AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Ahad, 31 Mei 2009

From Roots to Fruits.

Sekadar ingin berkongsi tentang apa yang dibaca sewaktu mengisi masa lapang di Perpustakaan Desa Daerah Jempol pada Sabtu 30 May 2009 (11.45 am) sambil menemankan anak-anak yang sedang leka melengkapkan buku NILAM masing-masing.

"INTEGRITY".
Integrity is like a mighty tree that stands out in the forests. Its roots are deep, supporting a tall and hardy trunk, and its top is a crown of branches and green leaves. It blooms with large clusters of fruit in brilliant colours, ripe and ready to scatter its seeds. Birds and other animals find comfort perching on its secure branchers.

A person of integrity stands tall like this tree. Deeply rooted in good values, such a person does not bow to the pressures of this world. A strong character nurtured with good principles, and a conviction to do the right thing makes him stable and secure in the throes of difficult circumstances. He produces good fruit in all aspects of his life. He impacts his family, community and society by his exemplary actions. The good fruits spread seeds of integrity-giving life to more trees of this nature.

So we human being are just like the trees - The tree of Integriry.

Seeds of Integrity - What is integrity?
1. A community that cares - working together
2. Families that love - good values are modelled and practised, communicate well, work
together, support each other and show love.
3. Systems that function - public systems and structures in place which facilitate good living,
promote health , increase efficiency and promote a better quality of life.

Weeds of Integrity - How is integrity lost?
1. Abuse of power - when people in power abuse it integrity is lost. How? By giving and
accepting bribes, unlawful demand and when values and principles are sidelined in decision
makingprocess.
2. Bad Ethics - when people do not take responsibility for their actions.
3. Weak Systems - when service providers and businesses do not value their customers' well-
being but work for their own gain.
4. Lack of Concern - when citizens fail to care for others. Rules not obeyed and common sense
is not practised.

How can I nurture my Tree of Integrity?
Some tips:-

1. One with your creater - good religious upbringing. Know God
2. Inculcate Noble Values - good values are priceless.
3. Self Discipline - discipline sounds harsh but its fruits are sweet. It enable you to enjoy life
by living in moderation.
4. Selflessness - putting others' needs before yours is an act of selflessness. When each
citizen decides to live unselfishly, mutual respect and genuine concern begin to grow.
5. Honesty and transparency - admits your faults when wrong is committed. Honesty
enables people to trust you.
6. Trustworthiness - responsible people are trustworthy people.
7. Wisdom and Fairness - wisdom helps you to be discerning in all matters.
8. Gratitude - say Thank you.
9. Quality Time with family - make time for your family. Time spent together as a family
will help build strong values and good character.
10. Treat your children fairly - reward your children for good deeds and behaviour, but
do not fail to correct them when they make mistakes.
11. Care for the elderly - care for your elders by showing love, respect and appreciation.
12. Know your neighbour

Semoga apa yang disenaraikan di atas mampu dijadikan panduan dalam menjadikan kita INSAN yang lebih berintegriti dalam menjalankan setiap tugasan yang telah diamanahkan kepada kita. Pemimpin yang sebenarnya ialah mereka yang mempunyai 'integriti' yang tinggi dan dihormati tanpa perlu bermuka-muka.

Khamis, 28 Mei 2009

Terima kasih






Kejayaan ini tidak akan dapat dicapai tanpa dorongan, sokongan dan semangat dari insan tersayang dan juga keluarga yang dikasihi. Semoga apa yang dilakukan akan terus cemerlang dan diberkati. Kejayaan ini juga diharap akan menjadi teladan dan ikutan anak-anak tersayang. Terima kasih atas pengorbanan yang dilakukan.






Kepada rakan-rakan SM1, terima kasih juga atas kerjasama, semangat kumpulan, kejelekitan dan usaha sama yang telah ditunjukkan sepanjang dua tahun bersama. Segala kenangan manis akan diingati sepanjang hayat. Semoga kalian berjaya menjadi pemimpin yang dihormati, berkaliber dan berwawasan. Sememangnya kalian adalah yang terbaik dalam kalangan yang terpilih.


Selasa, 26 Mei 2009

Tanhniah NPQH sm1-kohort 11

Tahniah buat semua rakan-rakan dari NPQH SM1- Kohort 11.

Esok adalah hari yang amat memberi erti kepada saya dan rakan-rakan kerana esok kami akan dianugerahkan dengan Sijil dan Diploma setelah hampir satu tahun menimba ilmu di pergunungan yang dingin dan nyaman. Kekentalan dan kejituan semangat rakan-rakan memang saya tabik, sanggup berulang-ulang alik dari negeri masing-masing ke IAB hampir setiap minggu. Walaupun sesibuk mana tanggungjawab dan kasih sayang kepada keluarga tetap tidak ditinggalkan dan diabaikan.

Tahniah kerana setiap pengorbanan yang dilakukan mendapat ganjaran yang sewajarnya dan selebihnya adalah dari Maha Pencipta. Semoga apa yang dipelajari dan dikongsi bersama rakan-rakan dan pensyarah boleh dijadikan amalan dan panduan yang berguna kelak di masa hadapan. Tidak kiralah menjadi pengetua atau tidak, menjadi pemimpin sudah semestinya kerana setiap dari kita ini sememangnya seorang pemimpin. Pemimpin kepada diri sendiri, keluarga, anak-anak murid, masyarakat dan pelbagai lagi.

Bulan August ini juga adalah merupakan bulan yang ditunggu-tunggu oleh kita semua. Semoga harapan menjadi realiti bak kata pemimpin kelas kita.

Tahniah sekali lagi dan Jumpa esok di IAB yang menyimpan seribu kenangan.

Isnin, 25 Mei 2009

Kertas Projek....

Aduh! Aduh! sakit kepala betul bila tiba nak menulis bab 4 - dapatan kajian ni. Jika sebelum ni pening kepala nak menganalisis. Bila data dah dianalisis now pening kepala nak menulis pula. banyak juga yang perlu dilaporkan dapatan ni. Nasib baik juga soalan kajian saya tak banyak. Jika banyak agaknya tak taulah...Boleh dapat hipertensi kot. Eh.. moga dijauhkan.

Memang betul kata kawan-kawan, buku Dr Chua memang sentiasa di sisi untuk dijadikan panduan. Kini, saya telah berjaya melaporkan dapatan 3 soalan kajian, tinggal dua lagi. Semoga dapat dilaporkan dengan sabar dan tepat.

Insya Allah, semoga segalanya berjalan dengan lancar.

Ahad, 24 Mei 2009

360 degrees Leaders

Saya terpanggil untuk menulis berkaitan dengan buku yang sedang dibaca bertajuk "360 degrees Leaders' oleh John C Maxweel. Rasa-rasanya ia sesuai dibaca oleh mereka yang bergelar dan bakal bergelar pemimpin.

Antara kata-kata hikmah yang boleh dijadikan panduan dan renungan bersama adalah:-

1. Leadership is a choice you make, not a place you sit.
2.In manay organizations, as you move up the ladder, you may even find that the amount of responsibility you take on increases faster than the amount of authority you receive.
3.Good leaders rarely think in terms of boundaries: instead, they think in terms of opportunities.
4.Comfort is really a function of expectations.
5. Insecure leaders think everything is about them, and as a result every action, every piece of information, every decision is put through their filter of self-centeredness.
6. The selfish leader will attempt to lead others for their own gain and for the detriment of others.
7. Leaders at the front don't have the freedom to neglect what their positon allows them to see.
8. Poor leaders demand respect, competent leaders command respect.
9. Good leaders know when to display emotions and when to delay them.
10. Leaders must be good managers, but most managers are not necessarily good leaders.
11. Successful leadrs make the right move at the right moment with the right motive.
12. Great leaders don't use people so that they can win. They lead people so that they all can win together.
13. Not all good decision makers are leaders, but all good leaders are decision makers.

To be a good leader, remember this : INFLUENCE

I - INTEGRITY - builds relationships on trust.
N - NURTURING - cares about people as individuals.
F - FAITH - believes in people
L - LISTENING - values what others have to say
U - UNDERSTANDING - sees from their point of view
E - ENLARGING - helps others become bigger
N - NAVIGATING - assists others through difficulties
C - CONNECTING - initiates positive relationships
E - EMPOWERING - gives them the power to lead.

Oleh itu, renung-renungkanlah. Adakah anda mempunyai ciri, sifat dan pakej yang dinyatakan agar boleh digolongkan dalam kategori 'good leaders'? Sudah bersediakan kita untuk bergelar pemimpin yang sememangnya terpikul tanggungjawab yang besar yang perlu digalas di bahu kita? Apakah mampu kita menjalankan 'Amanah' itu dengan sebaik-baiknya?



Jumaat, 22 Mei 2009

Penyakit Wanita

Fibroid - ia adalah salah satu penyakit yang ditakuti oleh kaum wanita selain dari barah. Di kesempatan ini ingin saya berkongsi tentang fibroid atau lebih dikenali sebagai ketumbuhan dalam rahim.

Pada hari rabu yang lalu saya telah berpeluang untuk melawat seorang rakan di Hospital KPJ Seremban. Terkejut juga apabila diberitahu olehnya yang beliau akan dioperasi kerana fibroid. Sehari sebelumnya memang beliau sihat walafiat. Sewaktu di KPJ saya melihat gambar yang diambil oleh suaminya tentang 'fibroid' yang telah berjaya dikeluarkan oleh doktor. Aduh....takut dan ngerinya. Saiznya adalah sebesar kepala bayi yang baru lahir. Takut saya dibuatnya. Rasa seperti waktu itu juga saya ingin menjalankan pemeriksaan rahim. Oleh itu, bagi mereka yang bergelar wanita, tidak kiralah yang sudah berkahwin atau masih bujang... eloklah sekiranya dilakukan pemeriksaan setahun sekali.

Di sini juga saya ingin berkongsi tentang penyakit "Fibroid" bersama-sama rakan pembaca semoga sedikit sebanyak menambahkan pengetahuan kita mengenainya.



Apa itu fibroid?


Fibroid adalah ketumbuhan biasa atau benign (bukan kanser) yang terdapat di dalam uterus/rahim wanita yang berusia sekitar 30 hingga 40-an. Ia merupakan salah satu ketumbuhan yang biasa terjadi kepada wanita semasa tahun-tahun kesuburan mereka.
Biarpun begitu ia boleh tumbuh di lain-lain organ yang mengandungi sel-sel otot licin. Fibroid adalah tumor pejal yang terjadi daripada tisu-tisu fiber di mana dari situlah ia mendapat namanya.Lazimnya, fibroid tercetus sebagai ketumbuhan dan membesar secara perlahan-lahan, selalunya tanpa simptom.Malah kedudukan fibroid yang boleh menyebabkan kemandulan ini, telah mencetuskan kontroversi.Kenapa? Ketumbuhan ini merupakan penyebab utama bagi pembedahan histerektomi iaitu pembedahan mengeluarkan fibroid dan rahim.

* Tidak pernah mengandungDr. Salleh berkata, lazimnya mereka yang tidak pernah mengandung, gemuk, berkulit hitam, mempunyai risiko untuk mendapat fibroid.
“Bagaimanapun tiada sebab-sebab tertentu seseorang itu boleh mendapat fibroid. Hanya sekitar 25 peratus sahaja pesakit fibroid yang mengalami simptom-simptom.
“Ini termasuklah mereka yang mengalami pendarahan haid yang banyak, sakit sewaktu hubungan kelamin, kemandulan mahupun masalah dubur yang disebabkan oleh tekanan akibat daripada ketumbuhan fibroid ini,” jelas beliau.
Bagi wanita mengandung pula, fibroid boleh menyebabkan komplikasi termasuk keguguran, sakit bersalin sebelum waktunya dan kesakitan akibat daripada infarksi yang berpunca daripada kekurangan bekalan darah atau menyebabkan kedudukan bayi tidak normal dan terpaksa menjalani pembedahan Caesarean semasa bersalin.
Biarpun amat jarang berlaku, fibroid boleh berubah keadaannya dengan menjadi malignan, apabila ia cukup besar mahupun membesar dengan cepatnya.
* Diagnosis
Lazimnya, diagnosis dilakukan dengan mengambil kira sejarah simptom-simptom seperti yang dijelaskan di atas, atau secara kebetulan apabila pesakit menjalani pemeriksaan faraj yang berkala seperti ujian pap smear.
“Bagi sesetengah wanita yang menjalani pemeriksaan kemandulan, fibroid boleh dilihat sewaktu menjalani imbasan ultrasound.
“Imbasan ultrasound adalah sangat penting memandangkan ia juga boleh membezakan di antara sis dan lain-lain tumor pelvik,” kata Dr. Salleh.
Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) di mana magnet-magnet berkuasa tinggi digunakan untuk melihat struktur tisu-tisu juga berguna walaupun ia adalah mahal.
Ia bermanfaat bagi membezakan di antara fibroid dengan adenomiosis iaitu satu keadaan yang berkaitan dengan endometriosis dan agak sukar untuk dirawat.
Katanya: “Malah, ada yang datang berjumpa doktor setelah mendapati abdomen mereka semakin lama semakin membesar seperti mengandung. Selepas pemeriksaan dilakukan barulah diketahui wanita ini mengalami fibroid.”
* Jenis-jenis fibroid
Lokasi fibroid sering mempengaruhi tanda-tanda yang dialami dan pada sesetengah kes, rawatannya.
- Fibroid submukus terdapat di bawah lapisan uterus dan boleh menyebabkan masalah haid termasuk kesakitan apabila ia membesar.
- Fibroid intramural adalah fibroid bulat yang terdapat di dalam dinding uterus yang boleh menyebabkan pembesaran uterus.
- Fibroid subserous tumbuh di luar dinding uterus dan selalunya tidak menyebabkan sebarang tanda-tanda sehinggalah ia membesar dan mengganggu organ-organ lain.
- Fibroid pedunkel berbentuk gagang tercetus apabila fibroid subserous mengeluarkan tangkai atau pedunkel, membesar serta membengkok dan menyebabkan kesakitan yang amat sangat.
- Fibroid submukus dan intramural lebih banyak mengundang kesakitan semasa haid dan mendatangkan masalah seperti keguguran. Sementara itu, subserous dan pedunkel pula boleh menyebabkan masalah kemampatan dan kesakitan terutamanya semasa kehamilan.
- Fibroid interliganmentous tumbuh di sisi di antara ligamen yang menyokong uterus di dalam abdomen dan adalah sukar untuk mengeluarkannya yang berkemungkinan menjejaskan bekalan darah.
- Fibroid parasitik, paling jarang berlaku di mana fibroid melekat pada organ lain.
* Waktu sesuai merawat fibroid
“Fibroid perlu dirawat sekiranya ia mula menunjukkan tanda-tanda seperti yang dijelaskan tadi.
“Ia juga difikirkan sesuai, bagi sesetengah kes apabila seseorang wanita ingin hamil dan pandangan perubatan berbelah bahagi sama ada fibroid perlu dirawat atau mencari peluang mengandung,” kata Dr. Salleh.
Kadangkala, haid yang terlalu banyak boleh menyebabkan seseorang wanita itu mendapat anemia.
Pun begitu, katanya, kebanyakan doktor bersetuju biarpun tiada simptom-simptom, fibroid pedunkel agak jarang mencetuskan masalah besar bagi wanita hamil.
Bagaimanapun bagi fibroid submukus, ia berkemungkinan menyebabkan wanita lambat hamil serta mengakibatkan wanita hamil mengalami keguguran.
Keputusan untuk merawat atau tidak sebenarnya bergantung kepada usia wanita itu sendiri, saiz fibroid, pernah keguguran dan sama ada rahim menjadi herot kerana kewujudan fibroid itu.
Dr. Salleh menambah, usia adalah faktor penting kerana fibroid akan membesar di bawah pengaruh estrogen dan fibroid juga mudah dikeluarkan di kalangan wanita muda dan ketika fibroid masih kecil lagi.
Bagi wanita yang berusia, mereka perlu berjaga-jaga apabila membuat keputusan untuk melengahkan pembedahan.
“Bagaimanapun, wanita yang telah menjalani pembedahan mengeluarkan fibroid perlu mengambil masa sebelum mengandung. Pakar akan menasihati masa yang sesuai mengikut keadaan pesakit,” ujarnya lagi.
* Rawatan fibroid
Rawatan fibroid bergantung kepada saiz dan kedudukan fibroid itu.
- Rawatan hormon; terapi hormon sangat berguna kepada wanita yang hampir menopaus dan bercadang untuk mengelak pembedahan. Bagaimanapun terapi ini tidak banyak memberi manfaat kepada wanita yang bercadang untuk hamil.
- Reseksi histeroskopi; lazimnya dilakukan ke atas fibroid submukus asalkan fibroid itu berukuran kurang daripada l0 sentimeter garis pusat. Beberapa proses dilakukan sebelum pembedahan dapat dilakukan.
Pembedahan membuang fibroid ini menggunakan sejenis alat berupa wayar khas bersama histeroskop yang dimasukkan ke dalam uterus melalui serviks/pangkal rahim.
- Pembedahan laparoskopi atau miomektomi laparoskopi pula adalah pembedahan bagi mengeluarkan fibroid.
Intramural dan subserous boleh dikeluarkan melalui pembedahan ini melalui dua insisi/pemotongan 10 milimeter panjang, satu di bahagian pusat dan satu lagi di garisan abdomen.
Hanya segelintir sahaja pakar yang mengambil pilihan ini kerana ia mengambil masa yang lama dan cukup mencabar.
- Miomektomi terbuka, pembedahan konvensional yang dilakukan melalui insisi di bahagian bawah, memanjang atau menegak di bahagian garisan bikini (antara ari-ari dan abdomen). Otot-otot uterus dibedah dan fibroid dikeluarkan.
Doktor biasanya akan mengesyorkan wanita yang hamil selepas pembedahan ini untuk menjalani pembedahan Caesarean apabila sampai masanya untuk bersalin.
- Histerektomi bergantung kepada usia, bilangan anak, masalah kesihatan wanita serta lain-lain faktor.
Wanita yang menjalani histerektomi tidak akan mempunyai haid lagi kerana rahimnya sudah dikeluarkan sekali bersama fibroid.
* Nasihat pakar
Dr. Salleh menegaskan, bagi wanita yang menopaus, mereka perlu mendapat rawatan sekiranya mengalami tanda-tanda menopaus yang teruk.
Dalam hal ini, suami perlu memberi sokongan yang sewajarnya untuk isteri dalam meneruskan kehidupan seharian termasuk dalam hubungan suami isteri.
Beliau juga menekankan, wanita perlu menjalani ujian pap smear secara berkala untuk mengesan kanser servik dan fibroid. Fibroid yang aktif dan cepat membesar juga berbahaya bagi wanita.
Wanita yang melalui pembedahan perlu mengamalkan gaya hidup sihat, pemakanan yang ideal serta melakukan senaman yang bersesuaian apabila mereka sudah pulih sepenuhnya. Jumpalah doktor untuk nasihat selanjutnya.

Khamis, 21 Mei 2009

Insaflah Diri


Lawatan ke Jogjakarta dan Solo bersama rakan-rakan memberikan kenangan yang sukar dilupakan. Walaupun sebelumnya pernah mengikuti lawatan ke Jakarta dan Bandung tetapi suasana, keriuhan dan keriangannya amat berbeza sekali. Lawatan kali ini membuktikan keakraban dan kejelekitan hubungan antara kami bersama pensyarah2.

Keinsafan diri timbul apabila melihat negara orang yang mempunyai serba kekurangan jika dibandingkan dengan tempat sendiri. Kesusahan hidup warganya membuatkan kita semua menilai kembali erti dan nilai kehidupan yang dilalui di Malaysia. Betapa bertuahnya kita berada di bumi Malaysiaa yang aman, harmoni dan tidak terlalu ketara kemiskinan yang dialami rakyatnya. Pemimpin yang sentiasa peka akan keperluan rakyat dan rakyat yang menghargai setiap peluang yang diberikan menjadikan Malaysia aman. Tetapi......jangan kita lalai dan abaikan masalah-masalah yang semakin menghantui kehidupan dan suasana negara kita.


Masalah 'mat rempit' dan kini digelar 'samseng jalanan' yang semakin berani menunjukkan taring di tempat yang salah membuktikan yang kita perlu melakukan sesuatu untuk mengatasinya. Apakah yang silapnya? Adakah didikan ibu bapa, ajaran guru-guru atau moral remaja-remaja sendiri? Tidak cukupkah pendidikan yang diberikan? Apakah keberanian pemuda pemudi ini diletakkan di tempat yang salah? Tidak berkesankah program PLKN yang dijalankan? Silapkah pendekatan yang diambil oleh pemimpin? Tepuk dada tanyalah selera sendiri. Fikir...fikirkanlah......


Apa yang dilihat di Jogjakarta ialah walaupun bilangan motor (bibik saya memanggilnya Honda) di jalanrayanya melebihi mobil tetapi mereka boleh dikategorikan sebagai penunggang yang sopan dan tertib. Honk tidak kedengaran di atas jalanraya menunjukkan sifat kesabaran mereka yang tinggi dan dipuji. Entahlah...apa nak jadi. Tetapi satu papan tanda yang saya tercari-cari tetapi tiada di kota Jogja ialah "Banjir kok pakai sedan" (hanya di Jakarta). Ia menunjukkan yang mobil sedan tidak dipakai di Jakarta kerana banjir, mereka lebih menyukai mobil berjenama "Kijang". Yang sedihnya ialah Kijang Innova banyak dijadikan taksi, wah.... hebat..hebat.


Sememangnya kenangan selama berada di Jogja dan solo akan diingat dalam hati terutamanya keriangan, kegembiraan dan kenangan manis bersama rakan-rakan.

Welcome Back

Wah.... lama betul rasanya tidak menulis di ruangan ini. Kerana kesibukan pengajian dan pelbagai urusan harian menyebabkan kelancaran untuk menitipkan sepatah dua kata di blog saya ini terpaksa dihentikan bukan hanya seketika tetapi beberapa bulan juga. Kini tahniah diucapkan kepada diri sendiri kerana telah kembali.

Memang kehidupan ini sentiasa sibuk dan tidak lepas dari masalah. Melihat kepada blog en azhan (seorang kawan yang banyak memberikan galakan, sokongan dan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan lain) mengenai persiapan untuk konvokesyen menjadikan saya teruja dan tidak sabar untuk menghitung hari tetapi..... untuk ia menjadi kenyataan tugasan untuk menyiapkan kertas projek amat mencabar. Tetapi cabaran, dugaan dan pengalaman yang dilalui seterusnya amat berharga dan melatih diri untuk lebih sabar dan yakin. Kepercayaan dan keyakinan terhadap diri sendiri menyebabkan saya sentiasa memuhasabah diri. Semoga rakan-rakan lain juga akan turut bekerja keras untuk menyiapkan kertas projek ini.