AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Ahad, 6 Julai 2014

MEE HAILAM


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan,

Mee Hailam ni sebenarnya suami saya yang buat. Sedap sesangat dan bertambah-tambah anak-anak makan. Alhamdulillah. Hubby saya ni sekali sekala masuk dapur hasilnya boleh tahan sedapnya. Jom kita tengok resepinya ye.

MEE HAILAM

Bahan-bahan:

1 kg mee kuning - saya basuh dan celur dahulu
2 sudu besar cili kering giling
2 ulas bawang putih - diblender
4 ulas bawang merah kecil -diblender
2 sudu besar udang kering - ditumbuk halus
5 ulas fish ball - dibelah
1 keping fish cake - dihirs
2 keping dada ayam - dihiris
segenggam udang
2 biji telur
1 sudu makan sos tiram
3 - 4 sudu makan kicap manis
1 sudu besar tepung jagung + sedikit air
sedikit sawi
segenggam taugeh
sedikit bawang goreng

Cara-cara:
1. Panaskan minyak.
2. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan udang kering sehingga berbau wangi.
3. Masukkan cili kisar dan biarkan seketika.
4. Setelah itu masukkan hirisan dada ayam dan udang. Biarkan hingga ayam separuh masak.
5. Masukkan fish ball dan fish cake.
6. Masukkan sos tiram, kicap manis dan sedikit air. Biarkan sehingga mendidih.
7. Masukkan telur dan dikacau seketika.
8. Masukkan sawi dan garam serta air campuran tepung jagung. Biarkan pekat. Campurkan taugeh.
9. Bolehlah dimasukkan mee dan dihidangkan.




Sabtu, 5 Julai 2014

SARDIN ROLL




SARDIN ROLL

Bahan-bahan:
5-6 keping roti putih
serbuk roti
2 biji telur - dipukul sedekit

Bahan Inti:
1 tin sardin - diambil ikannya dan sedikit sahaja sosnya
1 buku bawang besar - dihiris
2 sudu besar cili kering kisar
garam secukupnya
1 asam keping

- untuk intinya sama seperti kita masak sambal sardin cuma kuahnya sedikit sahaja.

1. Roti putih tadi digelek sedikit. Buang tepinya.
2.  Letakkan inti sardin di tengah roti.
3. Celupkan roti ke dalam telur.
4. Selepas itu golek-golekkan roti di atas serbuk roti.
5. Panaskan minyak dan bolehlah digoreng sardin roll tadi.


Jumaat, 4 Julai 2014

CUCUR UDANG




CUCUR UDANG

Bahan-bahan:

2 cawan  tepung
2 sudu besar soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
air secukupnya
daun kucai -dihiris
Udang secukupnya

Cara-cara:
1. Gaulkan tepung, soda bikarbonat, baking powder, garam dan daun kucai dengan air sehingga rata. 
     Saya  lebihkan airnya sedikit. Jangan terlalu pekat nanti cucur udang tu keras. Saya biarkan sekejap 
     aduanan itu dalam 20 minit.
2. Panaskan minyak, celupkan senduk dalam minyak yang betul2 panas.
3. Ambil sedikit adunan tadi, tuangkan dalam senduk panas tadi dan letakkan udang.
4. Kemudian celupkan semula senduk yang telah diisi dengan adunan tadi ke dalam minyak panas.
5. Angkat dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan.

Kuahnya.

5 tangkai cili merah
3 ulas bawang putih
sedikit sos cili

Blender semuanya. Masak semuanya atas api yang kecil sehingga pekat.

Khamis, 3 Julai 2014

PERCUTIAN KE PULAU MABUL 2

Assalamualaikum,

Saya ingin berkongsi lagi tentang perjalanan percutian saya di Pulau Mabul. Pengalaman yang baru bagi saya dan satu kenangan yang indah. 



Ini pemandangan kami ke gerai pisang goreng yang saya ceritakan dalam entri terdahulu. Perkampungan nelayan yang semua rumahnya di atas air. Titian ini agak usang tapi inilah jalan utama penduduk di sini.


Jernih betulkan air laut kat sini. Foto ini saya ambil dari bilik kami. Sangat jernih airnya hinggakan boleh nampak ikan-ikan berenang dan tapak sulaiman tu.


Ini pula sekumpulan ikan berenang di celah-celah batu tu sambil berebut untuk mendapatkan cebisan roti yang saya berikan.


Ini pula ketam yang kami beli untuk dijadikan hidangan makan malam. Sedap hingga menjilat jari.


Ini juga bakal menjadi hidangan makan malam kami. Lobster segar, 


Sepasukan anggota keselamatan bertugas di Chalet Uncle Chang ini. Maklumlah sejak akhir-akhir ni banyak kes penculikan berlaku di perairan Sabah. Alhamdulillah kurang sedikit kerisauan kami semua sepanjang berada di sana.


Nelayan di Pulau Mabul menjual hasil tangkapan mereka.

Hari terakhir kami di Sempoarna, sebelah petangnya kami telah berjalan-jalan di pekan dan kebetulan pula ada pasar pada hari Ahad petang. Saya dan hubby mengambil kesempatan ini untuk meninjau keadaan pasar di situ. Geram betul saya tengok ikan-ikan yang dijual di sana. Segar dan murah pulak tu.


Ikan ini saya lupa namanya dan dijual RM5 selonggok.


Jambu batu


Pertama kali saya melihat benda ini dan bertanya pada penjual itu. Katanya ini adalah ubi kayu yang telah disagat untuk dibuat kuih.


Ikan tongkol yang segar ni RM10 untuk tiga ekor.


Ikan sardin ni RM2 sekilo


Loabster yang masih hidup.


Ini pula di Pasar Tawau. Saya turut membeli udang, ketam dan ikan untuk dibawa pulang. 


Ikan kurau tu saya beli untuk dibawa pulang. Begitu juga dengan udang RM20 sekilo dan kami membeli sebanyak 2 kilo



Sotong ni pula RM9 sekilo. Murah kan. Masa nilah rasa nak duduk di Sabah ajelah.


Ikan sardin


Di tingkat atasnya pula ada dijual ikan bilis dan macam-macam lagi.


Ha...ini pun ada. Apa lagi ibunya...

Rabu, 2 Julai 2014

CORNED BEEF PINWHEEL BREAD


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan,

Ini merupakan entri tertunggak saya juga akibat dari kesuntukan masa untuk update blog. Agak sibuk sedikit dengan pembacaan jurnal dan menyiapkan tugasan saya. Resepi Corned beef pinwheel bread ni saya perolehi dari rozan.blogspot.com. Cuma intinya tu yang saya olah mengikut citarasa keluarga saya. Hasilnya sedap dan dohnya sangat lembut. 


Intinya:

120 gram daging kisar RAMLY
1 buku bawang besar - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
2 sudu besar serbuk kari + 1 sudu cili giling
segenggam mixed vegetables
sedikit mentega

1. Panaskan mentega.
2. Tumiskan bawang putih dan merah sehingga wangi.
3. Masukkan pula campuran serbuk kari dan cili giling. Tumis sehingga agak masak.
4. Masukkan daging kisar bersama sedikit air, garam dan serbuk perasa.
5. Apabila dah masak tutupkan api. Biarkan seketika.

DOH ROTI
(Dari Blog Rozan)

A
440 gram tepung roti -  saya hanya gunakan 450 gram tepung roti sahaja
60 gram tepung superfine - saya tak letak sebab tak ada
100 gram gula - saya gunakan 80 gram
1 sudu teh garam
2 sudu besar susu tepung
1 sudu teh bread improver
1 paket yis segera - saya gunakan MAURIPAN

B
250 ml air
1 biji telur - dipukul sedikit

C
80 gram shortening

1. Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk. Gaulkan rata.
2. Tuangkan telur sedikit sedikit ke dalam Bahan A sambil terus mengaul/menguli. Saya gunakan tangan
     sahaja. Kemudian masukkan air sedikit sedikit sehingga mendapat doh yang lembut dan licin.
3. Masukkan Bahan C ke dalam adunan tadi dan uli lagi sehingga licin dan tidak melekat.
4. Biarkan doh rehat selama 30 - 40 minit.


Inilah doh sebelum direhatkan. Saya terlupa nak snap foto bila dia dah mengembang.

6. Tumbuk-tumbukkan doh yang mengembang tadi untuk mengeluarkan angin.
7. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Bulat-bulatkan doh tersebut. Rehatkan doh selama 10 minit.
8. Canai doh hingga menjadi seperti dibawah.


9. Setelah doh dicanai, sapukan sedikit sos. Saya terlupa so tak diletakkan sos.
10. Letakkan inti daging tadi di atas doh dan ratakan.


Inti diletakkan dan diratakan di atas doh yang telah dicanai.


 11. Gulungkan doh yang telah diisikan inti tadi rapat-rapat.



12. Potong gulungan roti tadi mengikut saiz yang dikehendaki.
13. Letakkan di atas mangkuk kertas yang bersaiz besar.
14. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C selama 15 - 20 minit.


Inilah rupanya corned beef pinwheel bread saya sebelum dimasukkan ke dalam oven.




 Wah...bestkan


Ini yang dah siap dibakar. Tunggu masa je nak kena ngap.....

Selasa, 1 Julai 2014

SUP KAILAN


SUP KAILAN

Bahan-bahan:

Sayur kailan:
1 keping fish cake -dihiris
5 biji fish ball - dibelah 2 atau 3
5 biji crab ball - dibelah 2 atau 3
1 ulas bawang putih - dihiris
2 ulas bawang merah - dihiris
garam
1 kuib ayam knorr

Cara-cara:
1. Masukkan air secukupnya ke dalam periuk.
2. Hidupkan api, masukkan garam, bawang putih dan merah serta kiub ayam knorr. Biarkan mendidih.
3. Kemudian masukkan semua fish ball, crab ball, fish cake. Biarkan seketika.
4. Akhir sekali masukkan kailan dan ditutup apinya setelah kailan agak masak. Jangan terlalu lama direbus.

Sabtu, 28 Jun 2014

RENDANG AYAM


Assalamualaikum,

Saya adalah anak jati N9, so bila tiba nak sambut Ramadhan dan Syawal orang negeri sembilan akan 'Mantai' iaitu sehari sebelum berpuasa kami akan memasak rendang dan lemang untuk hidangan sekeluarga. Saya pun sama juga cuma yang bezanya saya tidaklah bakar lemang sendiri. Saya beli sahaja....
So pada kali ni saya merendang untuk dimakan bersama lemang. Dan juga akan saya bawa untuk makan tengahari bersama Nabila di asrama. 

RENDANG AYAM

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil
1 1/2 kg santan
3 - 4 batang serai - dititik
* 5 ulas bawang putih
* 10 - 15 ulas bawang merah kecil 
* 1 inci halia
* 1 inci lengkuas
* 2 batang serai
* 1 inci kunyit hidup
* 10 - 15 tangkai cili padi (jika nak pedas bolehlah ditambahkan)
1 paket serbuk rendang Kak Nor
4 sudu besar kerisik
rempah menumis seperti kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dll
2  daun kunyit - diracik halus
secukupnya garam

Cara-cara:
1. Bahan-bahan bertanda * dikisar halus.
2. Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan dikisar tadi bersama remah penumis sehingga wangi.



3. Masukkan serbuk rendang Kak Nor, garam.



4. Masukkan ayam dan biarkan seketika sehingga airnya berkurangan.
5. Selepas itu masukkan santan. Biarkan mendidih.
6. Setelah nampak agak kering bolehlah dimasukkan kerisik dan dikacau.
7. Biarkan sehingga agak kering atau mengikut citarasa masing-masing. Boleh juga ditaburkan daun kunyit.


8. Bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama rendang.