AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Rabu, 10 Disember 2008

Sehari di Kuala Lumpur











Kuala Lumpur memang tidak jauh dari kediaman kami , oleh itu kami telah mengambil kesempatan di musim cuti persekolahan ini untuk menjelajah ke tempat-tempat menarik. Yang selalu dilawati adalah Shopping Complex dan Jalan tuanku Abdul Rahman, so kami pun pergilah membawa anak-anak ke tempat-tempat seperti Tugu Negara, Tasik Perdana, Planetarium dan sebagainya. Tapi tidak ketinggalan juga ke KLCC. Yang paling utama anak-anak berasa seronok dan percutian kali ini mendatangkan faedah dan pengalaman yang menarik buat mereka kenang. Kami juga turut berkesempatan melawat ke Taman Burung. Pada mulanya kami berasa agak hairan kerana rata-rata pengunjung adalah pelancong asing. Kami seterusnya menuju ke kaunter tiket dan mendapati bayaran masuk yang dikenakan adalah tinggi iaitu pemegang Mycard RM15. Rasa agak terkejut juga tetapi lama-kelamaan baru kami mendapatkan jawapan kenapa tidak ramai pengunjung rakyat Malaysia. Rupanya bayaran yang dikenakan agak mahal. Sepatutnya keistimewaan perlulah diberikan kepada rakyat Malaysia agar bayaran itu dikurangkan jika dibandingkan dengan pelancong asing. Sambil duduk memerhati memang ramai Malaysian yang datang dengan keluarga akhirnya hampa dan beredar tanpa masuk untuk melihat burung-burung di dalam taman itu yang kononya Taman Burung Terbesar di Malaysia. Entahlah...tapi apa pun kunjungan yang seterusnya adalah berbaloi walaupun agak memenatkan badan.


ZOOM MALAYSIA...

Cameron Highlands







Percutian kali ini adalah yang paling bermakna bagi kami sekeluarga. Ini adalah untuk meraikan kejayaan anakanda Danial Hakim di dalam UPSRnya yang cemerlang disamping untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan kami. Destinasi yang dituju ialah Cameron Highlands. Walaupun hampir setiap tahun ke sini, apabila ditanya kepada anak-anak, mereka tetap mahu ke sini dengan alasan kenyamanan, kedinginan dan keindahan sekeliling tempat itu.
Kami bertolak dengan diiringi oleh hujan yang mencurah sepanjang perjalanan tetapi Alhamdullillah setibanya disana, cuaca agak menyebelahi kami. Kami tidak melepaskan peluang untuk melawati dan menikmati keindahan Cameron Highlands. Hampir keseluruhan tempat menarik telah kami lawati termasuklah Gunung Brinchang dan Ladang Boh yang berliku-liku itu. Kami berada di sana selama 3 hari 2 malam dan cuacanya yang dingin, nyaman dan mempersonakan dapat kami nikmati dengan gembiranya. Apatah lagi kami dapat menikmati 'steamboat' yang terkenal di salah sebuah restoran di situ. Sesungguhnya keindahan dan kebesaran Allah itu tiada tandingannya. Yang paling seronok dan teruja adalah bibikku yang belum pernah berpeluang ke tempat-tempat sebegini di negaranya. Kelakar juga apabila melihat gelagatnya itu. Kami juga bernasib baik kerana tiada kejadian landslide di sini walaupun musim hujan. Alhamdulillah.
Sewaktu perjalanan balik kami tidak mengikut lebuhraya sebaliknya mengikut laluan kuala kubu, batang kali dan menaiki Genting Highlands dan mengikut Karak. Memenatkan tapi berbaloi kerana anak-anak gembira.

Jumaat, 28 November 2008

Tahniah buat anakanda tersayang di dalam upsr.


Tahniah buat anakanda tersayang Danial Hakim bin Shahrin yang berjaya dengan cemerlang di dalam UPSR yang baru diumumkan. Tahniah juga kerana keputusan cemerlang (8A) di dalam Peperiksaan UPKK yang lalu. Ibu dan ayah amat bangga dengan kejayaan itu. Semoga keputusan itu menjadi pembuka jalan untuk kecemerlangan yang seterusnya. Begitu juga jangan lupa akan cabaran yang bakal ditempuhi. Jadilah anak yang soleh, baik dan ingatlah Allah sentiasa.

Rabu, 5 November 2008

Wah! mencabar betul soalan dato' hari ini. Rasa nak terseliuh jari-jari yang ada ni. Nak kata banyak sangat tulis tak juga tapi semoga apa yang ditulis itu berbaloi dengan lenguh di sendi jari yang kurasai ini. Terima kasih juga kepada kawan-kawan di dalam perbincangan yang diadakan di Bilik Mesyuarat IPK tu. Banyak juga idea dan ilmu yang boleh digunakan untuk menjawab soalan dato' tu. Perkongsian idea yang sebegini adalah baik dan mendatangkan manfaat. Semoga segala usaha dan pengorbanan yang telah dilakukan akan mendapat pembalasan yang setimpal dariNya.

Apa-apa pun perjuangan masih perlu diteruskan dan semoga berjaya kepada kengkawan yang lain.

Selasa, 4 November 2008

Exam

Hai, hari pertama exam memang menyeramkan. Maklumlah dah lama tak mendudukinya maka perasaan tidak tenteram telah timbul. Perbincangan telah diadakan bersama-sama kawan-kawan sekelas. Ini membuatkan perasaan sedikit terkawal. terima kasih kepada kawan-kawan yang telah sudi berbincang bersama-sama untuk menambahkan dan memantapkan lagi pengetahuan sedia ada. Perkongsian idea dan bertukar-tukar pendapat tentang beberapa perkara telah membantu di dalam menjawab soalan. Semoga segala usaha kita semua diberkati oleh Allah dan mendapat hasil yang diingini.

Sabtu, 20 September 2008

motivasi diri


Hai, senang hati apabila membaca buku motivasi tentang perkembangan remaja ni. Rupa-rupanya banyak yang masih belum diketahui semasa menjadi guru selama 13 tahun ni. Sepatutnya guru perlu mengetahui dan mengaplikasikan teori motivasi dan teori perkembangan remaja ini untuk menjadi seorang guru yang baik dan berkesan. Terima kasih kepada Dr Chua Yan Piaw yang membantu di menambah dan memperkayakan ilmu saya di dalam bidang psikologi ini. Sesungguhnya pengetahuan yang diterima amat berguna bukan sebagai seorang guru sahaja malah sebagai ibu dan manusia di dunia ciptaan Allah ini. Alhamdulillah semoga pengetahuan dan kemahiran ini akan semakin bertambah, berkembang dan bercambah. Insya allah. Lihatlah kebesaran Allah ini (pemandangan di dalam kaabah)

Khamis, 18 September 2008

perwiraku


Sesungguhnya tiada yang lebih baik dari menerima kasih sayang darimu. Semoga berkekalan ke anak cucu. Terima kasih kerana sentiasa memberi semangat dan dorongan atas segala yang dilakukan. Tanpa restumu tidaklah saya maju ke hadapan sehingga kini. Thank you very much.

buah hatiku sayang



langkah pertama

Seronoknya dapat belajar buat blog ni. Moga-moga ia dapat digunakan dengan baik, berfaedah dan berkesan.