AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Rabu, 10 Disember 2008

Cameron Highlands







Percutian kali ini adalah yang paling bermakna bagi kami sekeluarga. Ini adalah untuk meraikan kejayaan anakanda Danial Hakim di dalam UPSRnya yang cemerlang disamping untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan kami. Destinasi yang dituju ialah Cameron Highlands. Walaupun hampir setiap tahun ke sini, apabila ditanya kepada anak-anak, mereka tetap mahu ke sini dengan alasan kenyamanan, kedinginan dan keindahan sekeliling tempat itu.
Kami bertolak dengan diiringi oleh hujan yang mencurah sepanjang perjalanan tetapi Alhamdullillah setibanya disana, cuaca agak menyebelahi kami. Kami tidak melepaskan peluang untuk melawati dan menikmati keindahan Cameron Highlands. Hampir keseluruhan tempat menarik telah kami lawati termasuklah Gunung Brinchang dan Ladang Boh yang berliku-liku itu. Kami berada di sana selama 3 hari 2 malam dan cuacanya yang dingin, nyaman dan mempersonakan dapat kami nikmati dengan gembiranya. Apatah lagi kami dapat menikmati 'steamboat' yang terkenal di salah sebuah restoran di situ. Sesungguhnya keindahan dan kebesaran Allah itu tiada tandingannya. Yang paling seronok dan teruja adalah bibikku yang belum pernah berpeluang ke tempat-tempat sebegini di negaranya. Kelakar juga apabila melihat gelagatnya itu. Kami juga bernasib baik kerana tiada kejadian landslide di sini walaupun musim hujan. Alhamdulillah.
Sewaktu perjalanan balik kami tidak mengikut lebuhraya sebaliknya mengikut laluan kuala kubu, batang kali dan menaiki Genting Highlands dan mengikut Karak. Memenatkan tapi berbaloi kerana anak-anak gembira.

Tiada ulasan: