AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Khamis, 16 Julai 2009

Ketentuan Ilahi...



Rabu 15 julai 2009, saya, sheeda dan kak yatie rahman telah ke ipk untuk menghantar kertas projek kami. Teringat juga zaman buat first degree dulu. Thesis pun kena buat juga dan masih lagi disimpan rapi sebagai kenangan dan tanda usaha keras selama 4 tahun di UPM.


Kali ni buat lagi kertas projek tapi berlainan pula bidangnya. Tak pelah.. apa-apa pun semuanya telah selesai dan hanya menunggu masa untuk konvokesyen pada Ogos ni. Hai... naik pentas berdualah nampaknya kali ni. Berita yang tidak kusangka. Mengejutkan juga tapi mengembirakan seisi keluarga. Yang sedihnya pulak...perjalanan untuk ke Tanah Suci pada tahun ini terpaksa ditangguhkan kerana tidak mendapat kebenaran dari Lembaga Tabung Haji. Tiga suntikan (meningitis, penumococcal dan H1N1) yang akan diambil nanti membahayakan diri saya dan si kecil... so tahun depanlah nampaknya. Sedih betul sebab semua kursus, ujian, latihan amali tawaf, saie dan melontar serta kursus intensif telah selesai dilalui. Ingatkan boleh bawa sekali supaya dapat 'haji kecil'. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Doa suami untuk mendapatkan seorang zuriat lagi di depan kaabah lalu telah termakbul. Allah lebih mengetahui. Kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan.

5 ulasan:

Pakwar berkata...

Sesuai dengan suasana; azamkan kelahiran seorang bakal pemimpin besar Islam

Jubah hitam berkata...

Tahniah!

Nana Tanjung berkata...

Tahniah, walaupun "terlewat" insyaallah anda tergolong dalam kumpulan yang mendapat 4 sijil sepanjang pengajian selama dua tahun seperti kami ( Zura, Bang Jan, Lau, BD dan J)setakat diketahui.

Yati Wahab berkata...

Tahniah...Allah itu maha pengasih dan adil...

Dia makbulkan doa suami anda dengan serta merta...alhambulillah kerana bukan semua hambanya dimakbulkan doa olehNya...

Usia masih muda...haji bila2 masa pun boleh ditunaikan..

abgjan.com berkata...

tahniah. dlm diam2 ada projek dlm projek. Moga dikurnia putra/putri serajin dan segenius ibunya