AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Ahad, 14 April 2013

DAPUR IDAMAN



Alhamdulillah, dapur yang menjadi idaman saya beginilah rupanya. Memang saya dah merancang sejak dari awal pembinaan rumah ini untuk memilih sepenuhnya tiles, kabinet dan alat-alatan dapur. Tapi sememangnya mendapat persetujuan dari hubby tersayang.  Saya telah memilih tema hitam dan putih untuk ruang dapur saya. Banyak juga menghabiskan kos dan masa untuk membeli buku-buku sebagai panduan seperti Anjung Seri, Dapur, Impiana, melihat rumah-rumah contoh dan sebagainya. 

Akhirnya inilah hasilnya, sekadar kemampuan kami suami isteri. Memang saya puas hati tapi nak mengumpulkan barang-barang yang bertemakan hitam putih tu.,... ambil masa juga.. Kami juga nak berkongsi beberapa gambar sepanjang dapur ini dibina hinggalah siap.




Ini semasa pembinaan dan pemasangan tiles dinding dijalankan.


Pemantauan memang kami lakukan sekerap yang mungkin untuk memastikan kualitinya.


Pembinaan  table top untuk dapur kering dan basah.




Lubang ditebuk untuk pemasangan hood/saluran asap keluar


Setelah pemasangan grill tetapi belum dipasang kabinet dapur


Kerja-kerja menyiapkan tiles bagi dalaman kabinet kemudian nanti.


Setelah pemasangan langsir dan kabinet bahagian bawah.




Inilah dapur kesayangan saya kini. Agak bersepah sedikit.....apa tandanya tu.... Aktiviti memasak kerap dilakukan kot...

1 ulasan:

Nana Tanjung berkata...

Tentu rajin masak... dapur dah siap.