AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Isnin, 6 Julai 2009

Perhimpunan Pertama

Jam 7.15 pagi saya telah berada di sekolah. Setelah 'key in' saya pun segera ke tapak perhimpunan. Eeh..mana pelajar2 dan guru2 ni? kata saya dalam hati. Saya menghampiri seorang pengawas dan bertanyakan kepadanya dan jawapannya ialah perhimpunan mula 7.30 cikgu. Oh ye ke...Mungkin disebabkan sudah terbiasa dengan perhimpunan seawal 7.20 di sekolah lama kot. Tak pelah.. saya lihat ramai pelajar yang 'hanging around' kat koridor dan sekitar sekolah. Hai.. camne ni. Apa patut dibuat?
Saya dihampiri oleh seorang guru dan beliau berkata "eh.. awalnya akak sampai, kita kat sini 7.40 baru guru-guru datang". "Tak pe.. akak dah biasa" saya membalas. Waduh...waduh...gamat gini. Sepatutnya perhimpunan dah bermula ni. Apa kan daya, saya ni cikgu baru...so saya memerhati dahulu. Apabila perhimpunan bermula lagi satu kejutan buat saya, hanya dua lagu saja dinyanyikan..Negaraku dan Lagu Negeri. Eh..mana lagu sekolah ni. Saya pun berpaling dan bertanya guru di belakang saya.. Sekolah ni tak de lagu sekolah kak. Oh gitu ke...takpelah.
Setelah selesai perhimpunan guru-guru diarah ke Bilik Gerakan. Sedikit taklimat dari pengetua berkenaan H1N1 telah diberikan. Semua guru digesa mengambil langkah berjaga-jaga. Kemudian makluman tentang perkhemahan perdana. Saya pun dah mendapat tugasan juga.
Sehari di sekolah saya sempat mengedit kertas projek sebelum dihantar binding. Boring juga coz jadual belum dapat dan relief pun tak de, so satu hari duduk ngadap komputer je dan baca Reader Digest yang dipinjam di Pusat Sumber. Sebelum pulang saya sempat menegur beberapa orang pelajar lelaki yang berjalan dengan bajunya dikeluarkan (tidak dituck in) Mereka akur dan mendengar kata juga. Esok...camne ye? Semoga saya akan terus tabah.

3 ulasan:

Pakwar berkata...

Catat , jangan tak catat supaya kita boleh buat penambahbaikan bila diperlukan nanti. Insyallah. Tepat jam 9.30 malam saya membuka sampul surat: SMK Bukit Jawa, Pasir Puteh. Itulah sekolah baruku.

Jubah hitam berkata...

Saya tidak mengalami apa2 pengalaman baru sebab masih sekolah yang lama

Yati Wahab berkata...

em...betul...lain sekolah lain budayanya..

pengetua yang memainkan peranan sama ada mencorakkan budaya kerja profesional atau sebaliknya..

Boleh buat cadangan dan gubah lagu sekali....

good luck