AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Ahad, 7 Disember 2014

RAINBOW CAKE



Assalamualaikum,

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga cubaan pertama saya untuk membuat Rainbow Cake ni. Memang dah lama saya merancang untuk membuat sendiri kek yang berwarna warni ni dan rasanya pun memang sedap apatah lagi dengan keenakan cream cheese tu. Memang lazat. Suami dan anak-anak pun suka dan memuji keenakan kek pelangi ini.

Terima kasih juga kepada blogger Azlita Masammanis dan Yatie Memories. Memang kedua-dua blog ini sentiasa menjadi rujukan saya kerana selain rasanya yang enak, cara memasak dan membuatnya juga mudah. Thank you very much Kak Ita dan Kak Yatie. Izinkan saya untuk menuliskan resepinya di bawah ye.

Rainbow Cake ni nak membuatnya tak lah rumit seperti yang saya mula-mula sangkakan. Saya menggunakan acuan kek yang bulat bersaiz 8 inci. Saya hanya ada dua acuan so saya membakarnya 4x roundlah. Warna yang menjadi pilihan pun ikut sukalah yang mana dirasakan menarik.

RAINBOW CAKE

Resepi Asal: Yatie Memories & Azlita Masammanis

Bahan-bahan:

 3 cwn tepung gandum 
4 sudu kecil baking powder 
1/2 sudu kecil garam 
1 cawan mentega
2 cwn gula castor 
5 biji putih telor 
2 sudu kecil esen vanila  
1/2 cawan susu segar 
pewarna - oren, merah jambu, merah, kuning, biru, ungu dan hijau 

Cara-cara :
  1. Sediakan loyang 8 inc 
  2. Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. 
  3. Panaskan oven pada suhu 170C.
  4. Ayakkan tepung, baking powder dan garam ~ ketepikan.
  5. Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih . Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan. 
  6. Masukkan esen vanila 
  7. Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar 
  8. Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik. 
  9. *Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga. maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung
  10. Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan *timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar 
  11. Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata 

Ini antara warna yang saya gunakan.

 12. Masukkan dalam loyang Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letak 
      pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau
      sehingga kek benar-benar masak.
 13. Bila dah masak letak atas redai
 14.Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan.
 15.Kemudian boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 7     
      lapisan 
 16.*Jangan tindih2 kan kek bersama-sama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak    
        comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain. 

Untuk Cream Cheese Frosting 
Bahan 
  • 250 g cream cheese 
  • 120 g gula 
  • 120 g butter 
Cara-cara 
  1. Pukul semua bahan dengan mixer sehingga ringan dan gebu. 
  2. Sedia untuk digunakan. 
  3. Untuk melapis. 
  4. Mulakan dengan satu lapis kek mengikut warna kegemaran. 
  5. Sapu sedikit cream cheese diatasnya dan ratakan. 
  6. Dengan menggunakan pengayak ayak serbuk coklat siatas laisan cream cheese tadi. 
  7. Letak lapisan kek yang berwarna lain pula diatasnya dan ulang stepa ini hingga habis. 
  8. Setelah lapisan yang terakhir jangan ayakkan serbuk coklat sebaliknya buat lapisan cheam cheese agak tebal dan kemaskan kek dengan menyapu keseluruhan cream cheese tadi disekeliling kek. 
  9. Hias mengikut kreativiti masing-masing.




Rainbow Cake yang telah siap dihias dengan cream cheese. 



1 ulasan:

Pakwar berkata...

Tahniah. Sedap nampak kek tu