AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Khamis, 16 Julai 2009

Percutian ke Bukit Merah Lake Town Resort







Pada mulanya membaca akhbar Metro, tiba-tiba ternampak iklan pertukaran keratan akhbar dengan tiket memasuki Bukit Merah Lake Town Resort. Anak-anak memujuk saya dan suami untuk mengumpul dan menebus tiket nanti. Suami yang sememangnya mempunyai hobi melancong telah bersetuju. Kami sekeluarga mengumpul dan menebus 6 tiket di pejabat NSTP Jalan Riong, Bangsar. Berbaloi juga coz kos membeli akhbar ialah RM45. If nak ikut harga tiket sebenar bagi 6 orang ialah RM 43 x 6 = RM 258. Fuh... suka benar anak-anak.
Pada petang Jumaat 10 July kami pun bergerak ke Bukit Merah bermula jam 5 petang dan tiba ke destinasi pada jam 9.30 malam. Kami telah menginap di Suria Apartment untuk dua malam. Pada keesokannya pagi-pagi selepas bersarapan di hotel kami terus ke Taman tema air. Seronoknya anak-anak tak terkira. Saya hanya menjadi pemerhati dan sekali-sekala menasihati anak-anak agar berhati-hati walaupun kesemua mereka tahu berenang (sempat dihantar ke kelas renang selama 5 bulan).

Sewaktu perjalanan balik kami telah singgah di Kuala Kangsar melawat sekitar bandar di raja Perak. Penat betul perjalanannya. Kami sampai di Serting lebih kurang jam 10 malam.

Rabu, 8 Julai 2009

Langkah awal ke arah perubahan




Sehingga semalam, telah hampir seminggu saya berada di sekolah, tapi masih belum ada jadual waktu. Tak pelah, nilah masanya untuk saya membuat tinjauan. "Cikgu nanti ambil alih tugas ketua bidang ye..nanti kita rombak jadual waktu" kata PK1. Di sekolah ini hanya terdapat 5 orang guru DG 44 (PK1, PK HEM, PK KO, Ketua Bidang Sains Matematik dan saya sendiri) , pengetua DG 48, yang lainnya seramai 36 guru gred DG 41 dan 12 orang guru GSTT. Saya pun meneliti fail Bidang dan program BI. Banyak yang perlu dikemaskini dan ditambahbaik. Maklumlah sebelum ini Ketua Pantianya ialah GSTT. Langkah pertama yang diambil ialah untuk mengadakan Program Learn A Word A Day. Semalam satu hari memikirkan perkataan untuk dimulakan dan anak saya membantu dalam menyediakan bahan-bahan untuk program ini. Taklah menarik dan kreatif sangat tapi rasanya memadai untuk permulaan. Saya amat berharap agar program ini berjalan dengan jayanya. Seterusnya ialah menyiapkan carta organisasi bidang bahasa yang perlu ditampal di papan kenyataan. Memang papan kenyataan untuk bidang masih kosong tetapi bagi persatuan bahasa inggeris amat menarik dan kreatif. Tak pelah...pelan-pelan kita cuba bawa perubahan nanti Insya Allah dengan izin Tuhan Yang Maha Esa kita akan berjaya. Guru-guru dalam Bidang Bahasa ni pun peramah dan rajin nampaknya. Maklumlah semuanya muda-muda dan sayalah yang kedua tua selepas seorang guru lelaki Bahasa Melayu tu. Terasa betul diri dah tua kat sekolah ni. Lepas tu terus kemas dan hiaskan meja pula. Mana yang mampu jelah. Tak larat. Anyway i hope i can help whatever i can to improve the school and my department.



Lagi satu yang agak lucu juga ialah disebabkan pelajar-pelajarnya ramai dari kaum cina maka saya pun telah membeli sebuah kamus perbualan Bahasa Cina. Ini adalah antara strategi saya untuk lebih mendekati pelajar dan agar saya boleh memahami apa yang dikata oleh pelajar walaupun sedikit. Antaranya ialah:-


malas - lan

masuk - rukou

bangun - qishen










Isnin, 6 Julai 2009

Perhimpunan Pertama

Jam 7.15 pagi saya telah berada di sekolah. Setelah 'key in' saya pun segera ke tapak perhimpunan. Eeh..mana pelajar2 dan guru2 ni? kata saya dalam hati. Saya menghampiri seorang pengawas dan bertanyakan kepadanya dan jawapannya ialah perhimpunan mula 7.30 cikgu. Oh ye ke...Mungkin disebabkan sudah terbiasa dengan perhimpunan seawal 7.20 di sekolah lama kot. Tak pelah.. saya lihat ramai pelajar yang 'hanging around' kat koridor dan sekitar sekolah. Hai.. camne ni. Apa patut dibuat?
Saya dihampiri oleh seorang guru dan beliau berkata "eh.. awalnya akak sampai, kita kat sini 7.40 baru guru-guru datang". "Tak pe.. akak dah biasa" saya membalas. Waduh...waduh...gamat gini. Sepatutnya perhimpunan dah bermula ni. Apa kan daya, saya ni cikgu baru...so saya memerhati dahulu. Apabila perhimpunan bermula lagi satu kejutan buat saya, hanya dua lagu saja dinyanyikan..Negaraku dan Lagu Negeri. Eh..mana lagu sekolah ni. Saya pun berpaling dan bertanya guru di belakang saya.. Sekolah ni tak de lagu sekolah kak. Oh gitu ke...takpelah.
Setelah selesai perhimpunan guru-guru diarah ke Bilik Gerakan. Sedikit taklimat dari pengetua berkenaan H1N1 telah diberikan. Semua guru digesa mengambil langkah berjaga-jaga. Kemudian makluman tentang perkhemahan perdana. Saya pun dah mendapat tugasan juga.
Sehari di sekolah saya sempat mengedit kertas projek sebelum dihantar binding. Boring juga coz jadual belum dapat dan relief pun tak de, so satu hari duduk ngadap komputer je dan baca Reader Digest yang dipinjam di Pusat Sumber. Sebelum pulang saya sempat menegur beberapa orang pelajar lelaki yang berjalan dengan bajunya dikeluarkan (tidak dituck in) Mereka akur dan mendengar kata juga. Esok...camne ye? Semoga saya akan terus tabah.

Sabtu, 4 Julai 2009

Ke Sekolah Semula

Pada Khamis 2 Julai yang lalu saya telah pun berada di Unit Sekolah Menengah JPN untuk posting semula. Sekolah yang dijanjikan kepada saya pada minggu sebelumnya ialah sekolah asal. Pagi itu, memang saya ditempatkan semula ke sekolah asal, bukan main gembira lagi hati. Sambil menunggu siap surat diuruskan oleh kerani, saya dipanggil semula oleh pegawai berkenaan dan beliau menyatakan yang saya diarahkan ke sekolah baru dalam daerah yang sama. Ha...encik saya nak sekolah asal boleh tak? Tak pe cikgu, cikgu pergi sekolah baru ni dulu ye dalam dua tiga bulan. Sekolah ni tak de Ketua Bidang Bahasa dan guru BI hanya seorang sahaja. Alamak... patah semangat den. Oleh kerana, tidak mahu dianggap engkar perintah maka saya pun kata oklah. Think positive , i said to myself.

Dalam perjalanan balik, pengetua lama talipon dari IAB. Beliau berkursus katanya. Terkejut beliau apabila saya menjelaskan yang saya telah ditempat di sekolah baru. Beliau kata tak pe, datang sekolah lama dulu, esok tunggu sehingga dia talipon baru gi lapor diri. Beliau akan uruskan saya untuk ke sekolah lama semula. Hai... poning den.

Esoknya pagi2 lagi dah gi sekolah lama. Kawan-kawan ingatkan saya datang nak lapor diri. Setelah dijelaskan baru mereka faham situasinyaa. Pengetua dan PK HEM dua tiga kali menalipon PPD dan JPN menguruskan agar saya dikembalikan ke sekolah lama. Saya pun tunggulah hingga pukul 10 pagi. Pengetua kata pegawai PPD suruh saya tetap lapor dulu di sekolah baru, nanti tengok macam mana. Ok lah tu.

Saya pun ke sekolah baru yang hanya 10 minit dari rumah. Memang kebanyakkan gurunya telah saya kenali. Pengetua pun saya kenal kerana pernah berurusan dengan beliau dahulu (saya Penyelia kawasan ULBS dan pernah menyampaikan ceramah teknik menjawab soalan SPM). Pabila berjumpa pengetua, beliau jelaskan tentang situasi sekolah sedikit sebanyak dan memohon agar saya boleh membantu apa yang perlu untuk penambahbaikan sekolah. Terkejut juga apabila beliau menyebut perkataan Penambahbaikan sekolah. Pengetua juga memang menunjukkan sikap positif terhadap kursus NPQH kerana menurutnya sewaktu beliau mula memegang jawatan pengetua, tiada pendedahan sebegini untuk memimpin. Oklah tu...cabaran buat saya ni.

Saya dapati pelajar-pelajar pun ok jugalah walaupun jauh bezanya dengan pelajar-pelajar sekolah lama saya. Tak pe....saya rasa semua sekolah pun sama, pokok pangkalnya kita sendiri. Saya akan cuba lakukan yang terbaik dan semoga berjaya. Memang sekolah baru ini memerlukan banyak perubahan dan penambahbaikan. Yang penting ingatlah pesan Dato' Hussien dan Dr Chua agar kita jangan tunjuk pandai, jangan meminta-minta dan berlagak.

Kepada rakan-rakan seangkatan, selamat bertugas dan berjuang untuk mendidik anak bangsa. Anggaplah apa juga kesulitan dan permasalahan sebagai cabaran untuk lebih matang.

Jumaat, 26 Jun 2009

What makes a Great Teacher?


Masa dan ketika untuk kembali ke sekolah semakin hampir. Untuk menjadikan diri sendiri lebih bermotivasi maka beberapa panduan telah ditemui tentang bagaimana untuk menjadi guru yang lebih hebat. Dah lama sebenarnya tidak memuhasabah diri tentang ciri-ciri seorang guru yang baik.

WHAT MAKES A GREAT TEACHER ?
• Enthuse students
• Treat students as individuals
• Know the subject
• Be loving and warm
• Teach for learning
• Empathize with students
• Relate to parents and wider community
• Be firm, fair and flexible
• Be organized
• Prepare students for life
• Manage the classroom
• Have high self-esteem
• Have a sense of humour
• Be a total person with a full life outside school
• Take risks

Tertanya-tanya juga saya pada diri sendiri, Adakah aku yang telah 14 tahun menjadi guru ini mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan? Entahlah... terasa banyak sekali kekurangan pada diri ini. Bagaimana agaknya ingin menjadi guru cemerlang bukan sekadar gelaran 'guru cemerlang' yang dianugerahkan oleh KPM tetapi seorang guru yang cemerlang dalam pelbagai aspek ..'jiwa', 'nilai', 'rohani', 'intelek' dan lain-lain lagi. Itulah yang perlu dicari dan digali agar setiap ilmu yang dititipkan kepada anak bangsa menjadi sesuatu harta yang tak ternilai dan dihargai oleh mereka. Guru kini tidaklah seperti guru di masa zaman dulu-dulu. Jika dulu, guru sangat dihormati dan dipuji tetapi kini....macam-macam ada. Fikir-fikirkanlah semoga kita yang bergelar guru mampu menjadi guru yang cemerlang. Berbanggalah anda menjadi seorang guru.

"Guru umpama lilin yang membakar diri sendiri untuk menerangi kehidupan orang lain"

Khamis, 25 Jun 2009

Lega......tapi...

Rindu pulak rasanya sebab dah hampir 3 minggu tidak menulis di blog. Setelah kertas projek berjaya disiapkan maka lega betul rasanya hati. Kelegaan dan kepuasan untuk menghasilkan kertas projek ini memang dapat dirasakan apabila ia telah diserahkan tapi.... tak tahulah bagaimana pula penerimaan pensyarah dan second reader. Apa-apa pun segala-galanya telah siap. Rasa ingin menganti semula masa-masa yang tidak dapat diluangkan sepenuhnya bersama suami dan anak-anak. Memang selama dua tahun meneruskan pengajian ke peringkat Masters ini menguji kesabaran, kecekalan dan mengorbankan banyak masa. Perjalanan berulang-alik dari Serting ke IPK memang memenatkan tapi berbaloi dengan hasil yang diperolehi. Tahniah buat diri sendiri.

Apa pun segalanya akan berakhir lebih kurang satu minggu lagi. Rasa malas dan takut pun ada juga untuk kembali ke sekolah. Bukan apa balik ke sekolah dengan MPrinc ni rasanya tanggapan dari pengetua dan rakan-rakan mestilah agak berbeza dari sebelumnya. Risau dan takut juga jika apa yang telah dipelajari tidak mampu untuk diapply di sekolah. Risau juga dengan kerenah pelajar-pelajar kini yang semakin mencabar kredibiliti guru-guru. Hai.... entahlah mungkin inilah masanya untuk menguji keupayaan dan kecekalan kita sebagai guru.

Sepanjang seminggu ni pun apabila terserempak dengan kawan-kawan, masing-masing bertanya.. Akak posting mana ye? Baliklah ke SMKBBS, cikgu BI tak cukup tau. Cikgu BI memang tak pernah cukup di sekolah ini kerana selalunya nama-nama guru saja yang sampai tapi orangnya tak kunjung tiba. Kononnya jauh... guna kabel (entah besar mano agak eh) tup..tup...dapat pindah ko Seremban. Mula-mula saya ke sinipun rasa jauh juga, siap nangis lagi depan ayah minta tolong dia uruskan agar saya dipindahkan ke Seremban. Tapi lama-lama tahan juga. Dah 14 tahun pun dan Serting pun dah jauh lebih maju dari sebelumnya. Dulu pada tahun 1995 jalanraya kat sini pun masih lagi guna jalan tanah merah, hanya 60% je jalan tar. Hidup juga aku.. tulah agaknya keikhlasan kita mendidik anak-anak bangsa akan mendapat balasan juga dari Allah.

Memang saya merindui untuk berkhidmat dan mencurahkan ilmu kepada anak-anak tempatan di sini. Takpelah apa-apa pun tunggu surat jugalah nampaknya.. Mana di hantar ke situlah kita nanti.

Semoga kembalinya saya ke sekolah nanti, akan menjadikan saya lebih bersemangat, berdedikasi dan lebih berilmu sedikit untuk bertugas. Insya Allah.

Selasa, 2 Jun 2009

International Food and Culture Exhibition IPS




Tahniah buat Azhan and wife, Datin Yati, Kak Tie rahman, Sheeda, Nik Azhar, Woo, Hazura, Shima dan rakan-rakan IPK Kohort 9 yang terlibat dengan gerai jualan di hari tersebut. Sememangnya semangat kumpulan dan kejelekitan memang kekal wujud walaupun telah berjauhan dan jarang bertemu. Sesekali bertemu kegembiraan dan keterujaan untuk berkongsi cerita tak dapat digambarkan.

Gerai jualan IPK best dan happening. Tak sangka rakan-rakan boleh menjadi penjual yang berjaya. Kalau macam tu boleh jadi perayu undi tau...Makanan pun sodap-sodap belako. Terima kasih kak yatie datin kerana masak mee goreng yang sodap tu. Anak-anak saya kata "Bestlah ibu mee ni, nak lagi". Rojak buah pun sodap. Kek coklat Shah Alam pun sodap. Berjaya juga saya menjual dua biji kek tu...He..He... Itulah yang saya mampu tolong kerana terpaksa beredar awal untuk memenuhi kerenah anak-anak untuk berjalan-jalan di Kuala Lumpur. Sebelum tu sempat juga melihat-lihat gerai pameran dari pelbagai negara. Menarik juga sebab budaya mereka yang pelbagai turut dipamirkan.


Tahniah sekali lagi buat Kohort 9 IPK.
Kalian memang 'WORLD' and 'THE BEST'. "KEEP UP THE GOOD WORK AND SPIRIT"