Ingin saya berkongsi resepi Laksa yang saya pelajari dari ibu saya. Ibu saya memang terkenal dengan kehebatannya membuat laksa. Apabila saya belajar dan membuatnya pula untuk hubby and anak-anak. Memang mereka suka especially anak sulung saya Danial. Apabila bulan Ramadhan, inilah antara makanan berbuka yang digemari oleh keluarga saya. Kadang-kadang sampai dua tiga kali dijadikan hidangan berbuka puasa kami sekeluarga.
Resepinya memang mudah. Ikan yang digunakan adalah mengikut kegemaran masing-masing. Boleh dipilih dari ikan kembung, ikan sardin atau ada juga yang menggunakan belut. Tetapi kami sekeluarga lebih mengemari ikan kembung. Untuk laksanya pula, saya sekeluarga lebih mengemari laksa basah berbanding yang kering. Aksesorinya atau sayur-sayuran juga bolehlah mengikut pilihan masing-masing juga..Jomlah layan resepinya dulu...
LAKSA
Bahan-bahan:
1 kilo laksa basah
Untuk kuah:
2 kilo ikan kembung
2 sudu besar cili kering dikisar
1 sudu besar garam
5 asam keping
daun kesum
1 batang bunga kantan
Cara:
1. Ikan kembung direbus dengan sedikit garam.
2. Toskan ikan. Airnya jangan dibuang.
3. Pisahkan isi ikan dengan tulangnya.
4. Blender isi ikan berasingan dari tulangnya dengan menggunakan
air rebusan tadi.
5. Setelah diblender, tapis untuk memisahkan antara isi dan tulang.
6. Masukkan air rebusan dan bahan-bahan yang telah diblender ke
dalam periuk dan bolehlah ditambah sedikit air jika terlalu pekat.
7. Masukkan cili kering kisar dan garam.
8. Setelah mendidih masukkan asam keping, bunga kantan dan daun
kesum.
9. Bolehlah ditutup api setelah masak.
10. Apabila hendak dihidangkan, letakkan laksa beras ke dalam
pinggan dan ditambahkan dengan sayur-sayuran dan tuangkan
kuahnya.
Sayur-sayuran:
Telur rebus
Timun
Daun salad
Bawang besar dihiris
Cili merah dihiris
Limau