AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Ahad, 10 Februari 2013

KUALA TERENGGANU 2

   
   Hari kedua di Terengganu, cam biasalah dari pagi sehingga jam 4.00 petang saya berada di lokasi. Pukul 5.30 pm saya dan Haniza telah dijemput oleh seorang staf dan kami dibawa menikmati jus buah pior... Di gerai ni jus buahnya memang fresh dan boleh dinikmati dalam 3 saiz gelas iaitu gelas kecil , sederhana dan besar. Saya order jus apple asam boi gelas sederhana sahaja. Takut tak habis pula..Memang tak habis pun saya minum..perut jadi tegak rasanya.

ha..nilah jus dalam gelas saiz sederhana

Bayangkanlah jika anda minum jus dalam gelas yang disebelah kiri tu...

Selain dari itu, kami juga makan laksam dan laksa terengganu serta keropok lekor lagi...Memang best. 


Ini adalah laksa terengganu..sepatutnya kuah merah tapi dah habis kami makan dengan kuah laksam..tapi tetap sedap..


Pulut pagi
Mee goreng basah

Keesokannya sebelum berangkat pulang, kami telah dibekalkan pula dengan keropok lekor dan keropok kering. Alhamdulillah, terima kasih rakan-rakan. Semoga berjumpa lagi...

Sabtu, 9 Februari 2013

KUALA TERENGGANU

     Pada 5 - 7 Februari yang lalu saya telah terbang ke Kuala Terengganu atas urusan kerja. Negeri ni memang terkenal dengan kepelbagaian makanan tradisionalnya terutama keropok lekor. Setelah mendarat lebih kurang jam 9.10 am, telah ada pegawai yang menunggu dan saya terus dibawa untuk bersarapan dan menurutnya yang istimewa di gerai itu ialah Nasi Dagang. Memang best nasi dagangnya. Habis jugalah sepinggan saya bersarapan. Setelah itu saya meneruskan destinasi ke tujuan sebenarnya. Hampir jam 4 pm baru selesai dan saya terus check in di hotel. 


SubhanAllah ...Cantikkan kepulan awan tu..

    Lebih kurang jam 5.30 pm dua pegawai wanita dari institusi yang saya lawati telah datang ke hotel untuk membawa saya dan seorang lagi rakan untuk makan malam. Kami dibawa ke Seberang Takir untuk menikmati ICT (Ikan Celup Tepung) Hai...memang tolak ke tepi sekejap diet saya. Memang sedap..tengoklah gambar-gambar di bawah tu apa yang kami nikmati. Restoran itu pula terletak di tepi pantai...apa lagi ..layan jer la...


Ni la kedai yang kami gi makan tu...


Ni hidangan yang Shikin dan Yusnita pilihkan...


Udangnya nih...segar dan manis...


Ada cucur bilis dan pisang lagi....


Keropok lekor yang semestinya wajib jika ke Terengganu.

Lepas makan balik hotel, dengan perut kenyang tu...tonton Buletin Utama sekejap dan lepas tu zzzzzzzzzzzzz.....
Nanti saya share pula tentang perjalanan hari ke dua ye..

PUFF KENTANG

PUFF KENTANG



Saya ni masih lagi tak berkesempatan untuk update entri setiap hari. Tapi tak pe, saya nak berkongsi tentang puff kentang yang saya buat minggu lepas. Senang je buatnya..saya gunakan pastri puff jenama kawan dan intinya saya buat seperti inti karipap je..

Puff Kentang

1 paket pastri puff jenama KAWAN
1 biji kuning telur - untuk disapu
3 biji kentang - didadu
2 sudu rempah kari
1 cawan ayam kisar (saya guna jenama RAMLY)
1 biji bawang besar - dihiris
2 tangkai daun sup - dihiris
rempah tumis (bunga lawang, kayu manis dan cengkih)

 Untuk buat intinya:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan rempah tumis dan rempah kari. 
2. Setelah garing, masukkan daging ayam kisar, bawang, kentang
    dan tambahkan sedikit air.
3. Masak sehingga kentang empuk.
4. Kemudian masukkan daun sup dan daun kari( saya tak letak pun)
5. Apabila kentang sudah empuk. Tutup api dan sejukkan.





Pastri puff jenama KAWAN



Letakkan isi kentang tadi



Saya buat bentuk tiga segi pulak kali ni



Tekan tepi puff dengan garfu untuk menutupnya


Untuk buat puff:
1. Ambil sekeping puff pastri.
2. Letakkan inti kentang tadi dan 
    bolehlah dibentukkan 
    mengikut kesukaan masing-
    masing.
3. Saya buat bentuk triangle 
    pulak kali ni.
4. Sapukan permukaan puff   
    dengan kuning telur.                 Sapukan dengan kuning telur.

5. Bakar 20 minit dengan suhu 
    150C.


Jumaat, 8 Februari 2013

PAVLOVA




Seronoknya saya apabila berjaya membuat Pavlova ni. Dah lama Nabila minta saya membuatkannya Pavlov. Jadi last week saya mencabar diri untuk membuatnya. Alhamdulillah menjadi, gebu dan mendapat sambutan dari Hubby dan anak-anak. Keluarkan aje dari fridge, kami serbu le...tapi tak boleh dibuat selalu ni. Krimnya tu yang tak tahan tu...boleh naik berat badan ni yang kononnya dan berdiet. Apa-apa pun, saya dah berjaya tetapi tetap memerlukan penambahbaikan. Lain kali nak cuba lagi...

Bahan-bahan:
A - 4 putih telur
      3/4 cawan gula kastor
      1 sudu besar tepung jagung
      1 sudu teh cuka
      1 sudu teh esen vanilla

B  - 1/2 cawan whipping cream

C  - Buah-buahan segar ( saya gunakan strawberry dan buah kiwi)

Cara:

1. Pukul putih telur hingga kembang.
2. Campurkan gula dan pukul sedikit-sedikit.
3. Pukul hingga putih berkilat dan apabila kita terbalikkannya ia 
    tidak jatuh.
4. Campurkan tepung jagung, cuka dan esen vanilla.
5. Kacau menggunakan spatula sahaja.
6. Letakkan baking paper dalam loyang. Buat bulatan dengan
   pensil, terbalikkan baking paper.
7. Letakkan meringue tadi atas baking paper ikut bentuk bulatan
    yang dilukis.
8. Panaskan oven, 150C - 10 minit. Kemudian turunkan sedikit
   suhu oven kepada 140C dan bakar selama 1 jam. (Bila dah
  masak, jangan keluarkan terus dari oven tau, nanti dia mengecut 
  so biarkan sejuk dalam oven tu sekejap)
9. Pukul whipping cream. Letakkan cream atas meringue yang telah
   disejukkan tadi dan hias dengan buah-buahan yang digemari.



Ini meringue yang telah siap sedia untuk dibakar.


Semasa proses pembakaran



Rupanya pavlova saya setelah dikeluarkan dari oven dan disejukkan.


Jom jemput...

KERABU TAUGEH DAN KERANG

KERABU TAUGEH DAN KERANG





Dah lama tak update blog. Sibuk sikit je minggu ni coz kena gi outstation ke Kuala Terengganu. Sebenarnya ni menu saya untuk last week. Baru ni berkesempatan untuk dikongsi. Saya dah lama teringin nak buat sendiri kerabu taugeh dan kerang ni. Tapi saya ubahsuai sedikit cara yang telah diberikan oleh kawan saya Cikgu Azizah yang memang terkenal dengan masakan kerabu taugeh ni.

Bahan-bahan:
2 genggam taugeh (saya tak celur pun)
4 batang kacang botor - dihiris halus
1 biji bawang besar - dihiris
2 tangkai cili padi - dihiris
1 tangkai cili merah - dihiris
1 cawan isi kerang yang telah direbuss 
jus lemon - 2 sudu besar
kerisik
1 batang bunga kantan - dihiris
Garam
Serbuk perasa

Cara:
1. Gaulkan kesemua bahan dalam mangkuk.
2. Boleh dihidangkan sejuk.



Rupa-rupanya dapat sambutan kerabu saya ni. Memang sedap, ada rasa masam-masam dari jus lemon dan bila dikunyah taugeh yang segar tu memang menyelerakan.

Ahad, 3 Februari 2013

MENU ORANG MALAS

   
Hari Sabtu lepas entah kenapa rasa malas sangat. Lagipun saya sakit kepala sepanjang hari. Nak tak nak saya ke dapur dan memasak dua jenis masakan yang simple aje untuk anak-anak. Menunya ialah Sambal Ikan Bawal dan Sayur Campur Goreng.

Sayur campur ni senang aje.
Sayur Campur Goreng

Bahan-bahan
1 batang karot
5 tangkai kacang panjang
1 bungkus baby corn
sedikit bunga kobis
batang celery
2 ulas bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
1 cili merah - dihiris
sedikit ikan bilis - goreng

1. Panaskan minyak. tumis bahan-bahan hiris.
2. Masukkan sayur-sayuran, garam dan sedikit air.
3. Apabila telah masak diangkat tetapi sayur-sayuran ni elok  
    dimasak sekejap aje agar zatnya tidak hilang.


 Ikan Bawal Goreng Sambal

Bahan-bahan
4 ekor ikan bawal hitam (saya beli yang kecil) - digoreng dahulu
2 biji bawang besar - diblender
1 ulas bawang putih - diblender
2 sudu cili kering kisar
2 sudu besar air asam jawa
garam

1. Panaskan minyak. Tumis cili kering kisar sehingga betul-betul
    masak.
2. Masukkan bawang2 yang telah diblender tadi. Masukkan garam
    dan air asam jawa.
3. Biarkan mengelegak sebentar dan baru masukkan ikan bawal
     yang telah digoreng tadi.
4. Dah masak, boleh angkat. Senang kan.



Artikel dalam Harian Metro


Kami dalam Harian Metro : 6 Julai 2012









Assalamualaikum,
   Sebelum ini saya dan suami pernah diinterview untuk akhbar Harian Metro sebelum kami berlepas ke Mekah untuk menunaikan fardhu Haji. Yang ini pula merupakan kali kedua saya diinterview. Artikel ini berkaitan dengan kerenah maid. Sebenarnya saya tidak mempunyai masalah dengan maid saya yang kami panggil Amy. Tahun ini adalah tahun ke 6 beliau bekerja bersama saya. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan beliau rajin dan menghormati saya sebagai majikan.
     Sebenarnya apa pun yang kita lakukan, kita perlu juga menghormati orang lain tak kiralah siapa. Saya berpegang kepada prinsip, Jika kita memudahkan urusan orang dengan kita, maka begitu jugalah yang berlaku sebaliknya. Saya sebenarnya banyak dibantu oleh Amy dalam urusan menjaga anak yang bongsu dirumah. Hazim juga rapat dengan Amy. Tapi tak lama lagi Amy dah nak kahwin, so kami berharap beliau akan menyambung kerjanya bersama kami.