Hari ni banyak masa so...saya kemaskini blog yang dah lama saya tinggalkan. Bulan Julai lalu saya ke Kuala Terengganu untuk memberi kursus kepada Pengetua dan Guru Besar SBT . Hari kedua di sana Tok Penghulu kelas telah mempelawa kami untuk mencandat sotong. Apa lagi...saya pun join mereka. Ini kali pertama saya mencandat sotong. Kami menaiki bot yang pada mulanya saya tidak merasa pening langsung. Tetapi apabila bot berhenti dan aktiviti mencandat sotong pun bermula...saya mula terasa kepala pusing dek bot yang berbuai-buai oleh hempasan ombak laut. Geram betul...lama tunggu tak juga dapat sotong ni..kepala sudah pusing....Lepas dapat sotong yang tak seberapa...kami bergerak balik dan ke restoran berhampiran untuk menikmati makan malam dan menu sotong yang dimasak ialah sotong masak masam manis rasanya....
Bersama kak Nabiha yang bersama saya memberi kursus di sana
Bot ni , kalau tambah "Z" kat belakangnya tu...dapatlah nama saya.
Inilah sotong yang ditangkap oleh Kak Biha...saya posing je coz saya tak dapat sekor pun...Frusttt....
Ini pula, muka orang pening and mabuk laut....
Inilah dia sotong yang berjaya dicandat oleh kami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan