AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Isnin, 7 April 2014

DONUT KELEDEK OREN


Assalamualaikum,

Petang ni hujan lebat di Seremban, kilat dan petir sabung menyabung. Bila hujan-hujan ni perutpun apa lagi rasa lapar jer kan... Saya teringat pulak kat keledek yang ada kat dapur. Haziq yang minta saya belikan keledek tu dan fikir punya fikir saya pun buka lah pak Google dan dapat lah resepi Donut Keledek dari blog Sinar kehidupanku(Yatiememories). Caranya pun mudah jer so saya pun buatlah.

Alhamdulillah, memang menjadi dan lembut sekali donut ni. Saya banyak juga merujuk kepada blog Kak Yatie ni kerana selain masakannya sedap caranya juga mudah dan tidak memerlukan masa yang panjang untuk menyediakannya. Terima kasih kerana sudi berkongsi.


Ini setelah diterap dengan acuan donut dan direhatkan 1/2 jam sebelum digoreng.


DONUT KELEDEK OREN
(Sumber Asal: Yatiememories dan K.Nor@Secubit Garam)

Bahan-Bahan:-

500 gram tepung gandum
200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek
4 sudu besar susu tepung
1 biji telur 
200 ml air suam (saya tak gunakan semua air ni pun)
3 sudu besar butter
3 sudu besar gula halus
3 sudu kecil yis 

Caranya:-
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. 
  2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap(saya tutup dengan tuala lembap jer) dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut (Saya gunakan acuan donut...). Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
  4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula.

Ahad, 6 April 2014

SHEPPERD PIE


Assalamualaikum,
Anak-anak saya memang suka Shepperd Pie ni, tapi versi saya ni simple jer and bahan-bahannya pun ikut stok apa yang ada kat daput aje. Sebenarnya saya nak masak pie ni untuk dibawa ke Nabila di SESERI. So, dalam kelam kabut tu ada pulak gambar yang lupa untuk disnap...so kat sini dua gambar ni ajelah yang dapat saya share bersama kawan-kawan.

SHEPPERD PIE

Bahan-bahan:-
A - Untuk Mashed Potato
- 1 kg kentang (kupas kulit, rebus dan dilenyek)
- susu segar secukupnya
- 1 sudu makan serbuk lada hitam
- sedikit mentega

1. Campurkan susu, mentega dan lada hitam  ke dalam kentang 
    yang telah dilenyek tadi.
2. Gaul rata.
3. Sendukkan ke dalam acuan pie dan diratakan.

B- Intinya
6 keping daging burger Ramly (disiat halus)
1 tin cendawan butang (dihiris)
1 tin kecil kacang pea (saya guna jenama kimball)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 tin krim cendawan

1. Panaskan kuali non-stick dengan sedikit mentega.
2. Tumiskan bawang putih dan merah sehingga wangi.
3. Masukkan daging dan biarkan sehingga masak.
4. Masukkan cendawan butang dan kacang pea.
5. Campurkan krim cendawan, garam, lada hitam dan biarkan 
    sehingga mendidih. Angkat dan sejukkan sebentar.
6. Setelah sejuk tuangkan inti tadi ke atas lapisan mashed potato 
    yang awal tadi.
7. Akhir sekali, tutup inti dengan selapis lagi mashed potato.)
8. Bakar dalam oven lebih kurang 15 minit dengan suhu 160 C




Selasa, 4 Mac 2014

MEDAN DAY 3

MEDAN DAY 3

Kami ke Medan last December tapi baru kali ni nak sambung semula dan share catatan perjalanan kami di sana. 


Ini Green Garden Hotel di Brastagi yang kami stay 1 malam. Best hotel ni dan makanan pun sodap-sodap. Sejuk kat sini sama seperti di Cameron Highlands. Pagi-pagi nak mandi tu bukan main sejuk lagi airnya.


Di belakang tu ialah Gunung Berapi yang masih aktif dan masih dapat kami lihat asap keluar ke udara. Seramlah pulak.


Inilah keluarga saya. Sekejap aje rasanya anak-anak dah besar. Sedih juga rasanya sebab lepas ni Danial akan ke Universiti dan Nabila pula balik semula ke asrama SESERI.


Haziq naik kuda


Danial tu takut-takutlah pulak....Nabila steady jer...


Ha...ni saya, hubby and Hazim pulak.


Posing di atas Bukit yang berlatarbelakangkan Gunung Karo ke apa entah namanya...dah lupalah pulak.


Aksi dan gaya anak-anak kesayangan saya.

Ahad, 26 Januari 2014

NASI KERABU VERSI PANTAI



Assalamualaikum,

Hari ni nak kongsi pulak antara makanan kegemaran Nabila dan saya iaitu Nasi Kerabu. Memang best...Tapi resepinya saya ikut Azie Kitchen. Thanks kak Azie. Memang sedap. Solok lada pula saya cari kat pak google dari My resepi. Sedap juga...

Sebenarnya ni sedang kursus di Melaka tapi sempat lagi nak update blog. Ringkas aje..so bila ada masa nanti saya update lagi ye...

Isnin, 6 Januari 2014

PLKN

Assalamualaikum dan Salam pagi Isnin,

Hari ni hari yang sedih sedikit tetapi ada juga terselit perasaan gembira kerana anakanda sulung saya iaitu Danial Hakim akan bertolak ke Kem Titian Bintangor, Rembau bagi menjalani Program Latihan Khidmat Negara. Pertama kali nak berpisah lama dengan anakanda saya ni rasa sedih pulak. Semasa nak hantar dia naik bas tu relax lagi tapi bila bas bergerak meninggalkan perkarangan Stadium Paroi, airmata saya pun mulalah mengalir. Sedih.... Semoga Danial akan dapat menyelesaikan latihannya dengan cemerlang dan pulang dengan selamat dan menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Ibu, ayah dan keluarga sentiasa mendoakan keselamatan dan  kesejahteraan Danial sepanjang berkursus. We love you very much and hope enjoy yourself.



Modul-modul yang disediakan memang baik untuk anak-anak muda remaja ini. Semoga setelah tamat program ini mereka akan menjadi aset yang berguna kepada negara. Semoga jatidiri anak muda kita akan lebih kental.

Ahad, 5 Januari 2014

SIZZLING YEE MEE @ PANTAI


Assalamualaikum,
Hari minggu ni biasanya memang saya akan masak yang special untuk keluarga jika tidak terlalu sibuk. Kali ini saya dan keluarga teringin nak makan Hot Plate so kami pun apa lagi google lah. Akhirnya jumpalah resepi Sizzling Yee Mee yang agak mudah ni tapi sedap sesangat..... Mana tak nya macam-macam yang saya tambah untuk menjadi isinya. Anak-anak pun suka dan menghirup lagi kuahnya yang ada lebih dalam periuk ni. Cuma saya ni tak de hot plate so saya guna ajelah non-stick pan saya yang banyak jasanya ni..Jom layan resepinya...

SIZZLING YEE MEE

Bahan-bahan untuk kuah:
3 ulas bawang putih
seinci halia
7 tangkai cili kering
sedikit dada ayam (ikut sukalah)
1 tin cendawan butang(nak guna shitake pun boleh)
sos tiram
kicap pekat
kicap cair
serbuk lada hitam
minyak bijan
air secukupnya
3 sudu tepung jagung + sedikit air
sawi secukupnya
yee mee

Cara-cara:
1. Tumis bawang putih, halia dan cili kering.
2. Campurkan ayam dan sedikit air.
3. Campurkan cendawan dan air lebihannya. Biarkan sehingga ayam masak.
4. Campurkan kesemua perasa dan minyak bijan serta tepung jagung. Masak sehingga pekat.

Cara nak buat Yee Mee:
1. Panaskan non-stick pan. Letak yee mee dan sawi.
2. Sendukkan sedikit kuah bersama isinya.
3. Pecahkan telur dan biar sehingga telur masak sedikit.
4. Campurkan kuahnya mengikut suka.
5. Hidangkan panas-panas.  Sedapnyer....






Sabtu, 4 Januari 2014

TALAM UBI KAYU



Assalamualaikum,


      Talam ubi kayu ni adalah antara kuih kegemaran saya. Jika ke pasar malam atau mencari sarapan inilah antara kuih yang akan saya beli dahulu. Cuma baru kali ini saya berpeluang membuatnya sendiri. Maklumlah, masih lagi belajar dan mencuba resepi-resepi yang pelbagai. Nak buat pun senang dan yang penting ialah keluarga saya mengemarinya.
      Saya nak ucap terima kasih pada Kak Yatie dari blog Yatimemories kerana resepinya yang saya ikut ni memang senang dan sedap hasilnya.

Talam Ubi Kayu.

Bahan-bahan:

Lapisan Bawah
600 gram parutan ubi kayu
160 ml santan cair
200 gram gula pasir
 50 gram gula melaka(saya guna gula merah jer)
 1 helai daun pandan

Cara-cara:
1. Satukan santan, gula merah dan gula pasir dan daun pandan.
2. Masak dengan api perlahan hingga larut. Tapis dan sejukkan.
3. Lapik loyang dengan plastik dan sapu sedikit minyak.
4. Panaskan kukusan.
5. Satukan air gula tadi bersama ubi parut. Kacau rata.
6. Tuang dalam loyang.
7. Kukus selama 20 minit.

Lapisan Atas
600 ml santan
40 gram tepung gandum
70 gram tepung beras
sedikit garam

Cara-cara:
1. Bancuh semua bahan kecuali garam.
2. Kacau dan campurkan garam.
3. Tapis adunan tadi.
4. Tuangkan perlahan-lahan atas lapisan bawah tadi.
5. Kukus semula selama 25 minit.
6. Sejukkan dahulu sebelum memotongnya.