AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Ahad, 19 Mei 2013

TAUHU SUMBAT


Memang sejak kebelakangan ni jarang dapat update entri...so bila buka semula folder foto masakan saya rupanya masih banyak yang belum saya share.. Ini adalah antara masakan yang saya nak share dan menjadi kegemaran kami sekeluarga especially sewaktu bulan Ramadhan.

TAUHU SUMBAT

Bahan-bahan
5 keping tauhu kuning - saya goreng seketika
karot secukupnya - dihiris halus
taugeh secukupnya
timun - dihiris halus

Kuah
5 tangkai cili merah - dibuang biji dan dibelah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar gula
sedikit garam
2 sudu besar cili sos
----Campurkan semua bahan kuah dan dikisar. Setelah itu dimasak seketika atas api perlahan.

1. Tauhu yang telah digoreng tadi dipotong dua menyerong dan dibelah tengahnya.
2. Gaulkan sayur-sayuran yang dihiris tadi bersama taugeh dan campurkan secubit garam.
3. Letakkan inti di bahagian yang dibelah.
4. Tuangkan sedikit kuah yang dibuat tadi apabila nak makan. Enjoy.

Khamis, 16 Mei 2013

SELAMAT HARI GURU



Assalamualaikum,


     Selamat Hari Guru kepada semua guru di dunia termasuklah diri saya sendiri. Saya amat berbangga menjadi seorang guru dan akan terus menjadi pendidik sehingga akhir hayat. Saya juga amat menghargai jasa, ilmu dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh guru-guru saya sejak saya mula mengenal huruf sehingga berjaya di dalam kehidupan dan kerjaya saya dan seterusnya sehingga saya meninggalkan alam fana ini. Jasa seorang guru amat besar dan akan sentiasa di kenang. 

    Selamat Hari Guru juga kepada suami tersayang, Tuan Hj. Shahrin Bin Alias. Beliau adalah seorang suami, ayah dan guru yang terbaik bagi saya dan anak-anak. Terima kasih atas segala tunjukajar, ilmu, pedoman dan panduan yang diberikan kepada kami sekeluarga. Semoga kebahagian kekal menjadi hak dan milik kita sekeluarga. 

     Di kesempatan ini saya ingin berkongsi sebuah cerpen yang saya baca dari blog jomkenalislam yang menyentuh perasaan saya dan untuk renungan kita bersama....

Pengorbanan Seorang Insan Bergelar Guru..,Terima kasih Cikgu..,!!




 Suasana indah dan berkabus mengiringi perjalanan Adam sejauh 3 km ke sekolahnya. Mohd Naufal Adam seorang pelajar tingkatan 6 atas. Tahun ini dia akan menduduki peperiksaan STPM. Kerana kesempitan hidup memaksanya berkorban dan bersusah payah demi mengejar cita-citanya. Setiap hari Adam akan dimarahi guru kerana terlewat. Belum lagi kelas tamat Adam telah ponteng kelas dan balik kerumah. Perbuatannya ini menimbulkan kemarahan setiap guru disekolahnya.


 Ustaz Azhar adalah seorang guru pendidikan Islam dan guru disiplin sekolah. Ustaz Azhar kenal benar dengan perangai Adam, walaupun Ustaz akui dia seorang pelajar yang baik, pandai mengaji Al-Quran, boleh menjadi Imam, dan dapat menyiapkan setiap kerja sekolah yang diberikan tetapi mengapa dia berkelakuan sedemikian. Ustaz Azhar berazam untuk membantu Adam menyelesaikan apa sahaja masalah beliau. Ustaz Azhar yang berada di dalam keretanya perlahan-lahan mengekori Adam yang berjalan kaki pulang ke rumah. Ustaz Azhar terkejut kerana Adam berjalan pulang kerumah sejauh 30 minit kesekolah adiknya dan 30 minit lagi ke rumahnya..



 Sebelum sampai kerumah Adam singgah di sekolah rendah untuk mengambil adiknya dan mereka akan berjalan bersama-sama meredah terik matahari petang dan hujan kerana tinggal jauh di pedalaman. Kadang kala Adam akan mendokong adiknya yang baru darjah dua dibelakangnya manakala beg sekolahnya pula akan digantung dihadapan. Menitik air mata Ustaz Azhar melihat kelibat dua beradik itu dari jauh. Terasa sedih dihatinya melihat kesengsaraan Adam yang kuat menempuhi hidupnya yang sedemikian rupa.



 Keesokkan harinya sewaktu di kelas Ustaz Azhar memanggil Adam, "Adam, petang ini setelah tamat persekolahan saya akan hantarkan kamu pulang..kamu tunggu saya di kereta ya.." "Tapi Ustaz…. Tidak mengapalah..saya boleh pulang sendiri.. kenapa pula Ustaz hendak menghantar saya pulang? Soal Adam terketar-ketar. "kenapa… salah ke seorang guru menghantar anak muridnya pulang..lagipun Adam, kebetulan saya lalu jalan itu hari ini.." jawab Ustaz Azhar tegas. "Baik..Ustaz". Jawab Adam sayu.



 Tiba-tiba sewaktu didalam kereta Adam menangis, Ustaz Azhar terkejut lalu memberhentikan kenderaannya. " Eh! Kenapa dengan kamu ni Adam..kenapa kamu menangis..cakaplah dengan saya..jangan malu-malu kalau kamu ada masalah..cakap Adam..cakap". Kata Ustaz Azhar menunjukkan simpatinya. "Setiap hari pada waktu rehat saya akan bekerja di kantin sekolah untuk mendapatkan dua bungkus nasi dan dua ketul kuih. Satu nasi untuk ibu saya dan satu lagi untuk adik saya". Kata Adam sambil mengelap air matanya.



------------------



"kalau begitu?....kamu makan apa Adam..? soal Ustaz Azhar kehairanan. Adam tersenyum sambil menjawab "untuk saya…beberapa ketul kuih sudah memadai ustaz..". "Kerana itu saya pulang awal setiap hari untuk menjemput adik saya..satu hari tanpa makanan…dia mesti lapar Ustaz..". sambung Adam lagi melihat gurunya itu tekun mendengar masalah yang ditanggungnya.



 Tangisan Adam sudah terhenti..namun air mata lelaki Ustaz Azhar pula membasahi di pipi.. "Maafkan saya Adam. Saya tidak berniat untuk buat awak bersedih, dan saya tidak sangka kehidupan awak begitu daif sekali. "Adam….izinkanlah saya membantu awak Adam..pihak sekolah juga akan membantu awak dalam masalah ini. Awak jangan risau lagi..Cuma berjanjilah Adam..belajar rajin dan bersungguh-sungguh demi STPM awak ini.



 Saya janji saya akan menolong awak". Kata Ustaz Azhar sambil memeluk bahu Adam. Adam menganggukkan kepalanya tanda setuju. Mungkin sudah tiba masa dia berkongsi masalahnya dengan insan lain supaya tidak menanggung beban yang berat sendiri. Sekurang-kurangnya masalahnya tidak membebani otaknya yang akan bertempur demi cita-citanya.




 Bangun pagi seawal jam 5 Adam bersiap-siap untuk kesekolah, buka sahaja pintu rumahnya yang uzur itu Adam ternganga kehairanan. Sebuah basikal baru siap berikat reben terletak dihadapan rumahnya. Adam dengan perasaan ingin tahu terus mendapatkan basikal tersebut dan di reben itu terletak sekeping nota.. " Assalamualaikum, Adam..belajar bersungguh-sungguh ..saya sentiasa menyokong kamu". Adam tersenyum dia tahu pemberian itu dari Ustaz Azhar. Adam begitu gembira sekali menghantar adiknya kesekolah dan memecut laju ke sekolahnya. Dalam hatinya tidak sabar-sabar hendak berjumpa dengan Ustaz Azhar untuk mengucapkan terima kasihnya kepada beliau.



 Setelah puas Adam mencari di satu sekolah namun Ustaz Azhar tidak juga ditemuinya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk ke Bilik Guru. Adam dimaklumkan bahawa Cikgu Azhar terlibat dalam kemalangan sejurus dia keluar dari simpang rumah Adam setelah dia menghantar basikal hadiah pemberiannya kepada Adam. Seperti tahu dia akan pergi, Ustaz Azhar telah meninggalkan pesan kepada guru besar agar memberikan duit belanja pada setiap bulan sebanyak 200 ringgit buat Adam dan adiknya. Duit itu adalah hadiah yang paling bermakna buat Adam sehingga dia menamatkan persekolahan tingkatan 6. Akhirnya Adam berjaya. Alhamdullillah, jasa Ustaz Azhar tidak sia-sia.



 Adam mengelap air mata yang jatuh berguguran dan tersenyum "setiap kali perhimpunan kamu akan mendengar cerita yang sama pada setiap pagi sebelum ini ..pasti kamu semua dah bosan mendengarnya.." kata Adam cuba menyembunyikan lagi air matanya yang berguguran. Adam mendengar tepukan yang kuat sekali dari semua murid-murid sekolahnya itu. Salah seorang murid bersuara "Tidak Cikgu, kami tidak pernah bosan mendengarnya.. kami pun ingin menjadi seperti cikgu.. cikgu seorang yang bersemangat kental..kami bangga dengan cikgu.." kata murid-muridnya.



 Mohd Naufal Adam kini adalah Guru Besar di sekolah tempat dia bersekolah dahulu. "saya tidak pernah sempat untuk mengucapkan terima kasih pada Ustaz Azhar…saya masih lagi kecewa sehingga kini.." kata Adam sayu ketika itu dia sedang memberi ucapan sempena perasmian Hari Guru di sekolahnya. Wakil pelajar bersuara.



 "Sebenarnya kami semua yang patut berterima kasih kepada guru Cikgu Adam. Kerananya Cikgu ada disini disamping kami dan membantu kami semua untuk berjaya. Ustaz Azhar..terima kasih..Cikgu Adam terima kasih, juga kepada semua guru-guru..terima kasih.. terima kasih di atas segala-galanya. Pengorbanan dan jasamu tiada galang gantinya. Sebelum semua murid-murid menyerahkan bunga mawar merah kepada guru-guru tercinta.


Terima kasih Cikgu, kenangan terindah bersamamu..,

Sabtu, 11 Mei 2013

SELAMAT HARI IBU



Assalamualaikum kepada semua Ibu-ibu di seluruh dunia.




Pagi-pagi lagi dah dapat ucapan Selamat Hari Ibu dari anak-anak saya walaupun saya berada jauh di Melaka menghadiri kursus pada hujung minggu ini. Terima kasih anak-anakkku yang sangat saya sayangi dan kasihi. Semoga anak-anak ibu akan menjadi insan yang cemerlang dalam apa jua yang dilakukan dan ibu akan sentiasa menyayangi anak-anak ibu sehingga ke akhir hayat. Sesungguhnya  ayah dan ibu bangga mempunyai anak-anak seperti anda semua. Terima kasih anak-anak ibu Danial, Nabila, Haziq dan Hazim...Love you all very much


Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu dan semoga menjadi ibu yang lebih cemerlang dan berjaya mendidik anak-anak menjadi orang-orang yang soleh dan solehah. Saya juga turut ingin berkongsi kelebihan menjadi seorang ibu...

10 Kelebihan:

1. 2 rakaat wanita hamil lebih baik dari 80 wanita yang tak hamil

2. wanita hamil dapat pahala puasa disiang hari dan pahala ibadat 


   dimalam hari

3. wanita yang bersalin dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan

  
    setiap kesakitan pada satu uratnya dapat satu pahala haji

4. satu titik susu yang disusukan kepada anak itu dikira satu pahala


5. wanita yang memberi susu badan pada anaknya yang menangis,


    allah beri satu tahun pahala solat dan puasa

6. wanita yang menyusu anaknya sehingga tempoh 2 tahun, maka 

   
     syurga wajib untuknya

7. seorang ibu yang tidak selesa tidur malam kerana menjaga 


    anaknya yang sakit mendapat pahala seperti membebaskan 20 

    orang hamba

8. seorang ibu yang tidak cukup tidur malam kerana menjaga


     anaknya yang sakit akan diampunkan seluruh dosanya

9. bila dia hiburkan hati anaknya allah beri 12 tahun pahala


10. apabila seorang wanita membasuh pakaian suaminya maka allah 


      mencatat baginya 1000 kebaikan dan diampunkan 2000 
   
      kesalahan dan setiap yang disinari matahari akan memohon 

      ampun baginya dan allah mengangkat 1000 darjat

Khamis, 2 Mei 2013

CEKODOK PISANG


Kuih ni pun dah lama juga saya masak cuma tak sempat nak masuk entri ni dan ada banyak juga lagi masakan yang telah saya masak dan cuba masih belum dimasukkan untuk dishare. Nantilah ye.,..bila ada masa saya akan masukkan juga.

Kali ni nak share pula Cekodok Pisang yang saya buat. Kadang-kadang bila buatnya tu tak menjadi...lembiklah...berminyaklah...but kali ni Alhamdulillah menjadi pulak. Resepinya pun mudah dan cepat aje...

Cekodok Pisang

Bahan-bahan:
5 biji pisang emas - dilecek
1/2 cawan gula 
1 cawan tepung gandum (nak kurang or nak lebih pun boleh)
1 sudu teh soda bikarbonat
secubit garam
minyak untuk mengoreng

Cara-cara:
1. Gaulkan semua bahan di dalam mangkuk hingga sebati kecuali 
     minyak.
2. Panaskan minyak dan apabila cukup panas, sudukan adunan
    cekodok tadi.
3. Gorenglah sehingga masak.
4. Sedap dimakan panas-panas bersama air kopi.

Rabu, 1 Mei 2013

LEMPENG



Lempeng adalah antara juadah yang adik beradik saya suka semasa kami kecil. Macam-macam jenis lempeng yang ibu saya buat untuk kami, lempeng pisang, lempeng tepung dan lainnya. So, apabila kehabisan idea untuk membuat hidangan sarapan...saya pun menghidangkan lempeng tepung yang dimakan bersama sambal tumis ikan bilis. Fuhh...memang best. Angkat saja dari kuali, letak dalam pinggan....pusing aje...dah hialng. Sekali-sekali memang bestkan. Bolehlah ubah selera..jika sebelum ini selalu buat pancake aje untuk anak-anak.

Lempeng

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
sedikit garam
air secukupnya

1. Bancuh tepung gandum bersama garam dengan air sehingga mendapat kepekatan yang dikehendaki.
2. Panaskan non-stick pan.
3. Tuang satu senduk adunan dan ratakan dengan mengelek-gelekkan non-stick pan itu.
4. Apabila dah masak. Angkat dan hidangkan.
5. Sedap dimakan panas-panas.

* Jika nak sedap boleh ditambah kelapa atau pisang.