Assalamualaikum,
Selamat Hari Guru kepada semua guru di dunia termasuklah diri saya sendiri. Saya amat berbangga menjadi seorang guru dan akan terus menjadi pendidik sehingga akhir hayat. Saya juga amat menghargai jasa, ilmu dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh guru-guru saya sejak saya mula mengenal huruf sehingga berjaya di dalam kehidupan dan kerjaya saya dan seterusnya sehingga saya meninggalkan alam fana ini. Jasa seorang guru amat besar dan akan sentiasa di kenang.
Selamat Hari Guru juga kepada suami tersayang, Tuan Hj. Shahrin Bin Alias. Beliau adalah seorang suami, ayah dan guru yang terbaik bagi saya dan anak-anak. Terima kasih atas segala tunjukajar, ilmu, pedoman dan panduan yang diberikan kepada kami sekeluarga. Semoga kebahagian kekal menjadi hak dan milik kita sekeluarga.
Di kesempatan ini saya ingin berkongsi sebuah cerpen yang saya baca dari blog jomkenalislam yang menyentuh perasaan saya dan untuk renungan kita bersama....
Pengorbanan Seorang Insan Bergelar Guru..,Terima kasih Cikgu..,!!
Suasana indah dan berkabus mengiringi perjalanan Adam sejauh 3 km ke sekolahnya. Mohd Naufal Adam seorang pelajar tingkatan 6 atas. Tahun ini dia akan menduduki peperiksaan STPM. Kerana kesempitan hidup memaksanya berkorban dan bersusah payah demi mengejar cita-citanya. Setiap hari Adam akan dimarahi guru kerana terlewat. Belum lagi kelas tamat Adam telah ponteng kelas dan balik kerumah. Perbuatannya ini menimbulkan kemarahan setiap guru disekolahnya.
Ustaz Azhar adalah seorang guru pendidikan Islam dan guru disiplin sekolah. Ustaz Azhar kenal benar dengan perangai Adam, walaupun Ustaz akui dia seorang pelajar yang baik, pandai mengaji Al-Quran, boleh menjadi Imam, dan dapat menyiapkan setiap kerja sekolah yang diberikan tetapi mengapa dia berkelakuan sedemikian. Ustaz Azhar berazam untuk membantu Adam menyelesaikan apa sahaja masalah beliau. Ustaz Azhar yang berada di dalam keretanya perlahan-lahan mengekori Adam yang berjalan kaki pulang ke rumah. Ustaz Azhar terkejut kerana Adam berjalan pulang kerumah sejauh 30 minit kesekolah adiknya dan 30 minit lagi ke rumahnya..
Sebelum sampai kerumah Adam singgah di sekolah rendah untuk mengambil adiknya dan mereka akan berjalan bersama-sama meredah terik matahari petang dan hujan kerana tinggal jauh di pedalaman. Kadang kala Adam akan mendokong adiknya yang baru darjah dua dibelakangnya manakala beg sekolahnya pula akan digantung dihadapan. Menitik air mata Ustaz Azhar melihat kelibat dua beradik itu dari jauh. Terasa sedih dihatinya melihat kesengsaraan Adam yang kuat menempuhi hidupnya yang sedemikian rupa.
Keesokkan harinya sewaktu di kelas Ustaz Azhar memanggil Adam, "Adam, petang ini setelah tamat persekolahan saya akan hantarkan kamu pulang..kamu tunggu saya di kereta ya.." "Tapi Ustaz…. Tidak mengapalah..saya boleh pulang sendiri.. kenapa pula Ustaz hendak menghantar saya pulang? Soal Adam terketar-ketar. "kenapa… salah ke seorang guru menghantar anak muridnya pulang..lagipun Adam, kebetulan saya lalu jalan itu hari ini.." jawab Ustaz Azhar tegas. "Baik..Ustaz". Jawab Adam sayu.
Tiba-tiba sewaktu didalam kereta Adam menangis, Ustaz Azhar terkejut lalu memberhentikan kenderaannya. " Eh! Kenapa dengan kamu ni Adam..kenapa kamu menangis..cakaplah dengan saya..jangan malu-malu kalau kamu ada masalah..cakap Adam..cakap". Kata Ustaz Azhar menunjukkan simpatinya. "Setiap hari pada waktu rehat saya akan bekerja di kantin sekolah untuk mendapatkan dua bungkus nasi dan dua ketul kuih. Satu nasi untuk ibu saya dan satu lagi untuk adik saya". Kata Adam sambil mengelap air matanya.
------------------
"kalau begitu?....kamu makan apa Adam..? soal Ustaz Azhar kehairanan. Adam tersenyum sambil menjawab "untuk saya…beberapa ketul kuih sudah memadai ustaz..". "Kerana itu saya pulang awal setiap hari untuk menjemput adik saya..satu hari tanpa makanan…dia mesti lapar Ustaz..". sambung Adam lagi melihat gurunya itu tekun mendengar masalah yang ditanggungnya.
Tangisan Adam sudah terhenti..namun air mata lelaki Ustaz Azhar pula membasahi di pipi.. "Maafkan saya Adam. Saya tidak berniat untuk buat awak bersedih, dan saya tidak sangka kehidupan awak begitu daif sekali. "Adam….izinkanlah saya membantu awak Adam..pihak sekolah juga akan membantu awak dalam masalah ini. Awak jangan risau lagi..Cuma berjanjilah Adam..belajar rajin dan bersungguh-sungguh demi STPM awak ini.
Saya janji saya akan menolong awak". Kata Ustaz Azhar sambil memeluk bahu Adam. Adam menganggukkan kepalanya tanda setuju. Mungkin sudah tiba masa dia berkongsi masalahnya dengan insan lain supaya tidak menanggung beban yang berat sendiri. Sekurang-kurangnya masalahnya tidak membebani otaknya yang akan bertempur demi cita-citanya.
Bangun pagi seawal jam 5 Adam bersiap-siap untuk kesekolah, buka sahaja pintu rumahnya yang uzur itu Adam ternganga kehairanan. Sebuah basikal baru siap berikat reben terletak dihadapan rumahnya. Adam dengan perasaan ingin tahu terus mendapatkan basikal tersebut dan di reben itu terletak sekeping nota.. " Assalamualaikum, Adam..belajar bersungguh-sungguh ..saya sentiasa menyokong kamu". Adam tersenyum dia tahu pemberian itu dari Ustaz Azhar. Adam begitu gembira sekali menghantar adiknya kesekolah dan memecut laju ke sekolahnya. Dalam hatinya tidak sabar-sabar hendak berjumpa dengan Ustaz Azhar untuk mengucapkan terima kasihnya kepada beliau.
Setelah puas Adam mencari di satu sekolah namun Ustaz Azhar tidak juga ditemuinya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk ke Bilik Guru. Adam dimaklumkan bahawa Cikgu Azhar terlibat dalam kemalangan sejurus dia keluar dari simpang rumah Adam setelah dia menghantar basikal hadiah pemberiannya kepada Adam. Seperti tahu dia akan pergi, Ustaz Azhar telah meninggalkan pesan kepada guru besar agar memberikan duit belanja pada setiap bulan sebanyak 200 ringgit buat Adam dan adiknya. Duit itu adalah hadiah yang paling bermakna buat Adam sehingga dia menamatkan persekolahan tingkatan 6. Akhirnya Adam berjaya. Alhamdullillah, jasa Ustaz Azhar tidak sia-sia.
Adam mengelap air mata yang jatuh berguguran dan tersenyum "setiap kali perhimpunan kamu akan mendengar cerita yang sama pada setiap pagi sebelum ini ..pasti kamu semua dah bosan mendengarnya.." kata Adam cuba menyembunyikan lagi air matanya yang berguguran. Adam mendengar tepukan yang kuat sekali dari semua murid-murid sekolahnya itu. Salah seorang murid bersuara "Tidak Cikgu, kami tidak pernah bosan mendengarnya.. kami pun ingin menjadi seperti cikgu.. cikgu seorang yang bersemangat kental..kami bangga dengan cikgu.." kata murid-muridnya.
Mohd Naufal Adam kini adalah Guru Besar di sekolah tempat dia bersekolah dahulu. "saya tidak pernah sempat untuk mengucapkan terima kasih pada Ustaz Azhar…saya masih lagi kecewa sehingga kini.." kata Adam sayu ketika itu dia sedang memberi ucapan sempena perasmian Hari Guru di sekolahnya. Wakil pelajar bersuara.
"Sebenarnya kami semua yang patut berterima kasih kepada guru Cikgu Adam. Kerananya Cikgu ada disini disamping kami dan membantu kami semua untuk berjaya. Ustaz Azhar..terima kasih..Cikgu Adam terima kasih, juga kepada semua guru-guru..terima kasih.. terima kasih di atas segala-galanya. Pengorbanan dan jasamu tiada galang gantinya. Sebelum semua murid-murid menyerahkan bunga mawar merah kepada guru-guru tercinta.
Terima kasih Cikgu, kenangan terindah bersamamu..,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan