AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Jumaat, 26 Jun 2009

What makes a Great Teacher?


Masa dan ketika untuk kembali ke sekolah semakin hampir. Untuk menjadikan diri sendiri lebih bermotivasi maka beberapa panduan telah ditemui tentang bagaimana untuk menjadi guru yang lebih hebat. Dah lama sebenarnya tidak memuhasabah diri tentang ciri-ciri seorang guru yang baik.

WHAT MAKES A GREAT TEACHER ?
• Enthuse students
• Treat students as individuals
• Know the subject
• Be loving and warm
• Teach for learning
• Empathize with students
• Relate to parents and wider community
• Be firm, fair and flexible
• Be organized
• Prepare students for life
• Manage the classroom
• Have high self-esteem
• Have a sense of humour
• Be a total person with a full life outside school
• Take risks

Tertanya-tanya juga saya pada diri sendiri, Adakah aku yang telah 14 tahun menjadi guru ini mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan? Entahlah... terasa banyak sekali kekurangan pada diri ini. Bagaimana agaknya ingin menjadi guru cemerlang bukan sekadar gelaran 'guru cemerlang' yang dianugerahkan oleh KPM tetapi seorang guru yang cemerlang dalam pelbagai aspek ..'jiwa', 'nilai', 'rohani', 'intelek' dan lain-lain lagi. Itulah yang perlu dicari dan digali agar setiap ilmu yang dititipkan kepada anak bangsa menjadi sesuatu harta yang tak ternilai dan dihargai oleh mereka. Guru kini tidaklah seperti guru di masa zaman dulu-dulu. Jika dulu, guru sangat dihormati dan dipuji tetapi kini....macam-macam ada. Fikir-fikirkanlah semoga kita yang bergelar guru mampu menjadi guru yang cemerlang. Berbanggalah anda menjadi seorang guru.

"Guru umpama lilin yang membakar diri sendiri untuk menerangi kehidupan orang lain"

2 ulasan:

Pakwar berkata...

terima kasih atas perkongsian... semoga kita semua akan terus berkongsi apa sahaja yang berguna sebagai pendidik.

Yati Wahab berkata...

kata ada berita gembira ...dapat tawaran jadi PK HEM... alhamdulillah ....guru yang baik akan diberi kepercayaaan untuk membimbing rakan guru lain agar dapat menjadi guru yang berkesan kepada pembelajaran murid.