AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Isnin, 25 Mei 2009

Kertas Projek....

Aduh! Aduh! sakit kepala betul bila tiba nak menulis bab 4 - dapatan kajian ni. Jika sebelum ni pening kepala nak menganalisis. Bila data dah dianalisis now pening kepala nak menulis pula. banyak juga yang perlu dilaporkan dapatan ni. Nasib baik juga soalan kajian saya tak banyak. Jika banyak agaknya tak taulah...Boleh dapat hipertensi kot. Eh.. moga dijauhkan.

Memang betul kata kawan-kawan, buku Dr Chua memang sentiasa di sisi untuk dijadikan panduan. Kini, saya telah berjaya melaporkan dapatan 3 soalan kajian, tinggal dua lagi. Semoga dapat dilaporkan dengan sabar dan tepat.

Insya Allah, semoga segalanya berjalan dengan lancar.

2 ulasan:

Pakwar berkata...

bab 4 adalah laporan berbentuk nombor dan ditukar kepada ayat dalam bab 5, begitulah lebih kurang katanya dr sathia.

Jubah hitam berkata...

3 soalan dah selesai maka 2 soalan lagi tu cuma pelengkap kesabaran sahaja