AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Ahad, 31 Mac 2013

BUBUR PULUT HITAM


Bubur pulut hitam ni memang anak-anak saya gemar. Cik Abang kurang sikit kerana beliau lebih mengemari Bubur Kacang Hijau. Buat satu periuk sekali hadap je habis. Tapi jika disejukkan dalam peti sejuk lagi best..Jomlah jemput....

BUBUR PULUT HITAM

Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut hitam
1 cawan santan pekat
2 sudu besar gula pasir (jika nak manis bolehlah letak lebih gula)
secubit garam

Cara-cara: 
1. Beras pulut hitam dimasukkan ke dalam periuk dan dicampurkan
    air secukupnya. Rebus sehingga beras   kembang dan lembut.
2. Apabila beras telah lembut dan kembang, masukkan gula, garam
    dan santan.
3. Biarkan seketika dan bolehlah ditutup api.
4. Hidangkan semasa sejuk atau panas.

Selasa, 19 Mac 2013

Sabtu, 16 Mac 2013

ROTI SOSEJ PINTAL


Saya ni baru nak mencuba meroti tapi setelah dua tiga kali mencuba beberapa jenis roti Alhamdulillah menjadi pula and sedap serta gebu. Ini yang menyebabkan semangat berkobar-kobar nak meroti. Saya buat roti sosej pintal ni last week end. Week end la masanya bagi saya untuk mencuba resepi-resepi pilihan. Tak perlu banyak celoteh kan so...jom layan resepinya dulu.

Roti Sosej Pintal
(Sumber asal: Blog Rahel)

Bahan-bahan:
A- 10 batang sosej ( saya rebus dahulu seketika)
      Mentega

B - Untuk Egg Wash
      1 biji telur
      50 ml air (kedua-dua bahan ini dipukul seketika, saya cuma
       gunakan telur aje)

C - Untuk Roti
      240 g tepung roti
      60 gram tepung red rose (saya tak letak pun)
      50 gram gula kastor
        5 g garam ( saya letak 1 sudu kecil)
      10 g susu tepung
        2 sudu teh yis segera (saya guna mauripan)
       1/2 sudu teh bread improver
       1/2 sudu teh bread softener
      1 biji telur
     150 g air sejuk
       30 g butter
      1/2 sudu kecil minyak jagung

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan untuk kering untuk membuat. Kacau 
    dan gaul sebati.

Bahan-bahan untuk meroti

Campuran bahan-bahan kering tadi.

2. Campurkan telur dan air perlahan-lahan sambil diuli.


3. Masukkan mentega sambil diuli selama 50 minit.(lebih kuranglah
     tu). 
4. Campurkan minyak jagung. Uli rata lagi.


Ini adalah doh sebelum direhatkan.

5. Biarkan doh mengembang dua kali ganda atau (60 minit)


Ini pula doh yang telah kembang

6. Apabila doh dah kembang, sapu tangan minyak dan tumbuk-
    tumbukkan doh dan uli semula.
7. Bulat-bulatkan doh dan rehatkan semula selama 15 minit.


8. Timbang doh seberat 60 gram setiap satu.
9. Canai doh berbentuk bujur.


10. Letakkan sosej ditengah-tengahnya.


11. Potong tepi kiri dan kanan doh.


12. Lipat selang-seli bahagian yang dipotong tadi. Matikan
      hujungnya.


13. Rehatkan roti tadi lebih kurang 30 minit.


14. Sapukan egg wash.
15. Bakar selama 25 minit (180C)


16. Apabila dah masak roti sosej pintal itu, semasa ia masih panas 
      sapukan mentega.

Jumaat, 15 Mac 2013

KELEBIHAN MEMBACA SURAH YASSIN



Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah saya masih diberikan keizinan dan kekuatan oleh Allah  untuk terus bernafas dan dikelilingi oleh orang-orang yang saya sayangi. Sejak dua tiga hari ini ramai kawan-kawan yang tidak sihat, yang dimasukkan ke wad, yang menjalani pembedahan dan saya telah kehilangan dua orang sahabat yang telah pergi mengadap Ilahi. Ya Allah, saya berdoa agar setiap detik yang saya lalui hari ini dan seterusnya dipermudahkan oleh Mu dan setiap apa yang dilakukan akan mendapat keberkatan olehMu. Amin.

Di sini saya ingin berkongsi tentang keistimewaan Surah Yassin. Semoga boleh membantu dalam urusan seharian kita.


KEBERKATAN SURAH YASSIN
Rasulullah SAW telah bersabda: “Bacalah Surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan.
Berikut adalah beberapa keberkatan dan kebaikan yang dimaksudkan:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan
siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

FADHILAT DAN KHASIAT SURAH YASIN
Banyak kelebihan-kelebihan daripada surah Yassin yang disebutkan di dalam banyak hadis. Antaranya:
Rasulullah SAW bersabda;
1.  “Sesiapa yang membaca Surah Yassin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi“.
2.  “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Surah Yassin.”
3.  “ Sesiapa membaca Surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali.”
4.  “Sesiapa yang membaca Surah Yassin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca ke atas orang yang mati.”
5.  “Jika seseorang itu membaca Surah Yassin pada setiap malam dan kemudiannya meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid.”
6.  “Sesiapa membaca Surah Yassin, ia akan diampunkan, siapa sahaja yang membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, siapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula, siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya semula, dan bila seseorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan, makanan itu akan mencukupi. Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika seseorang itu membaca ke atas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan juga baginya.”
7.  Maqri rahmatullah ‘alaih berkata“Jikalau Surah Yassin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu.”
8.  “Jikalau seseorang itu membaca Surah Yassin dan Surah Was-Saffat pada hariJumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima.”
9.  “Sesiapa bersolat sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama Surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.”
10.  “Apabila datang ajal orang yang suka membaca Surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa danmeminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya”.
11.  “Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.”
12.  “Sesiapa yang membaca Surah Yassin kerana Allah Azza wa Jalla, Allah akan mengampuni dosanya dan memberinya pahala seperti membaca Al-Qur’an 12 kali.Jika Surah Yassin dibacakan di dekat orang yang sedang sakit, Allah menurunkan untuknya setiap satu huruf 10 malaikat. Para malaikat itu berdiri dan berbaris di depannya, memohonkan ampunan untuknya, menyaksikan saat ruhnya dicabut,mengantarkan jenazahnya, bershalawat untuknya, menyaksikan saat penguburannya. Jika surat ini dibacakan saat sakaratul maut atau menjelang sakaratul maut, maka datanglah padanya malaikat Ridhwan penjaga surga dengan membawaminuman dari surga, kemudian memberinya minum ketika ia masih berada di katilnya, setelah minum ia mati dalam keadaan tidak haus, sehingga ia tidak memerlukan telaga para nabi sampai masuk ke surga dalam keadaan tidak haus.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn).
13.  Anas bin Malik berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mengunjungi perkuburan lalu membaca Surah Yassin, maka pada hari itu Allah meringankan seksaan mereka dan bagi yang membacanya mendapat kebaikan sebanyak penghuni kubur di perkuburan itu.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn).
14.  Imam Ja’far Ash-Shadiq: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati, dan hati Al-Qur’an adalah Surah Yassin. Sesiapa yang membacanya sebelum tidur atau di siang harisebelum keluar rumah, maka hari itu sampai ke petang, ia tergolong pada orang-orang yang terjaga dan dikurniakan rezeki. Sesiapa yang membaca di malam harisebelum tidur, Allah mengutus 1,000 malaikat untuk menjaganya dari keburukan semua syaitan yang terkutuk dan dari setiap penyakit; jika ia meninggal pada hari itu, Allah akan memasukkannya ke syurga, 3,000 malaikat hadir untuk memandikannya, memohonkan ampunan untuknya, mengantarkan ke kuburnya sambil memohonkanampunan untuknya; ketika ia dimasukkan ke liang lahatnya para malaikat ituberibadah kepada Allah di dalam liang lahatnya dan pahalanya dihadiahkan kepadanya, kuburnya diluaskan sejauh mata memandang, diselamatkan dari siksa kubur, dan dipancarkan ke dalam kuburnya cahaya dari langit sehingga Allah membangkitkannya dari kuburnya kelak.” (Kitab Tsawabul A’mal).
.
Surah Yassin ini hendaklah dibacakan selalu ketika orang sakit, tengah nazak, sedang koma atau sudah meninggal dunia. Baca di sisi mereka (terutama ayat 12), supaya orang tersebut berada dalam kesenangan dan orang yang masih hidup insaf bahawa esok, lusa kita pula akan menyusul.
.
Begitu banyak kelebihan dan kebaikan yang bakal kita perolehi melalui amalan pembacaan Surah Yassin seperti yang telah disebut di atas. Sudah semestinya salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada seseorang melalui hatinya seperti juga Surah Yassin hati kepada Al-Quran; Oleh kerana itu marilah kita sama-sama mendekatkan diri kita kepada Allah SWT melalui ibadah dan bacaan Surah Yassin yang banyak manfaatnya ini. InsyaAllah.


Khamis, 14 Mac 2013

KAILAN GORENG UDANG



Menu hari Ahad lepas untuk my family ialah Sambal Udang Petai dan Kailan Goreng Udang. Kailan ni adalah antara sayur kegemaran kami. Biasalah nak menarik minat anak-anak menikmati keenakan sayur-sayuran agak sukar. Semuanya tak berapa minat dengan sayur-sayuran. So kenalah masak sayur yang mereka sukai dan dimasak dengan cara yang berbeza. Ada yang saya goreng dicampur udang, ada yang dicampurkan ikan masin dan ada yang saya masak sup aje....

Kailan Goreng Udang

Bahan-bahan:
Kailan
1 cawan udang kecil
4 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 tangkai cili merah - dihiris
sedikit garam
sedikit air

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan hiris.
2. Masukkan udang kecil. Biarkan seketika.
3. Tambahkan sedikit garam dan air.
4. Masukkan sayur kailan dan biarkan mendidih seketika.
5. Angkat dan hidangkan.

Rabu, 13 Mac 2013

SAMBAL UDANG PETAI


Minggu ni tak sempat nak menulis panjang. Minggu yang agak sibuk juga bagi saya......

Sambal Udang Petai

Bahan-bahan:
Udang (kuantiti ikut citarasa masing2)
5 tangkai petai - dibuang kulit
2 biji bawang besar - dihiris
3 sudu besar cili kisar
sedikit garam
sedikit air asam jawa

Cara-cara:
1. Udang dibersihkan dan dibuangkan kepalanya.
2. Panaskan minyak dan tumis cili kisar.
3. Setelah cili masak, masukkan udang dan dibiarkan seketika.
4. Masukkan bawang besar, garam dan air asam jawa.
5. Biarkan mendidih dan selepas itu masukkan petai.
6. Setelah masak, angkat dan hidangkan.


Isnin, 11 Mac 2013

SIAKAP SWEET SOUR



Assalamualaikum,

Nak kongsi menu lunch weekend lepas. Saya menyediakan menu ikan siakap sweet sour yang menjadi kegemaran anak-anak. Tak sempat nak menulis panjang. Jom layan resepi dulu...

Siakap Sweet Sour.

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap
3 biji bawang besar (2 biji dikisar dan 1 biji dihiris)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1/2 cawan nanas tin (dihiris)
1 biji tomato (didadu)
daun sup (dihiris)
1 tangkai cili merah (dihiris)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar cili kering kisar
sedikit garam
1 sudu besar gula

Hiasan:
timun dihiris
daun salad

Cara-cara:
1. Ikan siakap dibelah tetapi tidak sehingga putus. Bersihkan dan digoreng.
2. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang telah dikisar.
3. Masukkan cili kering kisar, cili sos dan sos tomato. 
4. Tambahkan garam dan gula. Biarkan mendidih seketika.
5. Masukkan nanas tin dan tomato yang didadu.
6. Masukkan ikan goreng. Gaul rata dan boleh diangkat.
7. Boleh dihiaskan dengan daun sup, cili hiris dan bawang goreng.

Jumaat, 8 Mac 2013

TAUGEH KASAR GORENG


Ini adalah antara menu yang dimasak pada Sabtu lepas. Taugeh kasar goreng jer.... Sebenarnya saya memasukkan resepi-resepi masakan saya ini untuk perkongsian sahaja, terutamanya untuk anak-anak kesayangan saya yang empat orang ni. Manalah tahu suatu masa nanti bila anak-anak dah tinggal berjauhan dan memerlukan mereka untuk memasak so bolehlah singgah di blog ibu mereka ni..... Okaylah jom layan resepi yang mudah ni...

TAUGEH KASAR GORENG

Bahan-bahan:
Taugeh kasar (agak-agaklah ye kuantitinya tu)
2 keping tauhu goreng - dipotong kecil
Daun kucai
sedikit udang kecil
4 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 tangkai cili merah - dihiris
sedikit garam
1/2 cawan air

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Setelah itu tumis bahan-bahan yang dihiris.
2. Masukkan udang kecil. Biarkan seketika.
3. Masukkan tauhu goreng.
4. Masukkan taugeh kasar. Biarkan seketika.
5. Tambahkan air.
6. Masukkan daun kucai dan garam.
7. Setelah masak angkat dan hidangkan.

Khamis, 7 Mac 2013

MEXICAN BUN


     Sejak akhir-akhir ni saya suka pula membuat roti. Adalah 3 atau 4 jenis roti yang telah dibuat. Semuanya sedap-sedap belaka. Yang ini ialah Mexican Bun yang saya buat Sabtu lepas dengan merujuk kepada blog Kak Ina KL. Memang sedap betul roti ni, ala ala Papa Roti tau. Bila dibakar tu baunya semerbak, satu rumah berbau harum kerana coffee yang digunakan tu. 
     Roti ni memang sedap dan kalau kami ke Jusco tu memang akan membeli Papa Roti yang dijual. So, bila dah tahu buat ni lain kali tak perlu beli lagi.
     Mexican Bun ni memang sedap dan mendapat sambutan dari hubby dan anak-anak. Maid saya pun siap salin resepinya, dia kata mana lah tahu kok satu hari nak buat pulak.

Mexican Bun
Resepi asal: KakInaKl
Olahan : nazreen

Bahan-bahan:
A - Inti
      200 gram mentega
      1/2 sudu teh esen vanilla
      70 g gula perang 

  1. Pukul mentega
  2. Masukkan esen vanilla dan gula perang
  3. Bahagikan adunan inti kepada 10 gram dan bulat-bulatkan.
  4. Simpan dalam peti sejuk.
   * Saya tak buat langkah 3. Saya terus masukkan dalam fridge tanpa dibulat-bulatkan.


Ini adalah bahan-bahan untuk membuat intinya.


Sedia untuk dimasukkan ke dalam peti sejuk sebelum digunakan.

B - Topping
     200 gram mentega
     160 gram gula icing
     3 biji telur
     1 sudu teh perisa kopi ( saya guna nescafe 3 in 1)
     200 gram tepung gandum

  1. Putar mentega dan gula icing.
  2. Masukkan telur.
  3. Campurkan bancuhan nescafe.
  4. Masukkan tepung.
  5. Masukkan dalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk.
   * Topping ni agak banyak tau, so lain kali bolehlah dikurangkan.


Ini pula bahan-bahan untuk topping.


Topping yang telah siap dimasukkan ke dalam piping bag dan disimpan dalam peti sejuk.

C - Doh
     500 gram tepung roti
      20 gram susu tepung
      2 sudu teh bread improver
      2 sudu teh bread softener
     75 gram gula kastor
      1 biji telur
     3 sudu teh yis segera
     270 ml air
      60 gram mentega
      sedikit garam

  1. Gaul rata tepung bersama susu tepung, bread improver, gula dan 
      garam.
  2. Campurkan yis, bread softener dan gaul rata.
  3. Campurkan telur dan air.


  4. Uli adunan tadi dan dicampurkan mentega.
  5. Uli sehingga doh lembut dan licin. (Saya uli lebih kurang dalam 
      20 minit)

Doh yang telah diuli

  6. Bahagikan doh kepada bebola kecil (55 gram setiap satu)


Bahagikan doh kepada bebola kecil.


Biarkan doh naik 

  7. Biarkan doh naik dua kali ganda.
  8. Setelah itu, tumbuk-tumbuk doh dan uli seketika.
  9. Leperkan doh dan letakkan inti tadi. Tutup semula.

Letakkan inti ditengah-tengah doh dan tutup semula.

 10. Susun atas dulang pembakar. 



 11. Rehatkan 45 minit.
 12. Pipekan topping atas bun secara spiral bermula dari tengah.


Pipekan topping atas bun secara spiral.

 13. Bakar 25 minit dengan suhu 170C. (Saya punya mexican bun ni 
       tergelap sikit, maybe suhunya panas kot)


Sewaktu dibakar, toppingnya tu mencair dan berbau sangat harum.


Mexican bun saya yang telah siap dibakar. Memang sedap dan berbaloi membuatnya. 

Rabu, 6 Mac 2013

ISTIMEWANYA WANITA

SELAMAT HARI WANITA

Wanita dengan fitrahnya yang khas memiliki keistimewaan sebagai berikut:

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki krn sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda :
“Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T.
akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak
perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di
dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka
dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang
baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak
dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya
dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki ?” Jawab Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang
dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas
untuk membela agama Allah S.W.T.

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 lelaki yang jahat.

22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang
tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (ASI)akan dapat satu
pahala dari pada tiap-tiap tetes susu yang diberikannya.

Selasa, 5 Mac 2013

MEE JAWA


Mee Jawa ni adalah antara kegemaran suami. Dah lama juga tak membuatnya, so last Sunday saya ke pasar terus plan nak masak Mee Jawa. Kali pertama dulu buat saya ikut resepi dari blog AzieKitchen, tapi kali ni ada olah dan tambah sikit dari resepi asal. Memang pekat kali ni saya buat kuahnya. Memang mendapat sambutan hangat terutamanya dari my hubby. Haziq pula dua tiga kali mengulang makan.

Mee Jawa

1 kilogram Mee kuning

Bahan-bahan
A - untuk kuah
     1/2 kg daging - direbus dan dipotong halus
     3 - 4 biji keledek kuning
     3 - 4 biji kentang
     1 inci halia - ditumbuk
     1 inci lengkuas - ditumbuk
     3 ulas bawang merah - ditumbuk
     2 ulas bawang putih - ditumbuk
     2 batang serai - ditumbuk
     3 sudu besar cili kering - dikisar
     2 sudu besar serbuk rempah kari
     4 tangkai cili padi - ditumbuk (jika suka pedas)
     2 cawan udang kering - ditumbuk
     rempah tumisan (bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis)
     1 paket fish ball
     2 keping fish cake
     sedikit garam
     1 sudu kecil gula

Cara-cara:
1. Keledek dan ubi kentang direbus dan dilecek (seeloknya ketika
     masih panas)
Ini ubi kentang dan keledek yang telah direbus.

2. Panas minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk berserta 
    rempah tumisan. Biarkan seketika. 

Bahan-bahan untuk ditumbuk/blender


Ini pula setelah diblender

Tumis bahan-bahan yang diblender

3. Masukkan bancuhan cili boh dan rempah kari. Biarkan ia garing
    sedikit.

Cili boh dan serbuk kari dibancuh dengan sedikit air

Masukkan bancuhan cili boh dan rempah kari


4. Masukkan daging yang telah direbus. 
Daging dan air rebusannya

5. Masukkan air rebusan daging dan keledek serta ubi kentang 
    lenyek tadi.

Setelah dimasukkan air rebusan daging, keledek, ubi kentang, fish cake dan fish ball.

6. Perasakan dengan garam dan gula.
7. Biarkan kuah mendidih dan bolehlah ditutupkan apinya.


Sayuran dan aksesori untuk Mee Jawa saya..



B - untuk sayuran 
     Daun sup - dihiris halus
     4 keping tauhu goreng - dihiris
     3 tangkai cili hijau - dihiris
     3 tangkai cili merah - dihiris
     limau kasturi - dibelah 2
     sawi - dicelur
     taugeh 


Ahad, 3 Mac 2013

LEPAT PISANG


Inilah rupanya lepat pisang saya

Entah apa nak buat petang Sabtu ni...tengok kat luar ada daun pisang and kat dalam rumah ada beberapa biji pisang emas, so apa lagi melepatlah saya petang tu.. First time jugalah saya buat lepat pisang ni. Tapi menjadi and tak berapa manis sangat dan yang penting tu sedap...

Lepat Pisang

Bahan-bahan:
2 cawan pisang emas yang telah dilenyek
2 cawan tepung gandum (saya agak-agak aje macam buat cekodok tu)
2 sudu besar gula pasir
secubit garam
daun pisang 

Cara-cara:
1. Panaskan pengukus.


2. Di dalam mangkuk, gaulkan pisang emas lenyek, gula, tepung, 
     garam hingga sebati.
3. Letakkan adunan tadi di atas daun pisang.



4. Tutup daun pisang.
4. Kukus lebih kurang 10 minit.




Sabtu, 2 Mac 2013

MAKARONI CARBONARA



Makaroni Carbonara ini adalah antara hidangan Barat yang menjadi kegemaran anak-anak saya. Petang Jumaat lepas saya pun memasaknya untuk mereka. Hidangan ini senang disediakan dan merupakan satu hidangan yang lengkap juga. Ia mengeyangkan tapi saya tak boleh makan banyak-banyak. Badan dah mula naik semula ni. Habis program diet yang saya ikuti dengan LWM. Tak apalah untuk anak-anak, saya memasaknya dan memakannya dalam kuantiti yang sedikit.

Makaroni Carbonara

Bahan-bahan:
1 paket makaroni (saya guna jenama San Remo tapi tak ingat nama makaroni ni)
1 cawan daging ayam kisar (jenama RAMLY)
1 tin cendawan butang (dihiris)
2 tin carbonara soup 
1 batang saderi (dihiris)
2 ulas bawang putih
sedikit air
1 sudu kecil oregano
1 sudu kecil serbuk lada hitam
garam
2 sudu besar olive oil

Cara-cara:
1. Panaskan olive oil dan tumis bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan ayam kisar dan biarkan sebentar.
3. Masukkan carbonara soup, cendawan butang, batang saderi air, 
    lada hitam, oregano dan garam. Biarkan mendidih.
4. Setelah mendidih, bolehlah dipadamkan api dan tuang kuah atas 
    makaroni.