AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Sabtu, 19 Januari 2013

PUDING ROTI MARBLE



Hari ni agak tak banyak kerja, so dari office lagi dah bercadang nak buat puding. Fikir punya fikir dan setelah mencari di internet saya pun terjumpa la resepi Puding Roti Marble yang senang dan hanya perlu mengukusnya. Lagi pun kat rumah tu ada roti lagi. Balik je kerja hari Isnin tu saya selepas solat saya pun ke dapur dan menyediakan puding roti. Ia senang dibuat dan tidak memakan masa yang lama. Lagipun puding memang digemari seisi rumah.





Bahan-bahan:
10 keping roti- dicarik-carik
2 cawan susu segar
4 sudu besar susu manis
1/2 cawan gula halus
2 biji telur
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanilla
1/4 sudu kecil garam
pewarna yang disukai

Caranya:
1. Satukan semua bahan. Blender halus.
2. Bahagikan mengikut 4 warna yang digemari.
3. Marblekan dalam loyang. Untuk senang keluarkan puding itu nanti, saya alas loyang dengan plastik.
4. Kukus 30 minit.


Rabu, 16 Januari 2013

PIZZA NABILA

Pizza memang digemari oleh anak-anak. Tapi kali ni saya cuma memantau aje Nabila membuat pizza. Boleh tahan juga. Beliau juga mempunyai minat memasak seperti saya. Sebelum ini Nabila telah membuat Kek Batik Marie, Chocolate Cookies dan Bahulu Lapisnya sendiri. Alhamdulillah, inilah satu-satunya anak perempuan saya dan saya berharap beliau akan terus cemerlang dalam apa jua yang dilakukannya.


Bahan untuk doh:

Tepung gandum
Air
Yis Maurifan

1. Satukan tepung gandum dan yis maurifan dalam mangkuk.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit untuk dijadikan doh. Jangan masukkan air sekali gus kerana ia akan terlalu lembik.
3. Perap doh selama 45 minit. Setelah itu, tumbuk2kan doh dan bolehlah dibahagikan untuk membuat kulit pizza.




Intinya Nabila letak sos cili dahulu untuk lapisan bawahnya. Kemudian ditaburkan cendawan butang yang telah dihiris.


Lepas tu, taburkan nanas tin yang telah dibuang airnya dan dihiris. Tambah juga ayam cincang, bawang, lada benggala merah dan akhirnya taburkan cheese. 


Bakar selama lebih kurang 15 minit dengan suhu 150 C


Inilah rupanya pizza hasil tangan Nabila. Sedap dan seperti biasa sangat laris dimakan oleh Danial dan Haziq yang sememangnya tidak cukup satu potongan. Crust pizzanya pun


Jom jemput makan pizza....

SHEPPERD PIE LAGI...


Hujung minggu,anak-anak request macam-macam untuk dimasak. Untuk tidak menghampakan mereka, saya pun ikutlah idea mereka untuk membuat Sheppard Pie lagi. Kali ni saya membakarnya dalam bekas aluminium yang dibeli dikedai aje and saya gunakan ayam hancur Ramly. Memang sedap and sekejap aje selesai 1 mangkuk.




1. Panaskan sedikit olive oil.
2. Tumis bawang besar and bawang putih yang telah dihiris.


3. Masukkan daging ayam kisar jenama Ramly.
4. Masak sehingga agak garing. Kemudian campurkan sayur-sayuran yang anda suka. Saya campurkan karot, saleri, cendawan tin.
5. Taburkan sedikit black pepper dan rosemary.



6. Sebelum masuk dalam oven, taburkan cheese. Lagi banyak cheese lagi sedap..




Inilah hasilnya...sekejap je selamat dimakan oleh anak-anak.






Selasa, 15 Januari 2013

CUTI-CUTI SINGAPORE

Cuti Sekolah Disember lalu sempat saya dan hubby membawa anak-anak bercuti di Singapore. Kami ke Universal Studio. Sehari sebelum ke Singapore kami menginap di M-Suites Hotel, Johor Baharu dan menaiki bas ke Singapore.
Memang seronok tapi agak memenatkan. Tak cukup sehari suntuk di sana rasanya. Kami bernasib baik juga kerana pengunjung tidak berapa ramai dan anak-anak sempat menaiki dan mencuba semua permainan di situ. Yang penting anak-anak happy and enjoy. Ini adalah antara gambar-gambar yang saya ingin kongsikan dengan rakan-rakan.




Ini di hadapan pintu masuk.



Posing sakan anak-anak ibu ni ha....


Latarbelakang tu sebelum masuk ke bahagian Madagascar...Memang best sangat kat sini. My maid pun turut seronok.


Bersama Shrek dan Fiona kononnya....



I tak naik yang ini, takut....


Nabila dan Danial di hadapan robot Transformer tu...



Hazim dengan bibik naik burung kat Dinasour Land ni..Mula-mula Hazim takut juga tapi dah dipujuk dia naik juga..


Haziq and Hubby pulak posing depan Transformer.

Jumaat, 11 Januari 2013

RED VELVET CAKE - CUBAAN PERTAMA

Dapat peluang untuk update blog ni saya pun update la...sekali banyak gitu. Puas juga mencari gambar-gambar....

Saya telah berjaya membuat red velvet cake tapi rasanya boleh improve lagi kot..Cuma cream cheese frosting tu yang tak berapa menjadi..agak cair sedikit. Tak pe. Lain kali saya akan mencuba lagi.
Yang penting hubby and anak-anak kesayangan saya sukakan cake ini. 


Beginilah rupanya setelah dihias oleh anak dara saya dengan cream cheese frosting yang cair tu....







Eemmm....sedap tau . Jomlah...



Nanti i akan share resepinya ye...tak sempat la...

Khamis, 10 Januari 2013

PUDING ROTI PANDAN

Ini adalah antara puding kegemaran saya sekeluarga. Puding roti pandan ini saya buat mengikut resepi AzieKitchen. Saya banyak mengikut resepi beliau memandangkan ia mudah disediakan dan bahannya juga senang dicari...Memang sedap and boleh dimakan sejuk or panas. Saya prefer dimakan sejuk. Potong je anak-anak terus serbu...


Puding Roti Pandan
Sumber : AzieKitchen

Bahan-bahan:

12 keping roti gardenia
15 helai daun pandan
200 ml santan kotak
2 1/2 cawan air
2 biji telur3/4 cawan gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla
sedikit pewarna hijau
sedikit garam

Cara-cara:
1. Panaskan periuk kukusan. Sapu loyang dengan minyak
2. Daun pandan diblend bersama air dijadikan jus pandan
3. Dalam mangkuk, masukkan semua bahan kecuali roti dan kisar. Tapis
4. Susun roti dalam loyang. Tuang adunan atas roti.
5. Taburkan kismis
6. Kukus roti selama 20 minit
7. Penutup kukusan boleh ditutup dengan tuala untuk mengelakkan air menitis atas puding
8. Disejukkan dalam peti sejuk sebelum dipotong. Sedap dimakan sejuk.



Ini adunan puding sebelum dimasukkan dalam kukusan. Saya letakkan plastik didasar loyang agar memudahkan saya mengeluarkan puding itu.


Puding setelah dikeluarkan dari loyang selepas 20 minit dikukus.








Sodap dimakan sojuk..Jom makan...

KEK GULA HANGUS

Assalamualaikum,

Lama betul tak update blog. Tak sempat....busy konon. So i nak share kek gula hangus yang buat bersama anak dara i tu.Saya membuatnya pada 4 November yang lalu. Tak susah sangat cuma kalau diperap lebih lama mesti lagi cantik tapi tak sabar la nak tunggu. I biarkan cuma 3 jam je.

Gula hangus
2 cawan gula pasir
11/2 cawan air
2 sudu besar mentega

1. Masak gula dalam kuali hingga warna bertukar keemasan.
2. Bila dah cair, masukkan mentega.
3. Ketepikan.

Bahan kek

6 biji telur
2 cawan tepung gandum
1/2 tin susu pekat manis
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla

Cara:
1. Pukul telur sehingga kembang.
2.Masukkan susu pekat manis.
3. Putar sehingga sebati.
4. Campurkan esen vanilla
5. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder
6. Akhir sekali masukkan gula hangus.
7. Perap selama 3 jam atau lebih
8. Bakar  1 1/2 jam dengan suhu 160 C








                                                             Gula hangus yang saya hasilkan







Saya rasa jika diperap adunan tu lama sikit mesti lagi cantik jadinya kek gula hangus ni..



Selamat Menjamu Selera.