AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Rabu, 6 Mac 2013

ISTIMEWANYA WANITA

SELAMAT HARI WANITA

Wanita dengan fitrahnya yang khas memiliki keistimewaan sebagai berikut:

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki krn sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda :
“Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T.
akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak
perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di
dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka
dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang
baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak
dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya
dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki ?” Jawab Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang
dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas
untuk membela agama Allah S.W.T.

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 lelaki yang jahat.

22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang
tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (ASI)akan dapat satu
pahala dari pada tiap-tiap tetes susu yang diberikannya.

Selasa, 5 Mac 2013

MEE JAWA


Mee Jawa ni adalah antara kegemaran suami. Dah lama juga tak membuatnya, so last Sunday saya ke pasar terus plan nak masak Mee Jawa. Kali pertama dulu buat saya ikut resepi dari blog AzieKitchen, tapi kali ni ada olah dan tambah sikit dari resepi asal. Memang pekat kali ni saya buat kuahnya. Memang mendapat sambutan hangat terutamanya dari my hubby. Haziq pula dua tiga kali mengulang makan.

Mee Jawa

1 kilogram Mee kuning

Bahan-bahan
A - untuk kuah
     1/2 kg daging - direbus dan dipotong halus
     3 - 4 biji keledek kuning
     3 - 4 biji kentang
     1 inci halia - ditumbuk
     1 inci lengkuas - ditumbuk
     3 ulas bawang merah - ditumbuk
     2 ulas bawang putih - ditumbuk
     2 batang serai - ditumbuk
     3 sudu besar cili kering - dikisar
     2 sudu besar serbuk rempah kari
     4 tangkai cili padi - ditumbuk (jika suka pedas)
     2 cawan udang kering - ditumbuk
     rempah tumisan (bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis)
     1 paket fish ball
     2 keping fish cake
     sedikit garam
     1 sudu kecil gula

Cara-cara:
1. Keledek dan ubi kentang direbus dan dilecek (seeloknya ketika
     masih panas)
Ini ubi kentang dan keledek yang telah direbus.

2. Panas minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk berserta 
    rempah tumisan. Biarkan seketika. 

Bahan-bahan untuk ditumbuk/blender


Ini pula setelah diblender

Tumis bahan-bahan yang diblender

3. Masukkan bancuhan cili boh dan rempah kari. Biarkan ia garing
    sedikit.

Cili boh dan serbuk kari dibancuh dengan sedikit air

Masukkan bancuhan cili boh dan rempah kari


4. Masukkan daging yang telah direbus. 
Daging dan air rebusannya

5. Masukkan air rebusan daging dan keledek serta ubi kentang 
    lenyek tadi.

Setelah dimasukkan air rebusan daging, keledek, ubi kentang, fish cake dan fish ball.

6. Perasakan dengan garam dan gula.
7. Biarkan kuah mendidih dan bolehlah ditutupkan apinya.


Sayuran dan aksesori untuk Mee Jawa saya..



B - untuk sayuran 
     Daun sup - dihiris halus
     4 keping tauhu goreng - dihiris
     3 tangkai cili hijau - dihiris
     3 tangkai cili merah - dihiris
     limau kasturi - dibelah 2
     sawi - dicelur
     taugeh 


Ahad, 3 Mac 2013

LEPAT PISANG


Inilah rupanya lepat pisang saya

Entah apa nak buat petang Sabtu ni...tengok kat luar ada daun pisang and kat dalam rumah ada beberapa biji pisang emas, so apa lagi melepatlah saya petang tu.. First time jugalah saya buat lepat pisang ni. Tapi menjadi and tak berapa manis sangat dan yang penting tu sedap...

Lepat Pisang

Bahan-bahan:
2 cawan pisang emas yang telah dilenyek
2 cawan tepung gandum (saya agak-agak aje macam buat cekodok tu)
2 sudu besar gula pasir
secubit garam
daun pisang 

Cara-cara:
1. Panaskan pengukus.


2. Di dalam mangkuk, gaulkan pisang emas lenyek, gula, tepung, 
     garam hingga sebati.
3. Letakkan adunan tadi di atas daun pisang.



4. Tutup daun pisang.
4. Kukus lebih kurang 10 minit.




Sabtu, 2 Mac 2013

MAKARONI CARBONARA



Makaroni Carbonara ini adalah antara hidangan Barat yang menjadi kegemaran anak-anak saya. Petang Jumaat lepas saya pun memasaknya untuk mereka. Hidangan ini senang disediakan dan merupakan satu hidangan yang lengkap juga. Ia mengeyangkan tapi saya tak boleh makan banyak-banyak. Badan dah mula naik semula ni. Habis program diet yang saya ikuti dengan LWM. Tak apalah untuk anak-anak, saya memasaknya dan memakannya dalam kuantiti yang sedikit.

Makaroni Carbonara

Bahan-bahan:
1 paket makaroni (saya guna jenama San Remo tapi tak ingat nama makaroni ni)
1 cawan daging ayam kisar (jenama RAMLY)
1 tin cendawan butang (dihiris)
2 tin carbonara soup 
1 batang saderi (dihiris)
2 ulas bawang putih
sedikit air
1 sudu kecil oregano
1 sudu kecil serbuk lada hitam
garam
2 sudu besar olive oil

Cara-cara:
1. Panaskan olive oil dan tumis bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan ayam kisar dan biarkan sebentar.
3. Masukkan carbonara soup, cendawan butang, batang saderi air, 
    lada hitam, oregano dan garam. Biarkan mendidih.
4. Setelah mendidih, bolehlah dipadamkan api dan tuang kuah atas 
    makaroni.



GULAI BATANG SANDAR DAN UDANG


Saya nak berkongsi masakan yang  dimasak pada hari Selasa yang lepas oleh bibik saya, Amy. Bibik saya ni memang pandai memasak dan bila diajar sekejap aje dia dah boleh mengikutinya. Namanya Gulai Batang Sandar dan udang. Saya tak tahulah pulak orang negeri lain panggil batang sandar ni apa tapi ia adalah dari spesis keladi. Disebabkan Amy memasaknya agak banyak so saya pun bawalah sebagai bekalan ke pejabat. Di pejabat saya makan tengahari bersama rakan-rakan, Kak Nabiha, Kak Latifah dan beberapa yang lain. Alhamdulillah mereka kata sedap apatah lagi dicampurkan dengan udang. Ok lah...jom kita layan resepinya yang mudah ni dulu..

Bahan-bahan:
1 ikat batang sandar - dibuang lapisan luarnya dan dipotong sepanjang 1 inci
300 gram udang
2 cawan santan
1 ulas bawang besar -  ditumbuk
6 tangkai cili padi - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
1 keping asam keping

Cara-cara:

1. Di dalam periuk , masukkan santan dan bahan yang ditumbuk.
2. Masukkan juga udang. Perlu sentiasa dikacau untuk
    mengelakkan ia pecah minyak.
3. Setelah mendidih, masukkan batang sandar dan garam serta asam 
    keping.
4. Masak sehingga kuahnya agak pekat. Boleh dihidangkan bersama 
    nasi ataupun roti.

Jumaat, 1 Mac 2013

KELEBIHAN HARI JUMAAT




Semoga Jumaat Ini Menjadikan Kita Seorang Hamba Allah Yang Lebih Bertaqwa, Lebih Menyantuni, Lebih Berjaya Dan Lebih Cemerlang…DUNIA & AKHIRAT!
1. Berlakunya Hari Qiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa:
“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
Dalam hadis lain, RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud :
“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
2. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.
Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
3. Penghulu Segala Hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.
4. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.
Menurut Rasulullah SAW:
“Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
5. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
6. Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah.
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”
Dan RasuluLlah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)
Sabda Rasulullah SAW lagi :
“Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)


UBI REBUS


Hari Ahad lepas semasa ke pasar saya ternampak longgokan ubi kayu yang besar saiznya. Saya pun terlintas nak membuat ubi rebus dan terus saya beli 1 kg ubi kayu. Saya rebus dan bila nak memakannya boleh dicecah dengan kelapa putih parut dicampur gula. Fuhhh....memang best dan petang tu ketika saya dan keluarga minum petang di depan rumah, Pak Tam dan Mak Tam dari kampung datang bertandang. Kami pun hidangkan ubi rebus ni dan apa lagi memang laju ler and ditambah pula dengan air kopi panas.