AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Ahad, 14 Oktober 2012

MUFFIN BLUEBERRY



Last week before gi outstation, malamnya saya buat muffin blueberry untuk anak-anak bersarapan sebelum ke sekolah. So saya gunakan blueberry muffin mix yang dibeli dikedai. Ia lebih mudah dan cepat.




Isikan separuh atau  3/4 acuan sahaja jika tidak mahu ia melimpah keluar apabila dimasak nanti.





 Inilah hasilnya selepas dibakar...so what do you think? Selamat mencuba.



Muffin Blueberry


Bahan-bahan

1 pek campuran muffin blueberry 
135 ml minyak sayuran
130 ml air
4 biji telur

Cara-caranya:

1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk pengisar.
2. Kisar semua bahan sebati.
3. Masukkan dalam acuan kek kertas.
4. Bakar selama 25 minit.

Ahad, 7 Oktober 2012

SOUTH KOREAN DISHES

Pada 15 - 19 April 2012 yang lalu saya dan suami telah berkesempatan melawat Korea Selatan. So...kat sini saya nak berkongsi antara makanan yang dihidangkan kepada kumpulan kami sepanjang berada di sana. Untuk foto-foto yang lain saya akan upload di lain masa ye..



Makanan yang dihidangkan di dalam flight dalam perjalanan yang memakan masa lebih kurang 6 jam setengah.






Ini pula hidangkan makan malam kami pada hari pertama di sebuah restoran ala-ala Pakistan gitu. Sedap juga dan jus tu yang paling best. Ada salad, roti nan dan kuah kari.




Hidangan sarapan pagi di hotel penginapan Paradise Hotel. Kami memakan buah-buahan dan roti kosong disamping bekalan yang dibawa oleh rakan-rakan dan saya. Ada yang bawa ketupat mini, serunding daging dan sambal bilis.




Antara kimci yang dihidangkan.Kimchi adalah makanan Korea yang diperbuat daripada kobis dan dijerukkan. Rasanya masam-masam manis.




Tak ingat pula apa benda nama makanan ni tapi ia seperti mee yang bersaiz besar. Rasanya agak tawar so kena makan dengan kim chi tu.




Saya dan suami menikmati makan tengahari kami di salah sebuah restoran di Seoul.


Ini pula ialah sup telur bersama sayur yang dihidangkan panas-panas. Sewaktu hidangan ini di depan kami ia masih lagi mengelegak. Sedap juga...







Sebahagian besar hidangan kami ialah nasi, sup telur dan pelbagai jenis ikan panggang. Ada ikan salmon, ikan cencaru dan keli.




Kim chi lagi...


   Ini pula macam salad la pulak....




Ini ialah hidangan makan malam di salah sebuah restoran di tengah-tengah bandaraya Seoul. Kat sinilah kami jumpa ramai orang Melayu. Ada yang dari Brunei dan Malaysia sendiri.





Hidangan pada hari akhir kami di sana sebelum berlepas ke Incheon International Airport. Ada udang, kepah, sayur dan macam-macam makanan laut. Sebenarnya saya tak lalu nak makan hidangan ni...so kami makan nasi dan serunding yang dibawa.



Hidangan dalam flight semasa perjalanan balik ke Malaysia.


Sabtu, 6 Oktober 2012

TERATAK KESAYANGAN - 2



Pada kali ini saya kongsi pula proses pemasangan bumbung dan plaster ceiling. Memang agak rumit jika dilihat kerja-kerja yang dilakukan dan pemantauan sentiasa dilakukan oleh suami dan saya sendiri. Ia perlu agar tiada kebocoran berlaku di kemudian hari.







Bumbung yang telah dipasang dengan atap genting.



Proses pemasangan plaster ceiling. 



Plaster ceiling dua layer yang hampir siap dipasang.





Proses menyiapkan double layer plaster ceiling. 







Cornice yang telah siap dipasang di tingkat bawah.




Cornice yang dipasang di salah satu ruang di tingkat bawah.




Dome yang dipasang di bahagian tangga. Saya dan suami bercadang untuk meletakkan lampu gantung di sini.


Jumaat, 5 Oktober 2012

Cuba-cuba jaya




Bila adik-adik talipon kata nak datang rumah, mulalah berfikir apa yang nak dimasak. Tanya punya tanya timbul idea nak buat muffin coklat, tart blueberry dan mee rebus. Inilah hasilnya. Semua kata sedap dan boleh buat lagi ni. So inilah hasilnya. Saya kongsikan resepinya ya...

Muffin Coklat


Bahan-bahan:

1 bungkus Chocolate Muffin Mix
130 ml air
135 ml minyak jagung
4 biji telur
sedikit chocolate chips


Cara-caranya:

Campurkan semua bahan-bahan diatas.
Gaul rata semua bahan.
Tuang 3/4 adunan dalam mangkuk kertas.
Taburkan coklat chip.
Bakar 20 25 minit.





Sebelum dibakar. Saya isikan terlebih sikit so bila dah masak ada yang terlalu banyak and terkeluar dari acuan.


Muffin yang dah masak





Blueberry cheese tart ini pula saya gunakan resepi dari AzieKitchen. Memang senang and sedap. Thank you kak Azie for sharing the recipe. Ini pula kulit tart. Saya bakar terlebih masa sikit so bawahnya agak kehitaman tapi rasanya tetap sedap...



Saya isikan blueberry jem sebagai filling 




Saya tutup pula dengan cream cheese




Ini pula anak-anak saya yang hiaskan.



Inilah hasilnya setelah siap dibakar. Silakanlah.....

Sabtu, 29 September 2012

WAJAH-WAJAH KESAYANGAN HAMBA


Hubby kesayanganku. Thank you for everything. 

Putera sulung - Danial Hakim. Semoga menjadi seorang insan yang berguna kepada Agama, bangsa dan negara.


Satu-satunya puteri dalam keluarga kami - Nur Nabila Husna. Semoga menjadi anak yang solehah dan wanita yang berjaya di dunia dan akhirat.

Muhammad Haziq Haikal - Semoga sentiasa diberikan kekuatan untuk menjadi insan yang berjaya dalam kehidupan.
Muhammad Akmal Hazim - Semoga  sihat selalu dan menjadi anak yang soleh. 

Inilah wajah-wajah kesayangan saya dalam hidup ini. Semoga kami kekal bahagia dan mendapat keberkatan dari Allah dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Saya sentiasa berdoa agar anak-anak menjadi anak-anak yang soleh dan solehah serta berjaya dalam kehidupan mereka di dunia dan akhirat.

Jumaat, 21 September 2012

Teratak Kesayangan Kami - 1


Sekadar ingin berkongsi pengalaman dan cerita dalam kami menyiapkan banglo idaman kami sekeluarga. Perjalanan yang penuh kesabaran dan sentiasa berdoa kepadaNya agar kami dapat berpindah secepat mungkin. Sebenarnya kerja-kerja meratakan tanah dilakukan setahun sebelum kami memulakan pembinaan. Ia dlakukan supaya tanah benar-benar padat dan mantap. Sebanyak 109 lori tanah telah digunakan kerana tanah kami agar menurun dan tidak sama 'level'. Sebelumnya, tanah ini dipenuhi oleh pokok buah-buahan yang telah dapat kami rasai hasilnya beberapa kali. Ada pokok langsat, rambutan dan manggis. Semuanya manis-manis dan apabila berbuah sampai tak terhabis makan and kami berikan pada sesiapa yang nak ambil. Tapi apabila nak buat rumah ni terpaksalah korbankan semua pokok buah-buahan itu.




Ini setelah setahun kerja-kerja menambak tanah dilakukan. tengoklah tu kami datang nak ambil buah langsat yang manis. Tapi tak lama lepas tu ditebang....



Suami tersayang yang sentiasa sabar dalam memantau progress pembinaan teratak kami ini. Kenapalah tarikh kat camera ni selalu je lupa nak ubah agaknya. tu bukannya 2007 tapi 2011 tau. Proses awal bermula beberapa bulan sebelum kami menunaikan Fardhu Haji pada 23 Oktober 2010. 



Kerja-kerja pembinaan awal sedang dilakukan.



Pemandangan awal di tingkat bawah.




Memang kena banyak bersabar dalam memantau progress pembinaan teratak kami ni. Tapi yang bestnya pengalamannya tak ternilai and after this kami suami isteri boleh jadi kontraktor la pulak kot....