AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Rabu, 16 Oktober 2013

MEE KARI



Sejak akhir-akhirnya malas nak update blog.  Sewaktu dalam wad tempoh hari teringat saya kat blog yang dah lama saya tinggalkan. Niatnya memang nak update entri hari-hari tapi tak kesampaian. Balik ke rumah tengok foto-foto lama dan rupanya masih banyak lagi masakan saya yang masih belum dimasukkan ke dalam entri. So ini adalah antara masakan saya yang dah terlepas untuk dimasukkan dan baru hari ni dapat di kongsi.

MEE KARI

1 kilo mee kuning (dicelur)

Bahan untuk menumis:
3 ulas bawang merah- dikisar
2 ulas bawang putih-dikisar
1 inci halia - dikisar
2 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar rempah kari
bunga lawang
bunga cengkih
kayu manis

2 keping fish cake
1 bungkus fish ball
5 keping tauhu kering
1 kilo kerang rebus
udang secukupnya
sotong secukupnya
isi ayam yang dipotong dadu
santan - 2 biji kelapa

Bahan untuk aksesorinya:-
taugeh - dicelur
daun sup -dipotong halus
bawang goreng
telur rebus
sawi - dicelur
timun - dipotong kecil memanjang
telur rebus - dipotong 4/2
cili merah - dihiris

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan cili kisar. Tumis sehingga betul-betul masak.
3. Masukkan ayam, sotong dan udang. Biarkan seketika.
4. Campurkan santan, Masak sehingga kuahnya mendidih.
5. Masukkan garam dan perasa.
6. Campurkan fish cake, fish ball dan tauhu kering.
7. Campurkan kerang rebus tadi.
8. Biarkan seketika dan ditutup apinya.
8. Apabila nak dimakan, letakkan mee kuring dalam mangkuk dan diisikan dengan aksesorinya.
9. Taburkan bawang goreng dan daun sup.
10. Tuangkan kuahnya dan makan panas-panas.



JOM MAKAN.....

Tiada ulasan: