AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Isnin, 22 Oktober 2012

MEMORI HAJI KAMI


Apabila tiba musim haji atau bulan Zulhijjah, kenangan kami semasa menunai fardhu haji pada tahun 2010 datang kembali. Saya bersyukur kerana diberikan peluang oleh Allah untuk menunaikan haji bersama suami tersayang dan kedua-dua ibu bapa. Tanggungjawab untuk menjaga ayah dan mak di sana saya laksanakan sebaik mungkin. Maklumlah keadaan kesihatan mak yang tidak berapa mengizinkan. Ia merupakan Haji kali kedua bagi kedua-dua ibu bapa saya. Saya bersyukur kerana Allah telah mempermudahkan segala urusan kami sepanjang di Mekah dan Madinah. 



Semasa menunggu di Kelana Jaya, kami sekeluarga telah ditemubual oleh wartawan Harian Metro dan anak-anak telah menyimpan keratan akhbar tersebut untuk kenangan.



Bersama ayahanda di perkarangan Masjidil Haram setelah selesai solat subuh. Tarikh tu abaikan kerana ada antaranya tidak ditukar setelah bateri kamera dicas.


Di hadapan hotel penginapan kami, Burj As-Salah. Alhamdulillah saya dan ibu hanya berdua di dalam sebuah bilik. So, memang setiap kali waktu makan kami akan menjamu selera sekeluarga. Suami dan ayah berkongsi bilik dengan 4 jemaah yang lain. 



Bersama-sama rakan jemaah dalam khemah di Padang Arafah. Khemahnya juga selesa. Saya berterima kasih kepada Lembaga Tabung Haji kerana menyediakan kemudahan yang selesa. 


Bersama suami setelah selesai mengutip batu di Mudzalifah.


Suami bersama rakan-rakan di khemah penginapan di Mina.


 Di Jamrah setelah selesai melontar. Alhamdulillah, urusan untuk melontar kami sekeluarga di permudahkan Allah.





Lagi kesilapan dalam tahun di gambar tu.... Bersama ibu dan ayah sebelum kami bertolak ke Madinah.


Setelah selesai tawaf haji pada jam 2.00 pagi. Ramai betul umat Islam....tengoklah orang depan kaabah tu. Saya tawaf di bawah dan setelah selesai Saie kami naik ke tingkat 2 dan mengabadikan kenangan berlatarbelakangkan kaabah. Tahun di foto tu silap lagi...he...he...








 Saya berkesempatan berjumpa dengan rakan iaitu Tn Hj Azhan Anuar dan isteri di Cafe D'Saji dan bersarapan bersama.

Khamis, 18 Oktober 2012

PUDING JAGUNG




Sejak hari Isnin hinggalah Khamis saya outstation di Kuantan. So on the way back terfikir-fikir apalah yang nak dimasak untuk anak-anak malam ni. Sesampai aje di rumah, anak-anak ajak makan di luar. Saya dan husband ikutkan lah coz dah hampir seminggu anak-anak ditinggalkan. Nabila minta dibuatkan dessert so saya ke dapur dan tengok apa yang ada. Lastly saya plan nak buat Puding Jagung la coz dari last week hubby minta dibuatkan puding jagung. Akhirnya inilah hasilnya....






Agar-agar dididihkan sehingga larut dengan 1.5 liter air.




Setelah agar-agar larut, campurkan 1 cawan gula pasir. Setelah gula pasir larut, campurkan 1 tin jagung manis berkrim.




Kemudian masukkan 5 sudu besar tepung kastard yang telah dicampurkan dengan 150 ml susu cair. 




Adunan hendaklah dikacau sentiasa agar ia tidak berketul-ketul.







Kemudian dituangkan dalam acuan yang digemari. Acuan hendaklah dibasahkan dengan sedikit air agar mudah untuk dikeluarkan nanti. Simpan dalam peti sejuk. 





Puding ini sedap dimakan sejuk.....

Ahad, 14 Oktober 2012

SOUTH KOREA - 1


Lawatan ke Korea Selatan ini mengambil masa selama 5 hari 4 malam. Memang memenatkan tapi berbaloi kerana dapat melawat tempat-tempat yang cantik sangat pemandangannya. So, I share sedikit ye mana yang sempat.



Geram tengok pokok kat sana. Masa kami pergi tu baru je selesai musim sejuk. Masih dingin dan pokok-pokok sudah mula mengeluarkan bunga yang cantik dan berwarna-warni.




Bersama hubby dalam kawasan Malaysian Embassy.



Jalan raya dipenuhi dengan pokok yang telah mula mengeluarkan bunga. Tempatnya bersih sangat.




Di hadapan bangunan Kedutaan Besar Malaysia





Melawat Cheongyecheon Stream. Ia merupakan sebatang sungai yang sangat bersih mengalir di tengah bandaraya Seoul. Memang cantik dan terjaga persekitarannya dan antara tempat yang menjadi tumpuan pelancong.



Tengoklah bunga-bunga tu...cantikkan. 



Sungai ditengah bandaraya Seoul yang bersih dan dihias cantik






Airnya bersih dan sejuk.

Ok nanti sambung lagi ye dan saya akan share pula gambar di Nami Island, tempat pengambaran filem Winter Sonata yang famous tu...

PAI AYAM YANG SIMPLE JE


Last Thursday night, cam biasa tanya my children nak makan apa for breakfast. Macam-macam cadangan dan akhirnya saya menyediakan Pie Ayam untuk mereka. Senang juga tapi fillingnya boleh diubah mengikut citarasa masing-masing. Mata dah ngantuk tapi saya kuatkan juga semangat demi anak-anak kesayangan saya. 

Bahan2 untuk pastri:

100 g tepung gandum
sedikit mentega
air secukupnya

Gaulkan semua bahan sehingga menjadi doh. Canai dan letak dalam mangkuk pie. Bakar selama 10 minit. Sejukkan sebelum diisi dengan inti yang anda suka.




Letakkan adunan tadi dalam bekas pie. Saya gunakan yang kecil je agar anak-anak mudah nak makannya dan tidak membazir.


Cucuk bahagian bawah pastri dengan garfu sedikit sebelum dibakar.


Bahan untuk intinya:

Ayam kisar (saya gunakan jenama Ramly) 
1 cawan cendawan butang dalam tin - dipotong kecil
1 tin sup cendawan
1 cawan kacang peas
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 biji bawang besar - potong daduminyak bijan
2 ulas bawang putih - di dadu
kuning telur- untuk disapu atas pastri

Caranya:

1. Panaskan minyak zaitun sedikit dalam kuali.
2. Masukkan bawang besar dan goreng sehingga wangi.
3. Campurkan pula ayam kisar. Gaul rata dan goreng sehingga ayam agak 
    masak.
4. Masukkan cendawan butang, kacang peas dan sup cendawan. Gaul rata.
5. Perasakan dengan lada hitam dan lada sulah.
6. Angkat dan sejukkan sebentar sebelum dituang ke atas pastri tadi.
5. Setelah diisikan intinya, tutup dengan doh pastri sebelum dibakar selama 
    20 minit.




Goreng bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.



Masukkan daging ayam kisar.



Masak sehingga airnya kering.




Campurkan kacang peas, cendawan tiram, lada hitam, lada sulah dan garam.




Isikan inti ayam tadi dan kuantitinya mengikut suka ye.


Tutup dengan lapisan pastri, Hiaskan tepinya dengan garfu dan  kelar bahagian atas pastri tadi.


Sapukan dengan kuning telur sebelum dibakar.


Inilah rupanya pie ayam saya yang mudah. Alhamdulillah anak-anak suka dan lain kali nak cuba inti yang lain pula.

APAM BALIK JEMPOL





Hampir seminggu tak update blog. Selalunya berkesempatan untuk menulis di blog pada weekend. So, saya pun tulis lah banyak-banyak cerita sekali. Sebelah petang last weekend, saya menghidangkan 'home made' apam balik untuk hubby and anak-anak sebagai menu minum petang. First time mencuba ni, Alhamdulillah hasilnya sedap dan apamnya pun gebu. Tapi biasalah, anak-anak nak menolong and hasilnya inti apam balik tu ada dua iaitu jagung and chocolate. Tak apelah, yang penting mereka gembira dan ini juga merupakan salah satu cara untuk merapatkan hubungan kami sekeluarga.



 APAM BALIK JEMPOL
(Sumber : AzieKitchen)

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 cawan gula (saya guna 1/2 cawan sahaja)
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
kacang tanah - goreng dan dikisar kasar
jagung krim dalam tin
chocolate rice

Caranya:

1. Pukul gula dan telur hingga gebu. Masukkan esen vanilla.
2. Campurkan tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat dan
    baking powder.
3. Masukkan dalam blender dan kisar sebentar.
4. Ambil satu senduk adunan dan tuang dalam kuali non-stick. 
5. Apabila nampak adunan dan timbul lubang2, boleh taburkan gula pasir. 
   Biarkan sebentar dan bolehlah ditaburkan jagung manis atau chocolate rice.
6. Lipat dua apam balik itu dan angkat apabila telah benar-benar masak.

   Api tidak perlu besar kerana nanti bahagian bawahnya hangus.






Adunan yang telah diblender.


Letak satu senduk adunan dalam kuali non-stick dengan api yang perlahan.




Taburkan sedikit gula atas adunan.



Taburkan pula kacang kisar tadi.



Taburkan jagung manis/krim.



Boleh juga ditaburkan chocolate rice sebagai intinya jika suka.





So, inilah dia apam balik cubaan pertama saya. Sedap dimakan panas-panas.

NASI AYAM GORENG BEREMPAH

Hujung minggu macam biasa, tanya anak-anak nak makan apa and mereka sepakat mohon dimasakkan nasi ayam berempah. Hidangan ni memang selalu dimasak dalam keluarga saya kerana anak-anak suka. Memang seronok memasak jika habis dimakan oleh hubby and anak-anak. Resepi ni boleh diubahsuai mengikut kesukaan. 


NASI AYAM BEREMPAH

Untuk nasinya:

4 cawan beras
5 cawan air rebusan ayam
seinci halia
bawang merah
sedikit mentega (ikut rasa)
daun pandan
seinci kulit kayu manis
bunga lawang

1. Panaskan mentega. Tumis halia, bawang, kulit kayu manis dan bunga 
    lawang.
2. Masukkan beras dan air rebusan ayam serta daun pandan. Boleh campurkan
    sedikit garam jika suka.





3. Masak seperti biasa dalam rice cooker hingga nasi masak.

Bahan untuk cili sos:

6 tangkai cili merah (dibuang bijinya)
5 ulas bawang putih
satu sudu besar cili boh
sedikit gula
secubit garam

Semua bahan dikisar halus. Masak atas api perlahan sehingga mendidih.




Bahan untuk Sup

4 ulas bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
seinci halia (dikisar)
kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih
daun sup
sedikit karot
ayam bahagian tulangnya
1 kiub ayam maggi

Cara-cara:
 1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan rempah 
    penumis.
2. Masukkan air dan bahan-bahan yang lain. Campurkan garam.
3. Masak sehingga mendidih.







Ayam Rempah

Seekor ayam dipotong 8 dan direbus.
seinci halia
5 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
4 batang serai
2 sudu besar rempah kari
satu sudu kecil serbuk kunyit


1. Kesemua bahan dikisar halus.
2. Gaulkan bersama ayam dan diperap selama 1/2 jam. (lagi lama lagi sedap)
3. Goreng ayam seperti biasa. 




Ayam yang diperap






Ayam yang telah siap digoreng



Hidangan tengahari Ahad kami sekeluarga. Juice oren tu my hubby yang prepare. Sejuk dan nyaman. Jemput makan....