Telur adalah antara resepi saya ketika musim malas memasak dan nak cepat. Tapi anak-anak kalau nampak telur memang laju jer mereka makan tapi sebenarnya elok dikurangkan kerana nanti kolestrol akan tinggi.
Ini juga merupakan antara masakan saya yang lewat saya masukkan dalam entri kerana kesibukan bekerja dan urusan lain..
TELUR MASAK KICAP
Bahan-bahan:
4 - 5 biji telur - saya goreng mata kerbau
2 biji bawang besar- di hiris
2 tangkai cili merah - dihiris
2 ulas bawang putih - diketuk ajer...
1 inci halia - dihiris
sedikit daun sup
kicap manis
sedikit garam
sedikit lada sulah
Cara-cara:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan yang dihiris tadi.
2. Campurkan 3 sudu besar kicap manis, garam dan lada sulah.
3. Campurkan sedikit air dan biarkan mengelegak sebentar.
4. Angkat dan taburkan daun sup.
7 ulasan:
Tq 4 resepi..sy budak br blaja masak...xtaw senang jek cr buat..biasa brli kedai jek...huhu
Salam ukhwah..blogsenyumansihat.blogspot.com
Tq .. simple. Sdp sgt. Sy br nk bljr-ll masak.. huhuu thanks again
Tq... sesekali ubah selera makan menu simple mmg menyelerakan!
Memang mudah nak buat resepi ni...barang pun x banyak guna.
Thnks sis 😊
Tq resepi nyy
Tq share
Catat Ulasan