Alhamdulillah, dapur yang menjadi idaman saya beginilah rupanya. Memang saya dah merancang sejak dari awal pembinaan rumah ini untuk memilih sepenuhnya tiles, kabinet dan alat-alatan dapur. Tapi sememangnya mendapat persetujuan dari hubby tersayang. Saya telah memilih tema hitam dan putih untuk ruang dapur saya. Banyak juga menghabiskan kos dan masa untuk membeli buku-buku sebagai panduan seperti Anjung Seri, Dapur, Impiana, melihat rumah-rumah contoh dan sebagainya.
Akhirnya inilah hasilnya, sekadar kemampuan kami suami isteri. Memang saya puas hati tapi nak mengumpulkan barang-barang yang bertemakan hitam putih tu.,... ambil masa juga.. Kami juga nak berkongsi beberapa gambar sepanjang dapur ini dibina hinggalah siap.
Ini semasa pembinaan dan pemasangan tiles dinding dijalankan.
Pemantauan memang kami lakukan sekerap yang mungkin untuk memastikan kualitinya.
Pembinaan table top untuk dapur kering dan basah.
Lubang ditebuk untuk pemasangan hood/saluran asap keluar
Setelah pemasangan grill tetapi belum dipasang kabinet dapur
Kerja-kerja menyiapkan tiles bagi dalaman kabinet kemudian nanti.
Setelah pemasangan langsir dan kabinet bahagian bawah.
Inilah dapur kesayangan saya kini. Agak bersepah sedikit.....apa tandanya tu.... Aktiviti memasak kerap dilakukan kot...
1 ulasan:
Tentu rajin masak... dapur dah siap.
Catat Ulasan