Pada mulanya membaca akhbar Metro, tiba-tiba ternampak iklan pertukaran keratan akhbar dengan tiket memasuki Bukit Merah Lake Town Resort. Anak-anak memujuk saya dan suami untuk mengumpul dan menebus tiket nanti. Suami yang sememangnya mempunyai hobi melancong telah bersetuju. Kami sekeluarga mengumpul dan menebus 6 tiket di pejabat NSTP Jalan Riong, Bangsar. Berbaloi juga coz kos membeli akhbar ialah RM45. If nak ikut harga tiket sebenar bagi 6 orang ialah RM 43 x 6 = RM 258. Fuh... suka benar anak-anak.
Pada petang Jumaat 10 July kami pun bergerak ke Bukit Merah bermula jam 5 petang dan tiba ke destinasi pada jam 9.30 malam. Kami telah menginap di Suria Apartment untuk dua malam. Pada keesokannya pagi-pagi selepas bersarapan di hotel kami terus ke Taman tema air. Seronoknya anak-anak tak terkira. Saya hanya menjadi pemerhati dan sekali-sekala menasihati anak-anak agar berhati-hati walaupun kesemua mereka tahu berenang (sempat dihantar ke kelas renang selama 5 bulan).
Sewaktu perjalanan balik kami telah singgah di Kuala Kangsar melawat sekitar bandar di raja Perak. Penat betul perjalanannya. Kami sampai di Serting lebih kurang jam 10 malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan