Assalamualaikum dan Salam pagi Isnin,
Modul-modul yang disediakan memang baik untuk anak-anak muda remaja ini. Semoga setelah tamat program ini mereka akan menjadi aset yang berguna kepada negara. Semoga jatidiri anak muda kita akan lebih kental.
Hari ni hari yang sedih sedikit tetapi ada juga terselit perasaan gembira kerana anakanda sulung saya iaitu Danial Hakim akan bertolak ke Kem Titian Bintangor, Rembau bagi menjalani Program Latihan Khidmat Negara. Pertama kali nak berpisah lama dengan anakanda saya ni rasa sedih pulak. Semasa nak hantar dia naik bas tu relax lagi tapi bila bas bergerak meninggalkan perkarangan Stadium Paroi, airmata saya pun mulalah mengalir. Sedih.... Semoga Danial akan dapat menyelesaikan latihannya dengan cemerlang dan pulang dengan selamat dan menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Ibu, ayah dan keluarga sentiasa mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Danial sepanjang berkursus. We love you very much and hope enjoy yourself.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan