Assalamualaikum,
Dalam saya melihat kembali koleksi foto-foto dalam lap top ni terjumpa banyak foto masakan saya yang masih belum dimasukkan ke dalam entri. Biasalah, nak mencuri masa untuk update blog ni pun susah, Apabila ada peluang, saya pun updatelah blog ni.
Minggu ini saya berada di Kuala Terengganu untuk menyampaikan kuliah Blue Ocean Strategy kepada Guru Besar Sekolah Kluster Kecemerlangan dari seluruh negara. Saya seronok ke Terengganu kerana makanannya yang sedap-sedap especially Keropok Lekor dan Nasi Dagang. Hotel Grand Continental ni pun menghidangkan Nasi Dagang dan Keropok Lekor sebagai juadah breakfast. Sedap...cuma risaukan berat badan jer....
oklah jom kita layan dulu resepi roti jala saya yang mudah ni....
ROTI JALA
2 cawan tepung gandum
secubit garam
1 biji telur
secubit baking powder
Pewarna - saya gunakan pewarna hijau dan kuning
air secukupnya
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan ke dalam blender.
2. Kisar sehingga mendapat kepekatan batter yang diinginkan.
3. Panaskan non-stick pan.
4. Tuangkan 1 senduk batter dan biarkan sehingga masak seketika. Tidak perlu dibalikkan.
5. Ketika masih panas, gulungkan roti jala tadi.
6. Hidangkan dengan kuah kari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan