AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Sabtu, 27 April 2013

KEK PISANG


Kek Pisang ni saya buat setelah saya lihat masih ada pisang emas yang lebih dirumah. Anak-anak saya memang pengemar pisang. So...tak nak membazir saya pun mulalah menjengah blog-blog rakan-rakan dan terlihatlah resepi Kek Pisang dari blog JintanManis. Apa lagi, terus ke dapur dan memasaknya.

Kek Pisang

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan gula
3 biji pisang dilenyek
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak

Cara-cara:
1. Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder.
2.Gliskan acuan dengan mentega dan panaskan oven 170C.
3. Putar gula bersama telur dan esen vanilla.
4. Masukkan pisang. Putar lagi
5. Masukkan tepung gandum dan akhir sekali minyak.
6. Masukkan ke dalam acuan dan bakar selama 40 minit.



Tiada ulasan: