Cekodok udang in the houseee...... Untuk minum petang last 2 weeks saya buat cekodok pisang. Terlaris di pasaran tu...kejap aje selesai. Sedang mengoreng...pusing je belakang....hilang dibawa lari... Tak pelah yang penting hubby and anak-anak suka. Kami menikmatinya bersama sambal cili yang saya buat sebagai kuah tauhu sumbat...Jom layan resepi..
CEKODOK UDANG
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
sedikit udang putih/udang yang sederhana
2 ulas bawang merah - dihiris
sedikit daun kucai - dihiris
sedikit garam
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
2. Gaul bersama air sehingga mendapat kepekatan yang dikehendaki.
3. Panaskan minyak.
4. Sendukkan satu sudu adunan ke dalam minyak panas dan goreng sehingga kekuningan.
5. Sedap dimakan semasa panas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan