AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Khamis, 14 Februari 2013

DAGING BLACKPEPPER


Daging blackpepper ni saya masak Isnin lepas, baru sekarang dapat nak share...banyak kerja la tak sempat nak berblog blog ni...bila dah free sikit ni bolehlah.... Masa cuti  CNY pun sibuk juga..nama aje cuti tapi masih banyak urusan.  CNY kali ni kami tak ke mana-mana, we enjoyed staying at home and be with the children. Sambil tu kemas rumah sikit-sikit, maklumlah banyak lagi barang-barang yang belum di 'unpacked' sejak berpindah... Jom kita layan daging black pepper ni.
DAGING BLACK PEPPER

1 bungkus rempah daging black pepper (saya gunakan jenama
    MAGGIE)
1/2 kilogram daging batang pinang ( saya rebus dahulu dan dihiris)
2 biji kentang ( potong serong dan goreng)
  daun sup
2 tangkai cili merah
1 biji bawang besar (saya guna bawang kuning - sedap dan garing)
2 biji bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
1 cawan air rebusan daging
secubit garam
minyak untuk menumis

1. Panaskan minyak masak.
2. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga wangi.
3. Masukkan daging. Biarkan seketika.
4. Masukkan rempah daging black pepper jenama MAGGIE tadi.
    Kacau seketika
5. Masukkan air rebusan daging tadi, garam dan serbuk perasa.
    Biarkan hingga ia mendidih dan
    pekat.
6. Masukkan kentang goreng, lada merah dan kacau.
7. Padamkan api. Boleh dihiaskan dengan daun sup.


Sedap daging black pepper, boleh juga dimakan dengan roti putih.

Rabu, 13 Februari 2013

NASI ARAB


    Hari Selasa lepas masih lagi dalam 'holiday mood'. Hubby requested untuk saya masak Nasi Arab. Alamak...first time nak masak Nasi Arab ni..so apalagi..google punya google jumpalah resepi Nasi Arab Berempah dalam blog fiza-sham. Tq for sharing and saya pun ikut tapi saya ubah sedikitlah yang mana perlu.
    Memang sedap betul resepi ni..cuma lain kali saya rasa perlu lebihkan garam sedikit. Hubby and anak-anak pun suka dan  sedang saya memasak ayah pula telefon memberitahu ada anak buahnya yang tinggal di Kapar akan bertandang ke rumah saya dan lunch sekali. Rezeki merekalah dan saya memang masak nasi ni lebih. Tapi..terdetik juga dalam hati..sedap ke Nasi Arab saya ni...boleh ke mereka makan nanti.. Tetamu yang datang saya hidangkan Nasi Arab ni dan Alhamdulillah tetamu juga turut memuji Nasi Arab saya ni walaupun baru pertama kali mencuba..
NASI ARAB BEREMPAH
A. Bahan-bahan:
2 ekor ayam ( boleh potong ikut suka)
3 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
rempah tumis (bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar ketumbar
3 sudu besar rempah kurma
6 cawan air
Bahan B:
5 cawan beras Basmathi - basuh dan toskan
2 sudu besar minyak sapi
1 biji bawang besar - dihiris
1/2 cawan sos tomato
garam
Cara-cara:
1. Dalam periuk, campurkan bahan-bahan A.
2. Masak sehingga mendidih dan ayam masak.
Ni ayam yang telah dicampurkan bahan A untuk dijadikan sup.
3. Keluarkan ayam dan toskan. Bahan-bahan rempah dalam sup
    tadi dikeluarkan dan dikisar halus( tapi saya tak buat langkah
    yang ini)
4. Dalam periuk lain, panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang
   besar yang telah dihiris sehingga wangi.

Tumis bawang besar setelah minyak sapi panas.


Campurkan air sup rebusan ayam tadi dan biar mendidih.
5. Masukkan bahan rempah yang dikisar tadi, sos tomato, beras dan
    sup. Tambahkan garam dan gula. Setelah mendidih tutupkan api.
6. Selepas itu, di dalam periuk nasi, untuk lapisan 1 saya masukkan
    beras, lapisan 2 diletakkan ayam tadi dan tuangkan sedikit sup.
    Ulang lagi sehingga habis beras dan ayam.

Selang selikan lapisan beras dan ayam, kemudian tuangkan sup


7. Masaklah seperti memasak nasi biasa dalam rice cooker.
8. Bila dah siap boleh ditaburkan daun sup dan bawang goreng.


Saya masukkan ke dalam rice cooker dan inilah hasilnya setelah hampir masak.


Inilah Nasi Arab Berempah cubaan pertama saya. Sedap dimakan bersama
Acar. Alhamdulillah sedap and disukai oleh my family.


Isnin, 11 Februari 2013

NASI GORENG CINA



Hari ni cuti CNY so bangun pagi tengok nasi masih ada and terus plan buat nasi goreng cina yang simple je and buat juga sosej bersalut roti. Memang simple tapi yang penting sedap. Jom layan...

Bahan-bahan:
3 cawan nasi sejuk
1/2 cawan mixed vege
1 keping fish cake
sedikit  ikan bilis - ditumbuk
3 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
6 - 7 tangkai cili padi - ditumbuk
garam

Cara-cara:
1. Panaskan minyak.
2. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk.
3. Masukkan fish cake dan mixed vege. Kacau rata dan biarkan 
    sebentar.
4. Masukkan nasi dan garam. Gaul rata
5. Angkat setelah masak.



SOSEJ BERSALUT ROTI




Ni pun sarapan yang paling simple juga.. senang nak buat and mengambil masa yang tak lama pun...

Bahan-bahan:
4 - 5 keping roti
4 - 5 batang sosej - direbus dan sejukkan
1 biji telur - dipukul
bread crumb

1. Roti tadi digelek dengan penggelek untuk padatkannya.
2. Isikan sosej dan gulung roti.
3. Celupkan roti ke dalam telur dan kemudian golekkan atas bread 
    crumb.
4. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan.
5. Boleh makan dengan sos cili.




Tengoklah tu...Hazim makan sosej bersalut roti and nasi goreng tu...Camner nak diet...

Ahad, 10 Februari 2013

MOIST CHOCOLATE CAKE




   Moist Chocolate Cake ni adalah resepi yang telah lama saya gunakan jika nak buat kek coklat. Memang digemari oleh family. In fact pernah juga mendapat tempahan dari rakan-rakan di pejabat terutamanya menjelang Hari Raya. Resepinya saya perolehi dari seorang kawan lama. 
    Kali ni saya buat kek ni untuk Birthday my hubby yang ke 44 tahun. Walaupun agak lambat membuatnya, kami dah sambut dah pada 1 Februari yang lalu. Selamat Hari Lahir sayang, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Terima kasih atas segala-galanya. 
        Bahan untuk kek ni pun mudah aje...

Bahan-bahan:-
A - 250 g mentega
      330 g gula kastor
       6 biji telur
       220 g tepung gandum
       1 sudu teh baking powder
       1 sudu teh soda bikarbonat
       1 sudu teh esen vanilla

B  - 50 g serbuk koko
       50 g gula kastor
       3/4 cawan air 
        - semua bahan dimasak atas api yang kecil sehingga pekat.

C  - 50 g butter
       50 g serbuk koko
       3 sudu besar susu pekat manis

Cara-cara:
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla sehingga kembang.
2. Setelah itu dimasukkan telur satu persatu. Pukul lagi.
3. Campurkan tepung yang telah diayak bersama baking powder
    dan soda bikarbonat. Gaul rata.
4. Campurkan pula bahan B yang telah disejukkan tadi. Gaul rata
5. Masukkan ke dalam loyang pembakar yang telah disapu sedikit
     mentega.
6. Bakar 45 minit dengan suhu 180C.
7. Untuk membuat topping, campurkan semua bahan C dan masak
    atas api perlahan sehingga pekat.
8. Apabila kek telah sejuk, bolehlah disapukan topping tadi dan hias 
    mengikut kreativiti masing-masing.



KARIPAP PUSING




     Sekali sekala berpeluang update blog ni saya pun masukkan lah sekali banyak. Cuti hujung minggu ni la masanya saya nak memasak yang best-best untuk hubby dan anak-anak. If hari bekerja tu masak yang ringkas dan mana sempat aje..
     Semalam saya tengok dalam fridge masih ada berbaki inti pastri puff so saya pun plan nak buat karipap pusing. Google punya google saya pun gunalah resepi dari Intai-intai dapur (terima kasih ye), so jom layan resepi dulu

Bahan-bahan
A - 3 cawan tepung gandum (yang asalnya 4 cawan)
      garam
      air secukupnya
     - Campurkan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh lembut.

 Ini adunan A

B  - 1 cawan tepung gandum
       3 sudu besar mentega
     - Campurkan semua bahan dan uli hingga mendapat doh lembut.

Ini adunan B yang warnanya agak kekuningan

1. Ambil doh A dan canaikan.
2. Bentukkan bulat doh B dan masukkan ke dalam A. Bentukkan 
    bulat.
3. Canai doh menjadi leper. Gulungkan dan gelek lagi. Ulang 
    sebanyak 2 kali.
4. Potong doh dan canai semula.
5. Isikan dengan inti kentang.
6. Kelimkan tepinya.
7. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan.



Gelek adunan A dan letakkan adunan B diatasnya dan bentukkan bulat semula.


Kemudian gelekkan semula dan gulung memanjang.


Setelah tu potong kepada beberapa bahagian


Gelekkan semula. Isikan dengan inti kentang


Inilah hasilnya setelah dikelim tepinya.


Ini setelah digoreng.

Oklah...mata pun dah mengantuk ni..nak dozzzzz dulu and maybe jumpa lagi tomorrow..