Emmm....lama betul tak update entri. Sibuk memanjang jer....kononnya...but memang sibuk lately. Ni pun ambil peluang semasa tea-break memberi syarahan berkaitan Blue Ocean Strategy di Corus Paradise, Port Dickson. Lama dah saya masak menu ni...baru kini berkesempatan nak share...ada banyak lagi tu foto-foto dalam koleksi. Bila lapang sikit nanti saya masukkan ye.
Ikan Cencaru adalah antara ikan yang saya selalu beli dan masak. Bakar lah, masak kicaplah, masak samballah, gulai dan lain-lain lagi. Tapi kali ni saya masak tauchu versi saya lah ye...
IKAN CENCARU MASAK TAUCHU
Bahan-bahan:
3 - 4 ekor ikan cencaru
3 tangkai cili hijau - dihiris
2 tangkai cili merah - dihiris
4 tangkai cili padi (saya suka pedas, so saya letak banyak cili)
2 bawang besar - dihiris
1 inci halia - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 sudu besar tauchu
secubit garam
sedikit gula
sedikit air asam jawa
sedikit air
Cara-cara:
1. Ikan dibersihkan dan digoreng garing. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dihiris sehingga berbau wangi.
3. Masukkan sedikit air, tauchu, garam, gula dan air asam jawa.
4. Biarkan mendidih seketika.
5. Masukkan ikan dan angkat serta hidangkan.
Sedap....coz dah lama tak masak tauchu ni...cuma anak-anak bujang saya tu kurang sikit.
1 ulasan:
Thanks for sharing Kak :)
Catat Ulasan