AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Selasa, 15 April 2014

IN THE NEWSPAPER AGAIN


Assalamualaikum,

    Pada sambutan Hari Raya tahun lepas, batch gegurls STJ 83-87 telah berkumpul di Seremban. Terima kasih pada Sarah Ali selaku organizer untuk reunion ini. Memang ada di antara kami yang telah terpisah sejak tamat tingkatan 5 lagi. So apalagi, merah riuh rendah suasana kat rumah Shidah tu. Alhamdulillah walaupun tak semua Gegurls yang hadir tapi ini membuktikan bahawa hubungan dan persahabatan kami tidak berakhir begitu sahaja.
     Macam-macam cerita yang keluar...ada sedih, lucu dan pelbagai perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Sepanjang 5 tahun menimba ilmu di STJ banyak pengalaman dan ilmu yang diperolehi. Selama 5 tahun itulah hubungan kami sebagai sahabat amat akrab dan kami saling memerlukan antara satu sama lain. Maklumlah ibu bapa semuanya jauh. 
  Setelah tamat tingkatan 5 dan masing-masing melanjutkan pelajaran, ada di dalam dan luar negara. Kemudian bekerjaya dan berkeluarga tetapi hubungan tidak pernah terputus. Pernah juga kami mengadakan perjumpaan di Shah Alam, Johor dan Melaka tetapi jumlah yang hadir tidaklah ramai. 
     Untuk reunion ini, masing-masing membawa juadah dari rumah ala-ala Pot Luck gitu. Memang best...
     Semoga hubungan kami terus berkekalan. Sayang semua Gegurls 83-87.

POP CORN @ PANTAI


Pop corn...salah satu snek kegemaran mereka yang berada di pawagam sambil menonton wayang. Semacam dah jadi satu kemestian pulak kan Wayang dan Pop Corn. Tapi hari ni tak delah saya buat untuk menonton wayang. Cuma tetiba teringat kat dapur tu masih ada lagi jagung untuk pop corn yang masih belum dimasak. So, buka pak google and terjumpa resepi Pop Corn dari blog Tiffinbiru (Dapur Tanpa Sempadan) dan saya pun ikutlah langkah demi langkah. Terima kasih ye Mat Gebu kerana sudi berkongsi resepi. Memang mudah dan sedap hasilnya.



Menari sekejap kuali saya ni...meletup-letup jagung tu bila kembang. Best pulak mendengarnya. Patutlah ada lagu..tudung periuk, tudung periuk pandai menari....


Gula pasir dicampurkan air. Bila larut ditambah mentega.


Pop corn yang baru dikeluarkan dari periuk. Biarkan sekejap


Gaulkan pop corn tadi dengan air gula yang telah pekat tadi. Lepas tu bolehlah dimakan...Sedap, manis dan garing.

POP CORN
(Resepi Asal: Tiffinbiru (Blog Dapur Tanpa Sempadan)

Bahan-bahan:
1/3 cawan jagung pop corn
1 camca besar mentega
21/2 sudu besar minyak masak

Bahan Karamel:
1/3 cawan gula pasir
1 camca besar mentega

Cara-cara:

1.Panaskan periuk dan panaskan minyak. Masukkan mentega dan apabila telah cair bolehlah dicuba masukkan sebiji jagung. Apabila ia meletup dan kembang, bolehlah dimasukkan kesemua jagung lain. Tutup tudung periuk dan tunggu sehingga semua jagung tadi kembang dan berhenti bunyi meletup-letup tu. Tutup api dan pindahkan pop corn ke dalam mangkuk untuk disejukkan sebentar.

2. Untuk karamel; gula pasir dimasak sehingga bertukar warna keperangan dan masukkan mentega. Apabila mentega dah cair bolehlah dimasukkan pop corn tadi. Gaul rata.

3. Bila dah agak sejuk bolehlah dimakan. 

Isnin, 14 April 2014

PIZZA SEMPOI (BRUSCHETTA)


Assalamualaikum,

Pagi ni saya buat pizza sempoi untuk breakfast and dibekalkan juga untuk hubby ke pejabat. Sebenarnya semalam saya membeli 2 batang French bread yang masih lagi panas. So, terfikirlah nak buat pizza ni dari malam tadi lagi. Bawah pizza tu saya gunalah french bread tu dan atasnya untuk filling saya letak aje apa-apa sayur yang ada dalam fridge tu. Simple jer tapi sedap dan mudah.


Mulanya french bread tu dipotong sedikit bahagian atasnya untuk menyenangkan kita letakkan intinya nanti. Letakkan sos cili kegemaran masing-masing, lepas tu bolehlah diletakkan intinya diakhiri dengan cheese. Lagi banyak cheese lagi best tau. Bila makan tu bertali-tali jadinya. Bakar pun sekejap aje dalam 15 minit pun dah cukup. Makan panas-panas lagi best tau.


Ha..dah siap untuk dimasukkan ke dalam oven.


Suka tengok bila cheese tu cair apabila dibakar.


Sedapnya...bila nak makan tu boleh letak mayonis.

Pizza Sempoi

Bahan-bahan:
1 batang French Bread (potong 3 atau 4)
Cili sos
Mayonis
1 tangkai saderi -  dipotong dadu
1 biji tomato - didadu
1 capcisum merah - didadu
1/2 cawan cendawan butang - dihiris
sedikit garam
secubit lada hitam
1 sudu besar serbuk kari
1 biji bawang besar - didadu
2 ulas bawang putih - didadu
1/2 paket ayam kisar Ramly

Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak zaitun.
2. Masukkan bawang besar, bawang putih dan biarkan garing.
3. Masukkan serbuk kari, garam dan lada hitam.
4. Campurkan ayam kisar dan biarkan sehingga ayam masak.
5. Campurkan semua sayur-sayuran tadi dan kacau seketika 
    sebelum diangkat.
6. Sapukan roti  dengan sos cili dan letakkan inti yang dimasak tadi 
    diatasnya.
7. Taburkan cheese dan masukkan ke dalam oven untuk dibakar 
     selama 15 minit.


Ahad, 13 April 2014

PAVLOVA


Pavlova lagi....
   Pavlova ni saya buat sewaktu semua anak-anak ada di rumah. Danial dah tamat PLKN dan Nabila pun bercuti sempena cuti sekolah ni, so saya pun buatlah beberapa makanan yang menjadi kegemaran anak-anak.
    Nak buatnya agak mudah dan tidak memerlukan bahan-bahan yang rumit. Untuk hiasannya tu terpulanglah kepada sahabat-sahabat sekalian. Saya jenguk fridge dan adalah strawberry dan buah kiwi ni so itulah yang saya gunakan.

PAVLOVA

Bahan-bahan:
4 biji telur
1/2 cawan gula kastor
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh cuka masakan
1 sudu teh esen vanilla

1. Mula-mula pukul putih telur sehingga kembang.
2. Masukkan gula sedikit demi sedikit.
3. Pukul lagi dan kemudian tambahkan semua bahan yang lain tu.
4. Pukul sehingga adunan tu jadi bertanduk iaitu ia tak jatuh jika 
    kita terbalikkan.
5. Letak sesenduk adunan atas baking paper dalam dulang 
    pembakar dan bakar selama 15 minit dengan suhu 160C.
6. Bila dah masak tu, jangan keluarkan terus, biar ia sejuk dahulu 
    dan baru keluarkan.
7. Letakkan whipping cream atasnya dan hiaslah ikut suka ye.



Sabtu, 12 April 2014

CREAM PUFF


      Cream Puff....saya adalah antara pengemar cream puff. Puff ni memang sedap, gebu dan mengenyangkan tapi nak membuatnya tulah yang menjadi masalah. Ini merupakan kali ke 3 saya membuatnya dan baru kali ni menjadi. Sebenarnya sewaktu saya ke Johor Baharu dan singgah di rumah sahabat saya Zeemah, beliau menghidangkan saya dengan Cream Puff dan memang menjadi keinginan saya untuk balik nanti dan mesti buat. 
       Baru minggu lepas saya berkesempatan untuk membuatnya dan sahabat saya telah memberikan saya panduan dari YouTube untuk membuatnya. Ini saya sertakan addressnya untuk sesiapa yang minat ye
http://www.youtube.com/watch?v=kYHGO4rvelo&feature=youtube_gdata_player

Saya pun layanlah video ni dan ikut step-by-step cara membuatnya. Terima kasih banyak-banyak ye Zeemah atas perkongsian ini. Memang menjadi, gebu gebana dan sedap. Jom kita layan resepinya yang mudah ni.

CREAM PUFF

Bahan-bahan:
100 ml air
60 g butter
secubit garam
3 biji telur
60 g tepung kek/roti

Caranya:
1. Masukkan air, butter dan garam ke dalam periuk.
2. Panaskan dengan api kecil sehingga butter cair dan mendidih 
    seketika. Tutup api.
3. Campurkan tepung dan kacau seketika.
4. Hidupkan semula api kecil dan kacau adunan tadi sehingga 
    menjadi lembut dan berkilat. Tutup api.
5. Masukkan ke dalam mangkuk dan kacau sekejap sehingga sejuk 
    dan sebati.
6. Campurkan telur tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan 
    menjadi likat atau berkilat.
7. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan pipekan atas dulang 
    pembakar mengikut bentuk yang dikehendaki.
8. Bakar selama 25 minit (180C)
9. Biarkan sejuk dahulu baru dibelah untuk diisi dengan whipping
    cream atau apa-apa inti yang dikehendaki. 

Selamat Mencuba



Jumaat, 11 April 2014

APAM PUTERI AYU


Assalamualaikum,

Lama betul rasanya tak update blog ni. Sibuk memanjang jer...So kali ni nak share apam puteri ayu yang baru first time saya buat. Teringin nak buat tu dah lama tapi tak juga dibuat-buat. So, petang ni terlebih rajin saya pun buatlah dan Alhamdulillah menjadi pulak tu. Sedap...Tak lupa diucapkan terima kasih pada tuanpunya blog Citarasa Mamaana yang sudi berkongsi resepi yang mudah dan yang pentingnya menjadi. Thank you kak Ana.


APAM PUTERI AYU

Sumber Asal: Blog Citarasa Mamaana

Bahan-bahan:
A - Untuk Batter
2 biji telur
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu teh ovalette
1 cawan santan
pewarna yang disukai

B - Untuk lapis kelapa
kelapa parut putih
1 sudu makan tepung jagung
secubit garam

Cara-cara:
1. Panaskan kukusan. Jangan lupa balut penutup kukusan dengan 
     kain supaya nanti airnya tidak meleleh dan jatuh pada kuih apam
     tu.
2. Pukul gula, telur dan ovalette sehingga kembang. 
3. Masukkan santan dan tepung gandum. 
4. Kacau rata.
5. Bolehlah letakkan pewarna yang disukai. 
6. Acuan perlulah disapu dengan sedikit minyak supaya ia tak 
    melekat.
7. Letakkan lapis kelapa didasar acuan dan padatkan.
8. Kemudian tuang pula adunan apam kita tadi.
9. Kukus selama 10 minit. 


Tengoklah tu...ada warna warnilah pulak. Ikut suka hatilah ye nak diletakkan warna apa

Rabu, 9 April 2014

BUNGA MEKAR DI LAMAN IDAMAN


Inilah teratak tempat kami sekeluarga berteduh. Alhamdulillah, sejak 2 tahun kami berpindah tinggal di sini, suasananya memang aman damai, sejuk, berangin dan persekitarannya harmoni. Maklumlah di kawasan kampung so sekitarnya masih lagi dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan dan pokok yang menghijau. Hari ni nak berkongsi tentang pokok-pokok bunga yang saya sekeluarga tanam dan sayangi. Semakin mekar dan bunga-bunganya pun subur. Bukannya apa...saya rasa tenang dan release tension bila tengok pokok-pokok bunga di taman saya yang tak seberapa ni. Memang melapangkan dada dan otak. Bila tension tengok dan nak menyiapkan bab 1, 2 dan 3 dalam thesis saya tu, saya pun tengoklah dan mengadaplah bunga-bunga saya ni. Jom kita visit taman kecil saya ni ...


Petunia yang saya sayangi. Cantikkan bunga-bunga tu cuma perlukan penjagaan yang rapi. Kena selalu cantas bila bunganya dah nampak kering. 


Petunia purple berbelang putih ni cantik sangat..


Petunia pink dan merah dalam satu pasu. Tapi yang merah tu tak nampak pulak disebalik daun tu.


Petunia pink


Petunia putih


Ini pokok bunga pecah piring (orang katalah) tapi nama saintifiknya tak tahulah pulak. Ada juga warna putih dan purple cuma tak berbunga pulak dia.




Pokok bunga ni saya pun tak tahu namanya, saya ambil di hadapan pagar rumah. Ia tumbuh liar tapi saya tengok cantik juga bila ditanam dalam kawasan rumah...so saya pun ambillah anaknya dan tanam. Ada dua warna tau kuning dan putih. Cantikkan..