Apabila tiba musim haji atau bulan Zulhijjah, kenangan kami semasa menunai fardhu haji pada tahun 2010 datang kembali. Saya bersyukur kerana diberikan peluang oleh Allah untuk menunaikan haji bersama suami tersayang dan kedua-dua ibu bapa. Tanggungjawab untuk menjaga ayah dan mak di sana saya laksanakan sebaik mungkin. Maklumlah keadaan kesihatan mak yang tidak berapa mengizinkan. Ia merupakan Haji kali kedua bagi kedua-dua ibu bapa saya. Saya bersyukur kerana Allah telah mempermudahkan segala urusan kami sepanjang di Mekah dan Madinah.
Semasa menunggu di Kelana Jaya, kami sekeluarga telah ditemubual oleh wartawan Harian Metro dan anak-anak telah menyimpan keratan akhbar tersebut untuk kenangan.
Bersama ayahanda di perkarangan Masjidil Haram setelah selesai solat subuh. Tarikh tu abaikan kerana ada antaranya tidak ditukar setelah bateri kamera dicas.
Di hadapan hotel penginapan kami, Burj As-Salah. Alhamdulillah saya dan ibu hanya berdua di dalam sebuah bilik. So, memang setiap kali waktu makan kami akan menjamu selera sekeluarga. Suami dan ayah berkongsi bilik dengan 4 jemaah yang lain.
Bersama-sama rakan jemaah dalam khemah di Padang Arafah. Khemahnya juga selesa. Saya berterima kasih kepada Lembaga Tabung Haji kerana menyediakan kemudahan yang selesa.
Bersama suami setelah selesai mengutip batu di Mudzalifah.
Suami bersama rakan-rakan di khemah penginapan di Mina.
Di Jamrah setelah selesai melontar. Alhamdulillah, urusan untuk melontar kami sekeluarga di permudahkan Allah.
Lagi kesilapan dalam tahun di gambar tu.... Bersama ibu dan ayah sebelum kami bertolak ke Madinah.
Setelah selesai tawaf haji pada jam 2.00 pagi. Ramai betul umat Islam....tengoklah orang depan kaabah tu. Saya tawaf di bawah dan setelah selesai Saie kami naik ke tingkat 2 dan mengabadikan kenangan berlatarbelakangkan kaabah. Tahun di foto tu silap lagi...he...he...
Saya berkesempatan berjumpa dengan rakan iaitu Tn Hj Azhan Anuar dan isteri di Cafe D'Saji dan bersarapan bersama.