Sekadar ingin berkongsi pengalaman dan cerita dalam kami menyiapkan banglo idaman kami sekeluarga. Perjalanan yang penuh kesabaran dan sentiasa berdoa kepadaNya agar kami dapat berpindah secepat mungkin. Sebenarnya kerja-kerja meratakan tanah dilakukan setahun sebelum kami memulakan pembinaan. Ia dlakukan supaya tanah benar-benar padat dan mantap. Sebanyak 109 lori tanah telah digunakan kerana tanah kami agar menurun dan tidak sama 'level'. Sebelumnya, tanah ini dipenuhi oleh pokok buah-buahan yang telah dapat kami rasai hasilnya beberapa kali. Ada pokok langsat, rambutan dan manggis. Semuanya manis-manis dan apabila berbuah sampai tak terhabis makan and kami berikan pada sesiapa yang nak ambil. Tapi apabila nak buat rumah ni terpaksalah korbankan semua pokok buah-buahan itu.
Ini setelah setahun kerja-kerja menambak tanah dilakukan. tengoklah tu kami datang nak ambil buah langsat yang manis. Tapi tak lama lepas tu ditebang....
Suami tersayang yang sentiasa sabar dalam memantau progress pembinaan teratak kami ini. Kenapalah tarikh kat camera ni selalu je lupa nak ubah agaknya. tu bukannya 2007 tapi 2011 tau. Proses awal bermula beberapa bulan sebelum kami menunaikan Fardhu Haji pada 23 Oktober 2010.
Kerja-kerja pembinaan awal sedang dilakukan.
Pemandangan awal di tingkat bawah.
Memang kena banyak bersabar dalam memantau progress pembinaan teratak kami ni. Tapi yang bestnya pengalamannya tak ternilai and after this kami suami isteri boleh jadi kontraktor la pulak kot....
1 ulasan:
Syabas kerana telah memulakan langkah pertama. Hampir sama pengalaman kita, saya mula membina sekembali dari mengerjakan Haji juga. Insya Allah, semua akan berjalan dg lancar
Catat Ulasan