AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Sabtu, 4 Julai 2009

Ke Sekolah Semula

Pada Khamis 2 Julai yang lalu saya telah pun berada di Unit Sekolah Menengah JPN untuk posting semula. Sekolah yang dijanjikan kepada saya pada minggu sebelumnya ialah sekolah asal. Pagi itu, memang saya ditempatkan semula ke sekolah asal, bukan main gembira lagi hati. Sambil menunggu siap surat diuruskan oleh kerani, saya dipanggil semula oleh pegawai berkenaan dan beliau menyatakan yang saya diarahkan ke sekolah baru dalam daerah yang sama. Ha...encik saya nak sekolah asal boleh tak? Tak pe cikgu, cikgu pergi sekolah baru ni dulu ye dalam dua tiga bulan. Sekolah ni tak de Ketua Bidang Bahasa dan guru BI hanya seorang sahaja. Alamak... patah semangat den. Oleh kerana, tidak mahu dianggap engkar perintah maka saya pun kata oklah. Think positive , i said to myself.

Dalam perjalanan balik, pengetua lama talipon dari IAB. Beliau berkursus katanya. Terkejut beliau apabila saya menjelaskan yang saya telah ditempat di sekolah baru. Beliau kata tak pe, datang sekolah lama dulu, esok tunggu sehingga dia talipon baru gi lapor diri. Beliau akan uruskan saya untuk ke sekolah lama semula. Hai... poning den.

Esoknya pagi2 lagi dah gi sekolah lama. Kawan-kawan ingatkan saya datang nak lapor diri. Setelah dijelaskan baru mereka faham situasinyaa. Pengetua dan PK HEM dua tiga kali menalipon PPD dan JPN menguruskan agar saya dikembalikan ke sekolah lama. Saya pun tunggulah hingga pukul 10 pagi. Pengetua kata pegawai PPD suruh saya tetap lapor dulu di sekolah baru, nanti tengok macam mana. Ok lah tu.

Saya pun ke sekolah baru yang hanya 10 minit dari rumah. Memang kebanyakkan gurunya telah saya kenali. Pengetua pun saya kenal kerana pernah berurusan dengan beliau dahulu (saya Penyelia kawasan ULBS dan pernah menyampaikan ceramah teknik menjawab soalan SPM). Pabila berjumpa pengetua, beliau jelaskan tentang situasi sekolah sedikit sebanyak dan memohon agar saya boleh membantu apa yang perlu untuk penambahbaikan sekolah. Terkejut juga apabila beliau menyebut perkataan Penambahbaikan sekolah. Pengetua juga memang menunjukkan sikap positif terhadap kursus NPQH kerana menurutnya sewaktu beliau mula memegang jawatan pengetua, tiada pendedahan sebegini untuk memimpin. Oklah tu...cabaran buat saya ni.

Saya dapati pelajar-pelajar pun ok jugalah walaupun jauh bezanya dengan pelajar-pelajar sekolah lama saya. Tak pe....saya rasa semua sekolah pun sama, pokok pangkalnya kita sendiri. Saya akan cuba lakukan yang terbaik dan semoga berjaya. Memang sekolah baru ini memerlukan banyak perubahan dan penambahbaikan. Yang penting ingatlah pesan Dato' Hussien dan Dr Chua agar kita jangan tunjuk pandai, jangan meminta-minta dan berlagak.

Kepada rakan-rakan seangkatan, selamat bertugas dan berjuang untuk mendidik anak bangsa. Anggaplah apa juga kesulitan dan permasalahan sebagai cabaran untuk lebih matang.

6 ulasan:

Naser & Yati berkata...

Selamat kembali ke sekolah dan semoga berjaya.

Nana Tanjung berkata...

Ok tu, nampaknya ramai guru dah mula menerima graduan NPQH. Sayapun setakat ini mungkin akan mengajar pelajar kelas kemahiran sahaja. Tak diberi kelas peperiksaan lagi. Yang penting tak duduk goyang kaki di sekolah.

Jubah hitam berkata...

Kami di tganu belum dapat posting lagi setakat ni

Pakwar berkata...

teruskan finaz.. lagipun tak jauh. TArik nafas dalam-dalam dan hati-hati membuat keputusan

Yati Wahab berkata...

tahniah...anda tentu dapat memantapkan bahasa inggeris dengan baik di sekolah baru...

pada saya jika sekolah tu teruk itu peluang kita untuk menyumbang...

Vivian Woo berkata...

Congratulation