AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Khamis, 16 Julai 2009

Ketentuan Ilahi...



Rabu 15 julai 2009, saya, sheeda dan kak yatie rahman telah ke ipk untuk menghantar kertas projek kami. Teringat juga zaman buat first degree dulu. Thesis pun kena buat juga dan masih lagi disimpan rapi sebagai kenangan dan tanda usaha keras selama 4 tahun di UPM.


Kali ni buat lagi kertas projek tapi berlainan pula bidangnya. Tak pelah.. apa-apa pun semuanya telah selesai dan hanya menunggu masa untuk konvokesyen pada Ogos ni. Hai... naik pentas berdualah nampaknya kali ni. Berita yang tidak kusangka. Mengejutkan juga tapi mengembirakan seisi keluarga. Yang sedihnya pulak...perjalanan untuk ke Tanah Suci pada tahun ini terpaksa ditangguhkan kerana tidak mendapat kebenaran dari Lembaga Tabung Haji. Tiga suntikan (meningitis, penumococcal dan H1N1) yang akan diambil nanti membahayakan diri saya dan si kecil... so tahun depanlah nampaknya. Sedih betul sebab semua kursus, ujian, latihan amali tawaf, saie dan melontar serta kursus intensif telah selesai dilalui. Ingatkan boleh bawa sekali supaya dapat 'haji kecil'. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Doa suami untuk mendapatkan seorang zuriat lagi di depan kaabah lalu telah termakbul. Allah lebih mengetahui. Kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan.

Percutian ke Bukit Merah Lake Town Resort







Pada mulanya membaca akhbar Metro, tiba-tiba ternampak iklan pertukaran keratan akhbar dengan tiket memasuki Bukit Merah Lake Town Resort. Anak-anak memujuk saya dan suami untuk mengumpul dan menebus tiket nanti. Suami yang sememangnya mempunyai hobi melancong telah bersetuju. Kami sekeluarga mengumpul dan menebus 6 tiket di pejabat NSTP Jalan Riong, Bangsar. Berbaloi juga coz kos membeli akhbar ialah RM45. If nak ikut harga tiket sebenar bagi 6 orang ialah RM 43 x 6 = RM 258. Fuh... suka benar anak-anak.
Pada petang Jumaat 10 July kami pun bergerak ke Bukit Merah bermula jam 5 petang dan tiba ke destinasi pada jam 9.30 malam. Kami telah menginap di Suria Apartment untuk dua malam. Pada keesokannya pagi-pagi selepas bersarapan di hotel kami terus ke Taman tema air. Seronoknya anak-anak tak terkira. Saya hanya menjadi pemerhati dan sekali-sekala menasihati anak-anak agar berhati-hati walaupun kesemua mereka tahu berenang (sempat dihantar ke kelas renang selama 5 bulan).

Sewaktu perjalanan balik kami telah singgah di Kuala Kangsar melawat sekitar bandar di raja Perak. Penat betul perjalanannya. Kami sampai di Serting lebih kurang jam 10 malam.

Rabu, 8 Julai 2009

Langkah awal ke arah perubahan




Sehingga semalam, telah hampir seminggu saya berada di sekolah, tapi masih belum ada jadual waktu. Tak pelah, nilah masanya untuk saya membuat tinjauan. "Cikgu nanti ambil alih tugas ketua bidang ye..nanti kita rombak jadual waktu" kata PK1. Di sekolah ini hanya terdapat 5 orang guru DG 44 (PK1, PK HEM, PK KO, Ketua Bidang Sains Matematik dan saya sendiri) , pengetua DG 48, yang lainnya seramai 36 guru gred DG 41 dan 12 orang guru GSTT. Saya pun meneliti fail Bidang dan program BI. Banyak yang perlu dikemaskini dan ditambahbaik. Maklumlah sebelum ini Ketua Pantianya ialah GSTT. Langkah pertama yang diambil ialah untuk mengadakan Program Learn A Word A Day. Semalam satu hari memikirkan perkataan untuk dimulakan dan anak saya membantu dalam menyediakan bahan-bahan untuk program ini. Taklah menarik dan kreatif sangat tapi rasanya memadai untuk permulaan. Saya amat berharap agar program ini berjalan dengan jayanya. Seterusnya ialah menyiapkan carta organisasi bidang bahasa yang perlu ditampal di papan kenyataan. Memang papan kenyataan untuk bidang masih kosong tetapi bagi persatuan bahasa inggeris amat menarik dan kreatif. Tak pelah...pelan-pelan kita cuba bawa perubahan nanti Insya Allah dengan izin Tuhan Yang Maha Esa kita akan berjaya. Guru-guru dalam Bidang Bahasa ni pun peramah dan rajin nampaknya. Maklumlah semuanya muda-muda dan sayalah yang kedua tua selepas seorang guru lelaki Bahasa Melayu tu. Terasa betul diri dah tua kat sekolah ni. Lepas tu terus kemas dan hiaskan meja pula. Mana yang mampu jelah. Tak larat. Anyway i hope i can help whatever i can to improve the school and my department.



Lagi satu yang agak lucu juga ialah disebabkan pelajar-pelajarnya ramai dari kaum cina maka saya pun telah membeli sebuah kamus perbualan Bahasa Cina. Ini adalah antara strategi saya untuk lebih mendekati pelajar dan agar saya boleh memahami apa yang dikata oleh pelajar walaupun sedikit. Antaranya ialah:-


malas - lan

masuk - rukou

bangun - qishen










Isnin, 6 Julai 2009

Perhimpunan Pertama

Jam 7.15 pagi saya telah berada di sekolah. Setelah 'key in' saya pun segera ke tapak perhimpunan. Eeh..mana pelajar2 dan guru2 ni? kata saya dalam hati. Saya menghampiri seorang pengawas dan bertanyakan kepadanya dan jawapannya ialah perhimpunan mula 7.30 cikgu. Oh ye ke...Mungkin disebabkan sudah terbiasa dengan perhimpunan seawal 7.20 di sekolah lama kot. Tak pelah.. saya lihat ramai pelajar yang 'hanging around' kat koridor dan sekitar sekolah. Hai.. camne ni. Apa patut dibuat?
Saya dihampiri oleh seorang guru dan beliau berkata "eh.. awalnya akak sampai, kita kat sini 7.40 baru guru-guru datang". "Tak pe.. akak dah biasa" saya membalas. Waduh...waduh...gamat gini. Sepatutnya perhimpunan dah bermula ni. Apa kan daya, saya ni cikgu baru...so saya memerhati dahulu. Apabila perhimpunan bermula lagi satu kejutan buat saya, hanya dua lagu saja dinyanyikan..Negaraku dan Lagu Negeri. Eh..mana lagu sekolah ni. Saya pun berpaling dan bertanya guru di belakang saya.. Sekolah ni tak de lagu sekolah kak. Oh gitu ke...takpelah.
Setelah selesai perhimpunan guru-guru diarah ke Bilik Gerakan. Sedikit taklimat dari pengetua berkenaan H1N1 telah diberikan. Semua guru digesa mengambil langkah berjaga-jaga. Kemudian makluman tentang perkhemahan perdana. Saya pun dah mendapat tugasan juga.
Sehari di sekolah saya sempat mengedit kertas projek sebelum dihantar binding. Boring juga coz jadual belum dapat dan relief pun tak de, so satu hari duduk ngadap komputer je dan baca Reader Digest yang dipinjam di Pusat Sumber. Sebelum pulang saya sempat menegur beberapa orang pelajar lelaki yang berjalan dengan bajunya dikeluarkan (tidak dituck in) Mereka akur dan mendengar kata juga. Esok...camne ye? Semoga saya akan terus tabah.

Sabtu, 4 Julai 2009

Ke Sekolah Semula

Pada Khamis 2 Julai yang lalu saya telah pun berada di Unit Sekolah Menengah JPN untuk posting semula. Sekolah yang dijanjikan kepada saya pada minggu sebelumnya ialah sekolah asal. Pagi itu, memang saya ditempatkan semula ke sekolah asal, bukan main gembira lagi hati. Sambil menunggu siap surat diuruskan oleh kerani, saya dipanggil semula oleh pegawai berkenaan dan beliau menyatakan yang saya diarahkan ke sekolah baru dalam daerah yang sama. Ha...encik saya nak sekolah asal boleh tak? Tak pe cikgu, cikgu pergi sekolah baru ni dulu ye dalam dua tiga bulan. Sekolah ni tak de Ketua Bidang Bahasa dan guru BI hanya seorang sahaja. Alamak... patah semangat den. Oleh kerana, tidak mahu dianggap engkar perintah maka saya pun kata oklah. Think positive , i said to myself.

Dalam perjalanan balik, pengetua lama talipon dari IAB. Beliau berkursus katanya. Terkejut beliau apabila saya menjelaskan yang saya telah ditempat di sekolah baru. Beliau kata tak pe, datang sekolah lama dulu, esok tunggu sehingga dia talipon baru gi lapor diri. Beliau akan uruskan saya untuk ke sekolah lama semula. Hai... poning den.

Esoknya pagi2 lagi dah gi sekolah lama. Kawan-kawan ingatkan saya datang nak lapor diri. Setelah dijelaskan baru mereka faham situasinyaa. Pengetua dan PK HEM dua tiga kali menalipon PPD dan JPN menguruskan agar saya dikembalikan ke sekolah lama. Saya pun tunggulah hingga pukul 10 pagi. Pengetua kata pegawai PPD suruh saya tetap lapor dulu di sekolah baru, nanti tengok macam mana. Ok lah tu.

Saya pun ke sekolah baru yang hanya 10 minit dari rumah. Memang kebanyakkan gurunya telah saya kenali. Pengetua pun saya kenal kerana pernah berurusan dengan beliau dahulu (saya Penyelia kawasan ULBS dan pernah menyampaikan ceramah teknik menjawab soalan SPM). Pabila berjumpa pengetua, beliau jelaskan tentang situasi sekolah sedikit sebanyak dan memohon agar saya boleh membantu apa yang perlu untuk penambahbaikan sekolah. Terkejut juga apabila beliau menyebut perkataan Penambahbaikan sekolah. Pengetua juga memang menunjukkan sikap positif terhadap kursus NPQH kerana menurutnya sewaktu beliau mula memegang jawatan pengetua, tiada pendedahan sebegini untuk memimpin. Oklah tu...cabaran buat saya ni.

Saya dapati pelajar-pelajar pun ok jugalah walaupun jauh bezanya dengan pelajar-pelajar sekolah lama saya. Tak pe....saya rasa semua sekolah pun sama, pokok pangkalnya kita sendiri. Saya akan cuba lakukan yang terbaik dan semoga berjaya. Memang sekolah baru ini memerlukan banyak perubahan dan penambahbaikan. Yang penting ingatlah pesan Dato' Hussien dan Dr Chua agar kita jangan tunjuk pandai, jangan meminta-minta dan berlagak.

Kepada rakan-rakan seangkatan, selamat bertugas dan berjuang untuk mendidik anak bangsa. Anggaplah apa juga kesulitan dan permasalahan sebagai cabaran untuk lebih matang.