AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Khamis, 6 November 2014

JUS DAN JEM ROSELLE


Alhamdullillah saya telah berjaya membuat jus dan jem Roselle sendiri. Pokok roselle ini saya tanam sendiri di rumah dan saya memperoleh biji benihnya dari sahabat saya Leong Mei Wei. Cepat sungguh pokok ni membesar dan buah roselle ini banyak bagi setiap pokok.




Inilah dia buah roselle yang telah dikutip dari taman saya. Kelopak bunganya itu perlu dikopek dan bijinya dibuang. Hanya perlu ambil kelopaknya sahaja seperti dalam tapis tu. 


Apabila dah dikopek basuh bersih-bersih dan masukkan dalam periuk, tambahkan gula dan air secukupnya. Rebus sehingga mendidih. Tapis dan asingkan air dan kelopak tadi. Airnya itu dimasukkan semula ke dalam periuk dan dimasak sehingga pekat (jika perlu tambah gula, tambahlah ikut citarasa sendiri). Sejukkan dan boleh disimpan dalam botol. Apabila dah sejuk bolehlah dimasukkan ke dalam botol dan apabila nak dibuat air, tuangkan jus dan tambah air serta ais. Nyaman sangat.

Untuk membuat jem pula, kelopak buah/bunga yang telah ditapis tadi masukkan ke dalam periuk dan ditambahkan gula secukupnya dan ditambah satu sudu kecil tepung jagung. Masak sehingga pekat dan apabila sejuk boleh disimpan dalam botol. Boleh dimakan bersama roti....sedap....

Khamis, 30 Oktober 2014

APAM BERAS






Assalamualaikum,

Sejak saya mula belajar ni memang saya jarang dapat update blog. Jika dapat update pun cuma ringkas sahaja.

Sebenarnya saya dah banyak kali masak apam beras ni. Resepinya masih lagi saya rujuk dari blog yatiememories. Memang mudah dan sedap. Anak-anak pun suka. Jom....layan resepi


APAM BERAS

Bahan-bahan:-

2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 1/2cwn gula pasir
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil mauripan
kelapa parut + sedikit garam

Cara-cara:-

  1. Blend nasi dan air sehingga hancur 
  2. Setelah hancur, campurkan gula dan blend  sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan yang diblender tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.





Selasa, 28 Oktober 2014

BADAK BERENDAM


Assalamualaikum,

Hari ni memang hari yang memenatkan bagi saya. Pagi saya ke library di UM dan petang baru balik. So untuk release stress apa lagi....masaklah.
Saya nak berkongsi tentang keenakan kuih badak berendam yang maid saya masak untuk hidangan petang kami sekeluarga. Saya memang  dikira bernasib baik kerana semua bibik saya baik-baik dan rajin. Semuanya cekap memasak dan saya hanya perlu menunjuk ajar sekali dua sahaja dan mereka dah boleh masak dan sedap juga.
Petang tu balik je, maid saya dah beritahu yang dia berjaya memasak kuih badam berendam ni. Memang sedap dan santannya juga cukup rasanya.

KUIH bADAK BERENDAM

Inti kepala
Tepung pulut
sedikit garam
air.
- campurkan bahan-bahan ini dan bentukkan bulat atau bujur
- isikan inti kelapad ditengahnya dan tutup semula
- bentukkan bulat
- didihkan air dalam periuk
- masukkan kuih tadi ke dalam air yang mendidih, apabila ia timbul angkat dan toskan.

1 cawan santan + secubit garam
- boleh dimasak dengan api kecil sehinnga agak mendidih tapi tak perlu lama sangat
- masukkan kuih tadi ke dalam santan dan bolehlah dihidangkan.

Khamis, 21 Ogos 2014

TOFU JEPUN



TOFU JEPUN

Bahan-bahan:

4 bungkus tofu jepun - potong, gaul dengan sedikit tepung jagung dan goreng
5 buah tomato ceri
4-5 kacang parang
1/2 batang karot - dipotong memanjang
3 ulas bawang putih - dihiris
5 ulas bawang merah - dihiris
1 inci halia - dihiris
1 tangkai cili merah - dihiris
1 sudu makan sos tiram
1 bijj telur
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam

Cara-caranya:

1. Panaskan  minyak untuk goreng tofu tadi.
2. Tumis bahan hirisan hingga wangi
3. Masukkan karot dan kacang parang. Biarkan sebentar.
4. Tambahkan sedikit air, sos tiram, garam dan lada hitam. Biar mendidih.
5. Kemudian masukkan telur dan apabila telah pekat, tutp api dan tuang kuah di atas tofu.


Selasa, 19 Ogos 2014

SUP AYAM




Assalamualaikum,

Hari ini saya nak berkongsi resepi yang mudah sahaja iaitu Sup Ayam. Nak cepat ni so terus ke resepinya ye..

SUP AYAM

Bahan-bahan:

1 kg ayam - dibersihkan di potong kecil (taklah kecil sangat ye)
4 biji kentang - dipotong 4
1 batang karot - didadu
daun sup
bawang goreng
2 biji tomato - dibelah 5
1 inci halia - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
6 ulas bawang merah - ditumbuk
garam
lada hitam
sup bunjut
kuib ayam Knorr

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan tumislah bahan-bahan tumbuk tadi sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan biarkan sehingga air ayam itu tinggal sedikit sahaja.
3. Masukkan air, kentang dan karot.
4. Campurkan garam, lada sulah dan kiub ayam. Biarkan sehingga kentang dan karot lembut atau empuk.
5. Kemudian tambahkan tomato, daun sup dan bawang goreng. 
6. Siap untuk dihidangkan.

Ahad, 13 Julai 2014

KUEH TEOW GORENG


Assalamualaikum,

Bila tiba bulan puasa ni, bila petang aje mulalah berfikir apa yang nak dimasak. So petang semalam saya buat kueh teow goreng sebagai pembuka selera.

KUEH TEOW GORENG

Bahan-bahan:
1 kilogram kueh teow
1 ulas bawang putih -ditumbuk
3 ulas bawang merah kecil - ditumbuk
2 sudu besar cili kering yang telah dikisar
1 cawan kerang - direbus dan diambil isinya
segenggam udang putih
fish cake dan fish ball mengikut citarasa masing-masing
taugeh secukupnya
daun kucai - dipotong-potong sepanjang 1 inci
2 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar sos tiram
1 biji telur

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi
2. Masukkan udang putih dan kerang. Biarkan seketika.
3. Masukkan sos tiram, garam dan kicap manis.
4. Pecahkan telur ke dalamnya dan ditambah sedikit air panas.
5. Masukkan kueh teow dan digaul rata.
6. Masukkan taugeh dan daun kucai.
7. Apabila dah masak bolehlah diangkat.

Sabtu, 12 Julai 2014

SUP CENDAWAN



Assalamualaikum,

Simple jer resepi yang saya nak kongsi hari ni iaitu Sup Cendawan. Jom tengok bahan dan caranya ye.

Sup Cendawan

Bahan-bahan:
1 paket cendawan tiram
2 biji tomato - belah 4
4 - 5 tangkai cili padi
1 ulas bawang putih - dihiris
2 ulas bawang merah - dihiris
garam secukupnya
1 ketul kuib ayam Knorr

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan hiris.
2. Masukkan air secukupnya ke dalam periuk. Biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan cendawan, garam, cili padi dan kiub ayam. Biarkan seketika.
4. Masukkan tomato dan bolehlah ditutupkan apinya.

Senangkan....