutinya. Namanya Gulai Batang Sandar dan udang. Saya tak tahulah pulak orang negeri lain panggil batang sandar ni apa tapi ia adalah dari spesis keladi. Disebabkan Amy memasaknya agak banyak so saya pun bawalah sebagai bekalan ke pejabat. Di pejabat saya makan tengahari bersama rakan-rakan, Kak Nabiha, Kak Latifah dan beberapa yang lain. Alhamdulillah mereka kata sedap apatah lagi dicampurkan dengan udang. Ok lah...jom kita layan resepinya yang mudah ni dulu..

Bahan-bahan:
1 ikat batang sandar - dibuang lapisan luarnya dan dipotong sepanjang 1 inci
300 gram udang
2 cawan santan
1 ulas bawang besar -  ditumbuk
6 tangkai cili padi - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
1 keping asam keping

Cara-cara:

1. Di dalam periuk , masukkan santan dan bahan yang ditumbuk.
2. Masukkan juga udang. Perlu sentiasa dikacau untuk
    mengelakkan ia pecah minyak.
3. Setelah mendidih, masukkan batang sandar dan garam serta asam 
    keping.
4. Masak sehingga kuahnya agak pekat. Boleh dihidangkan bersama 
    nasi ataupun roti.

Tiada ulasan: