AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Sabtu, 29 September 2012

WAJAH-WAJAH KESAYANGAN HAMBA


Hubby kesayanganku. Thank you for everything. 

Putera sulung - Danial Hakim. Semoga menjadi seorang insan yang berguna kepada Agama, bangsa dan negara.


Satu-satunya puteri dalam keluarga kami - Nur Nabila Husna. Semoga menjadi anak yang solehah dan wanita yang berjaya di dunia dan akhirat.

Muhammad Haziq Haikal - Semoga sentiasa diberikan kekuatan untuk menjadi insan yang berjaya dalam kehidupan.
Muhammad Akmal Hazim - Semoga  sihat selalu dan menjadi anak yang soleh. 

Inilah wajah-wajah kesayangan saya dalam hidup ini. Semoga kami kekal bahagia dan mendapat keberkatan dari Allah dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Saya sentiasa berdoa agar anak-anak menjadi anak-anak yang soleh dan solehah serta berjaya dalam kehidupan mereka di dunia dan akhirat.

Jumaat, 21 September 2012

Teratak Kesayangan Kami - 1


Sekadar ingin berkongsi pengalaman dan cerita dalam kami menyiapkan banglo idaman kami sekeluarga. Perjalanan yang penuh kesabaran dan sentiasa berdoa kepadaNya agar kami dapat berpindah secepat mungkin. Sebenarnya kerja-kerja meratakan tanah dilakukan setahun sebelum kami memulakan pembinaan. Ia dlakukan supaya tanah benar-benar padat dan mantap. Sebanyak 109 lori tanah telah digunakan kerana tanah kami agar menurun dan tidak sama 'level'. Sebelumnya, tanah ini dipenuhi oleh pokok buah-buahan yang telah dapat kami rasai hasilnya beberapa kali. Ada pokok langsat, rambutan dan manggis. Semuanya manis-manis dan apabila berbuah sampai tak terhabis makan and kami berikan pada sesiapa yang nak ambil. Tapi apabila nak buat rumah ni terpaksalah korbankan semua pokok buah-buahan itu.




Ini setelah setahun kerja-kerja menambak tanah dilakukan. tengoklah tu kami datang nak ambil buah langsat yang manis. Tapi tak lama lepas tu ditebang....



Suami tersayang yang sentiasa sabar dalam memantau progress pembinaan teratak kami ini. Kenapalah tarikh kat camera ni selalu je lupa nak ubah agaknya. tu bukannya 2007 tapi 2011 tau. Proses awal bermula beberapa bulan sebelum kami menunaikan Fardhu Haji pada 23 Oktober 2010. 



Kerja-kerja pembinaan awal sedang dilakukan.



Pemandangan awal di tingkat bawah.




Memang kena banyak bersabar dalam memantau progress pembinaan teratak kami ni. Tapi yang bestnya pengalamannya tak ternilai and after this kami suami isteri boleh jadi kontraktor la pulak kot....

Isnin, 17 September 2012

Cuti Hari Malaysia


Cuti umum Hari Malaysia pada 17 Sept 2012 digunakan untuk bersama anak-anak di rumah. Hanya hubby yang menjenguk pembinaan rumah di Seremban seorang diri. Lagi pun hanya proses pemasangan tiles di porch yang dijalankan. So, saya di rumah saja melayan kerenah anak-anak. Bila ditanya nak makan apa untuk hari ini Haziq mencadangkan saya untuk memasak Siakap Sweet Sour and sayur campur. 



Siakap Sweet Sour




Sayur  campur goreng yang ringkas.



Petangnya saya menyediakan donut gebu (thanks to Azie Kitchen for the recipe) untuk minum petang. Ini adunan sebelum direhatkan selama 1/2 jam.



Ini rupa doh yang dah mengemang selepas direhatkan 1/2 jam.



ha...ni adunan yang telah dibentukkan guna acuan donut



Proses mengoreng



Ini dia rupanya donut gebu saya yang telah dihiaskan oleh anak-anak. As usual macam-macam rupa. Kami gunakan bahan yang ada di rumah sahaja untuk menghias donut ni ikut kreativiti anak-anak.

Candat Sotong

Hari ni  banyak masa so...saya kemaskini blog yang dah lama saya tinggalkan. Bulan Julai lalu saya ke Kuala Terengganu untuk memberi kursus kepada Pengetua dan Guru Besar SBT . Hari kedua di sana Tok Penghulu kelas telah mempelawa kami untuk mencandat sotong. Apa lagi...saya pun join mereka. Ini kali pertama saya mencandat sotong. Kami menaiki bot yang pada mulanya saya tidak merasa pening langsung. Tetapi apabila bot berhenti dan aktiviti mencandat sotong pun bermula...saya mula terasa kepala pusing dek bot yang berbuai-buai oleh hempasan ombak laut. Geram betul...lama tunggu tak juga dapat sotong ni..kepala sudah pusing....Lepas dapat sotong yang tak seberapa...kami bergerak balik dan ke restoran berhampiran untuk menikmati makan malam dan menu sotong yang dimasak ialah sotong masak masam manis rasanya....


Bersama kak Nabiha yang bersama saya memberi kursus di sana



Bot ni , kalau tambah "Z" kat belakangnya tu...dapatlah nama saya.


Inilah sotong yang ditangkap oleh Kak Biha...saya posing je coz saya tak dapat sekor pun...Frusttt....

Ini pula, muka orang pening and mabuk laut....

Inilah dia sotong yang berjaya dicandat oleh kami.

Andek datang rumah

Mak saudara tersayang, Andek talipon last week and nak datang beraya. So, fikir punya fikir apa nak masak. Resepi yang mudah ialah Ayam Masak Cili Api, Goreng Pucuk Paku for lunch. Kemudian sebelah petangnya anak-anak minta dibuatkan pizza and Shepperd Pie. Untuk Pizza and Shepperd Pie saya ikut resepi yang diajar oleh Kak Nabiha. Thanks sis.... Rasanya ni dah kali ke 4 saya buat pizza and kali ke 3 buat Shepperd Pie. Anak-anak dan hubby suka... Jom tengok..apa hasilnya ye....

 Inilah pizza ayam yang saya buat...Topping tu anak-anak yang hasilkan.




Shepperd Pie yang dihasilkan....






Kenapa pulak tarikh kat gambar ni tahun 2007. Ni mesti anak-anak keluarkan bateri dan tak set semula tarikh semasa. Tak apalah......Ini pula kek marble yang saya bakar malam sebelumnya. Resepi juga dari Aziejaya.blogspot.com


Kek marble ni tak sempat pun tunggu tengahari dah habis.

Apam Pol Ka Dot


Actually my hobby is cooking. I like to try recipes from bloggers such as Aziejaya.blogspot.com. Thanks to her coz i've tried many of her delicious and tempting recipes. After i performed my solat Isya, I went to the kitchen with my daughter, Nabila and started to prepare to make Apam Pol ka Dot.


So, this is the result ! ^^ Would like to try....Sedap...


Anak-anak pun ikut sama memolkadotkan apam ni,  so....inilah rupanya. Macam-macam tapi yang penting rasany...SEDAP!

Menu Hujung Minggu



Hujung minggu adalah masa untuk memasak dan meluangkan masa dengan family. Maklumlah hari-hari berulang alik dari rumah ke pejabat di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands amat memenatkan. So week end adalah masa untuk kami sekeluarga berkumpul dan memenuhinya dengan aktiviti yang sihat dan menggunakan masa secara berharga. So, anak-anak nak makan soto...apa lagi pagi-pagi dah ke pasar and balik je terus mula memasak. Dah siap soto, teringin pula nak makan agar-agar so buatlah agar-agar pandan...tapi alamak terlupa pula letak pewarna hijau so...agar-agar saya kali ni agak pucat tapi yang penting rasanya tetap sedap......


Tengoklah tu pucat kan....


Inilah dia rupanya soto yang saya masak atas permintaan anak-anak tersayang.


So jomlah jemput makan.....

Isnin, 3 September 2012

SELAMAT HARI RAYA 2012


                                                   Gambar di pagi Hari Raya pertama

Bersama putera-putera dan puteri kami