Lawatan ke Jogjakarta dan Solo bersama rakan-rakan memberikan kenangan yang sukar dilupakan. Walaupun sebelumnya pernah mengikuti lawatan ke Jakarta dan Bandung tetapi suasana, keriuhan dan keriangannya amat berbeza sekali. Lawatan kali ini membuktikan keakraban dan kejelekitan hubungan antara kami bersama pensyarah2.
Keinsafan diri timbul apabila melihat negara orang yang mempunyai serba kekurangan jika dibandingkan dengan tempat sendiri. Kesusahan hidup warganya membuatkan kita semua menilai kembali erti dan nilai kehidupan yang dilalui di Malaysia. Betapa bertuahnya kita berada di bumi Malaysiaa yang aman, harmoni dan tidak terlalu ketara kemiskinan yang dialami rakyatnya. Pemimpin yang sentiasa peka akan keperluan rakyat dan rakyat yang menghargai setiap peluang yang diberikan menjadikan Malaysia aman. Tetapi......jangan kita lalai dan abaikan masalah-masalah yang semakin menghantui kehidupan dan suasana negara kita.
Masalah 'mat rempit' dan kini digelar 'samseng jalanan' yang semakin berani menunjukkan taring di tempat yang salah membuktikan yang kita perlu melakukan sesuatu untuk mengatasinya. Apakah yang silapnya? Adakah didikan ibu bapa, ajaran guru-guru atau moral remaja-remaja sendiri? Tidak cukupkah pendidikan yang diberikan? Apakah keberanian pemuda pemudi ini diletakkan di tempat yang salah? Tidak berkesankah program PLKN yang dijalankan? Silapkah pendekatan yang diambil oleh pemimpin? Tepuk dada tanyalah selera sendiri. Fikir...fikirkanlah......
Apa yang dilihat di Jogjakarta ialah walaupun bilangan motor (bibik saya memanggilnya Honda) di jalanrayanya melebihi mobil tetapi mereka boleh dikategorikan sebagai penunggang yang sopan dan tertib. Honk tidak kedengaran di atas jalanraya menunjukkan sifat kesabaran mereka yang tinggi dan dipuji. Entahlah...apa nak jadi. Tetapi satu papan tanda yang saya tercari-cari tetapi tiada di kota Jogja ialah "Banjir kok pakai sedan" (hanya di Jakarta). Ia menunjukkan yang mobil sedan tidak dipakai di Jakarta kerana banjir, mereka lebih menyukai mobil berjenama "Kijang". Yang sedihnya ialah Kijang Innova banyak dijadikan taksi, wah.... hebat..hebat.
Sememangnya kenangan selama berada di Jogja dan solo akan diingat dalam hati terutamanya keriangan, kegembiraan dan kenangan manis bersama rakan-rakan.