AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Selasa, 26 Mei 2009

Tanhniah NPQH sm1-kohort 11

Tahniah buat semua rakan-rakan dari NPQH SM1- Kohort 11.

Esok adalah hari yang amat memberi erti kepada saya dan rakan-rakan kerana esok kami akan dianugerahkan dengan Sijil dan Diploma setelah hampir satu tahun menimba ilmu di pergunungan yang dingin dan nyaman. Kekentalan dan kejituan semangat rakan-rakan memang saya tabik, sanggup berulang-ulang alik dari negeri masing-masing ke IAB hampir setiap minggu. Walaupun sesibuk mana tanggungjawab dan kasih sayang kepada keluarga tetap tidak ditinggalkan dan diabaikan.

Tahniah kerana setiap pengorbanan yang dilakukan mendapat ganjaran yang sewajarnya dan selebihnya adalah dari Maha Pencipta. Semoga apa yang dipelajari dan dikongsi bersama rakan-rakan dan pensyarah boleh dijadikan amalan dan panduan yang berguna kelak di masa hadapan. Tidak kiralah menjadi pengetua atau tidak, menjadi pemimpin sudah semestinya kerana setiap dari kita ini sememangnya seorang pemimpin. Pemimpin kepada diri sendiri, keluarga, anak-anak murid, masyarakat dan pelbagai lagi.

Bulan August ini juga adalah merupakan bulan yang ditunggu-tunggu oleh kita semua. Semoga harapan menjadi realiti bak kata pemimpin kelas kita.

Tahniah sekali lagi dan Jumpa esok di IAB yang menyimpan seribu kenangan.

4 ulasan:

Pakwar berkata...

Manisnya kejayaan akan lebih dikecapi jika pengorbanan yang besar telah dilakukan. Setiap orang pastinya gembira dengan rasa manis yang berbeza.. and I'm pretty sure you will get the sweetest

Jubah hitam berkata...

Tak sabar nak tengok bilik 310 yang menyimpan seribu misteri suka dan duka.
Nampaknya anda telah mengubah wajah blog anda kepada yang lebih menarik.Syabas!

Yati Wahab berkata...

Benih yang ditabur, ditanam, dibaja..sekarang musim menuai...

bagi yang rajin ke ladang akan berbangga dengan hasilan masing-masing. You're the one who is really2 hardworking and tough.

Congratulation to all of us...NPQH Kohort 11 2007/2008

abgjan.com berkata...

Tahniah kpd anda juga.