AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.
AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.
DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.
Selasa, 9 Julai 2013
Rabu, 3 Julai 2013
TELUR MASAK KICAP
Telur adalah antara resepi saya ketika musim malas memasak dan nak cepat. Tapi anak-anak kalau nampak telur memang laju jer mereka makan tapi sebenarnya elok dikurangkan kerana nanti kolestrol akan tinggi.
Ini juga merupakan antara masakan saya yang lewat saya masukkan dalam entri kerana kesibukan bekerja dan urusan lain..
TELUR MASAK KICAP
Bahan-bahan:
4 - 5 biji telur - saya goreng mata kerbau
2 biji bawang besar- di hiris
2 tangkai cili merah - dihiris
2 ulas bawang putih - diketuk ajer...
1 inci halia - dihiris
sedikit daun sup
kicap manis
sedikit garam
sedikit lada sulah
Cara-cara:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan yang dihiris tadi.
2. Campurkan 3 sudu besar kicap manis, garam dan lada sulah.
3. Campurkan sedikit air dan biarkan mengelegak sebentar.
4. Angkat dan taburkan daun sup.
Selasa, 2 Julai 2013
KEK KURMA
Kek Kurma ni saya buat dah lama cuma baru kali ni dapat dimasukkan ke dalam entri saya. Bila tengok masih banyak kurma dalam fridge saya pun cubalah buat kek kurma yang simple ni. Cuma blender semua bahan-bahannya. Sedap dan manis. Jom layan resepinya...
Bahan-bahan yang diperlukan sangat mudah.
1 cawan kurma - saya cincang dadu
1 cawan gula pasir
4 biji telur
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak masak/jagung
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
Cara:
1. Blender telur dan gula
2. Masukkan esen vanilla dan kurma
3. Campurkan tepung, baking powder, soda dan minyak
4. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 45 minit.
Saya bakar dalam foil ni aje senangkan...
Jemput makan....
Isnin, 1 Julai 2013
VADEI RANGUP
Saya memang dah lama teringin nak buat kuih vadei ni. Setiap kali balik kampung dan apabila kami ke Pasar Malam di Tampin saya pasti membeli kuih vadei ni yang memang sedap dan rangup. Cari punya cari resepi dari dapur Madiha ni yang saya jumpa dan memang kuih vadei ni sedap dan rangup. Tq Madiha for sharing the recipe. Bila dah masak, letak aje atas meja.....sekejap je selamat.....
KUIH VADEI
Bahan-bahan:
300 gram kacang dhal
1 biji bawang besar - didadu
1 tangkai cili hijau - dihiris
1/2 sudu kecil jintan manis
1 tangkai daun kari
sedikit garam
Cara:
1. Kacang dhal direndam selama lebih kurang 4 jam.
2. Tapis dan kisar 3/4 dari kacang dhal tadi dalam blender kering.
3. Campurkan semua bahan-bahan lain.
4. Basahkan tapak tangan dan letakkan 1 sudu besar adunan dan leper-leperkan.
5. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak.
Langgan:
Catatan (Atom)